Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Adakah Ini Tanda Kiamat Semakin Hampir???


Berita nie dah 3 tersiar 3 hari lepas.. tapi sebab keadaan emosi aku yang terjejas teruk.. maka entri nie baru lah dapat keluar hari nie..

korang pernah terdengar tak pasal meteor atau tahi bintang jatuh kat bumi?? sebelum nie ada kisah metor nie.. tapi gambar je lah.. sebab sekarang zaman dah canggih.. maka ada lah kemudahan nak memvideokan situasi masa meteor tu jatuh.. memula aku tengok kat youtube.. aku macam tak berapa nak percaya.. maklumlah.. berita daripada sumber internet nie kena cari kesahihan dulu.. baru boleh nak pi pukul canang..

maka hati aku pun bertambah gusar..

kenapa??

adakah ini tanda kiamat semakin hampir dengan kita??

takut?? semestinya.. 

maka.. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita.. 

kiamat itu pasti.. tapi cuma kita tak tahu bila ia akan berlaku..

subhanallah...

jom cuci mata dengan 3 keping gambar yang aku pinjam daripada tuan tanah google..




nak baca petikan akhbar??? ada aku copy daripada 2 sumber akhbar...

MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.

Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.

mstar



YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.
Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...