Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Dinner Menu...

diet katenyer... 

padahal kalau dihitung calories.. beribu2 calories nie.. hahahaaha...

disebabkan lif rumah aku rosak.. mood nak makan nasi pulak tak ada..

maka... 

inilah hasilnya...

sedap.. trylah....


mana gambar dah siap masak???

tak sempat snap.. aku dah bedal dulu..

hahahaha... jangan marah aaa...

aku masak guna double fryer yang aku baru beli tu.. hehehe...

terbaik.. 

try lah ye kalau nak rasa...



Minat baru en suami & anak ku...

Buah hati aku nan 2 orang tu minat main puzzle.. tapi bukan jenama lego.. 

jenama cikai2 je.. kenapa? korang macam tak kenal anak aku.. bukan reti sayang barang.. karang beli mahal2.. selamba je die jahanamkan.. 

lepas balik daripada kedai, en suami gigih la duk pasang bende2 alah nie.. sampai 2 jam jugak lah die duk menghadap je bende nie... zaquan?? biasalah.. jadi penasihat & tukang komen...

nak tengok hasilnya?????

hebat duk bersusun atas kabinet tv... 

zoom sikit ye...


tapi tak lama benda alah tu mampu bertahan kat situ... sehari je pun...

lepas tu apa jadi?????

teka lah....




tak nak... 

ok...





scrool je...

-
-
-
-
-



sakit ati kan???

arggghhh.... aku rasa macam nak pengsan...

yang paling aku tak boleh blah.. en suami ambik bekas biskut aku letak sume lego celup tu...

huhuhuhu...

sekian...

CNY BFF Gathering..

Happy Chinese New Year...

dah abiss???

opppssss... entri basi lagi lah yer.. I'm Sorry.. bak kata Amir Raja Lawak..

hahahaha...

nak buat macam mana.. banyak gangguan mood lah.. macam - macam jadi pada aku start tahun 2013 nie... dengan sakitnya.. dengan en suami kursus nye.. dan yang terbaru.. kisah tragedy kat blok umah aku... ape??? lain kali aku story.. sila baca suratkhabar metro hari nie.. muka depan... 

Okey... berbalik cerita gathering aku ngan member2 aku.. akhirnya lepas 3 tahun aku ada hal time CNY, tahun nie aku berjaya lapangkan jadual.. wah.. jadual tu kan?? macam bizi lah sangat.. hahahah... bizi balik kampung kan.. bukan bizi bende lain...

siapa BFF aku? ex-officemate aku dulu.. aku resign tahun 2007.. tapi alhamdulillah, smapai sekarang kami masih bersahabat baik.. still keep in touch.. 

mari aku perkenalkan BFF aku...

okey.. candid pic yang menunjukkan hobi kami adalah bersembang.. hahaha...
ini adalah Janelle & Shenny.. Shenny wearing glasses ok..

ini siapa?? adik nie nama dia Azimah.. ex staff aku dulu.. saja nak suruh die teman aku.. sebab aku dah lama tak hang out ngan die.. lagipun die kenal kawan2 aku.. senang lah sikit nak get along.. kenapa tak bawak en suami?? masa nie suami aku baru balik duty.. biar lah die tido puas2 kat umah sambil jaga Zaquan... 

*wink... wink...

this cute baby's name Patricia.. She's so adorable.. wish i could take her home as mine.. hahaha...
(eh.. speaking london plak ye...)

With Jasmin Hu... Now she's working at Singapore.. Miss her a lot..


meh aku kenal kan sorang2...

dari kiri : Fiona, Aku (si debab), Azimah (peneman aku), Shenny, Janelle & Jasmin..

Walaupun aku dengan diorang berbeza agama, bangsa.. tapii kami boleh kekall menjadi kawan baik.. kenapa? sebab kami sayang antara satu sama lain.. bahasa komunikasi? english & melayu.. chinese?? denar faham.. nak cakap tak pandai sangat...

tapi itu semua bukan penghalang.. 

kerana... Kami Akan Tetap Bersahabat !!!!!

 I Love U All My Dear Friends!!!

Aku Jelous???

Tetiba nak buat entri nie..

banyak kali dah aku perasan..

en suami aku kalau keluar.. mesti baju nak matching2 ngan Zaquan.. 

meluat?? adelah sikit..

hahahaha...

nak buat macam mana.. anak aku lelaki kan.. nak tak nak dia mesti jadikan ayah dia contoh.. sebab?? pernah dia tiru aku.. make up bagai.. pakai tudung aku.. pastu en suami aku tak bagi aku terlalu rapat dengan dia..  takut anak aku confius jantina.. erk.. haru kan?? menangis sakanlah Zaquan kene marah ngan kaunseling ngan aku & ayah dia.. tapi itulah kenyataan.. bukan aku tak pernah belikan Zaquan barang masak2.. tapi nasib baik ayah dia pun suka memasak.. jadi, tak adalah masalah sangat... kan???

nak buat macam mana.. huhuhuhu...

maka aku merelakanlah mereka berkongsi hobi.. aku?? tengok ajelah...

kadang2 aku join jugak.. tapi tengok masa jugak lah.. angin baik aku join.. angin tak baik.. aku buat hal aku sendiri.. hahaha...


tapi....

tetap kedua2 lelaki ini adalah insan yang terpenting dalam hidup aku selepas mak & ayah aku...

tanpa mereka....

aku tak dapat bayangkan macam mana aku akan meneruskan hidup nie...

love them both very much...



p/s : takpe.. mak aku kata.. sayang ayah hanya dunia je.. sayang ibu membawa ke syurga... (^_^)


Adakah Ini Tanda Kiamat Semakin Hampir???


Berita nie dah 3 tersiar 3 hari lepas.. tapi sebab keadaan emosi aku yang terjejas teruk.. maka entri nie baru lah dapat keluar hari nie..

korang pernah terdengar tak pasal meteor atau tahi bintang jatuh kat bumi?? sebelum nie ada kisah metor nie.. tapi gambar je lah.. sebab sekarang zaman dah canggih.. maka ada lah kemudahan nak memvideokan situasi masa meteor tu jatuh.. memula aku tengok kat youtube.. aku macam tak berapa nak percaya.. maklumlah.. berita daripada sumber internet nie kena cari kesahihan dulu.. baru boleh nak pi pukul canang..

maka hati aku pun bertambah gusar..

kenapa??

adakah ini tanda kiamat semakin hampir dengan kita??

takut?? semestinya.. 

maka.. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita.. 

kiamat itu pasti.. tapi cuma kita tak tahu bila ia akan berlaku..

subhanallah...

jom cuci mata dengan 3 keping gambar yang aku pinjam daripada tuan tanah google..




nak baca petikan akhbar??? ada aku copy daripada 2 sumber akhbar...

MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.

Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.

mstar



YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.
Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.



Terima Kasih Cik Mieza Suhaini For The Review Entry For Me...

Pagi-pagi datang kerja dengan mood yang tiada.. kenapa???

nanti satu hari aku akan cerita ye.. bila emosi aku dah stabil betul-betul..

tapi.. kalau tak sabar, korang klik je kat FB aku tu.. adelah story tentang kejadian yang menimpa aku baru-baru nie.. kenapa aku tak publish satu entri pasal kejadian tu? jawapan aku.. senang je.. tunggu jelah bila sampai masa hati & otak aku bersedia nak ceritakan hal kat blog nie.. dalam tempoh nie.. aku masih berkabung...

tapi bila aku nampak entri Cik Mieza a.k.a. kecik nie.. hati aku yang sedih nie jadi ceria.. yelah.. selama 4 tahun aku on off berblog nie.. inilah kali pertama ada insan yang sudi buat entri pasal blog aku yang suam - suam air suam nie.. walaupun cuma kebetulan aku follower yang 888 maka lahirlah entri tersebut.. hehehehe...

terima kasih banyak2 ye cik mieza sayang... jasamu akan ku kenang...

nie yang buat aku bertambah2 semangat nak berblog...

*wink.. wink..




nak baca entri penuh??? klik sini

p/s : kebetulan.. nama mieza sama dengan nama suami aku.. en Eddie Miza.. ironi kan??? (^_^)



Trauma... tetapi hidup mesti diteruskan...

 Bila situasi yang tak dijangka berlaku telah berlaku..

perkara itu terus menghantui aku..

tetapi kehidupan tetap perlu diteruskan..

berusaha untuk mengumpul kembali kekuatan & semangat...

Moga2 kekuatan itu akan datang kembali..

aku percaya keadilan akan teserlah jua akhirnya..

demi seorang sahabat yang terkorban nyawanya..

aku akan terus kekal di situ..

menanti keadilan yang akan berlaku... 

untuk dia..

untuk kami...

Ya Allah.. kau tabahkanlah hatiku dalam menempuh dugaanMu ini...


Air Ganas...


hahaha.. korang jangan tertipu ye..

nama air nie je yang ganas..

apa nama air nie??

T-REX okey.. ganas tak?

tak?? ok...

air nie adalah campuran milo + kiub ais + milo tabur + ais cream..

kalau sesiapa yang tengah berdiet.. sila jangan cerita berapa kalori ngan aku ye..

just want to eat or drink while i can..

bila sampai masa... aku akan keep fit balik..

tungguuu.....


Tutorial : Menu Horizontal Untuk Blog



nak cuba tutorial nie??

-
-
-
-


terus belajar pada yang pakar ye... kan senang.. hehehe...

aku galakkan korang pasang menu tab nie pasal memudahkan pengunjung untuk membaca blog korang mengikut kategori.. wah.. kategori tu...

cuba... jangan tak cuba...

*wink.. wink..

rona roni macaroni...

Apa khabar korang???

sihat??

Semenjak 2 menjak nie.. aku rajin plak memasak...

percubaan pertama.. baked macaroni..

resipi?? next entri ye dear...

alhamdulillah.. percubaan pertama berjaya..

terima kasih kepada pemberi resipi..

sebelum masuk oven..

tadaaa !!!!!!!!!!!!

dah siap..

yummyy !!!!

mood : gembira sebab en suami ngan anak gembira.. 

SEGMEN TAMBAH BLOGLIST BY SHARINA - My 1st blog contest participation !!!


Tara !!!!

semenjak aku aktif balik berblog.. 

ternampak contest nie masa blok walking..

hati pun rasa nak try..

bukan sebab hadiah...

tapi sebab ingin mencuba...

selama nie just tengok contest dengan pandangan sepi..

tapi... kali nie tidak...

hopefully.. my 1st attempt is okey ye..

nervous plak.. hehehe...

untuk maklumat lanjut.. sila klik sini..

-done-

Kelebihan Surah Al-Quran

 
1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

sumber : klik di sini..


Zaquan nak jadi pemandu kereta lumba????


adakah???

en suami selalu bawak zaquan 'drive' kat sini...

nak 'trainning' katenyer..

 tunggu besar pergi 'go cart' pulak..

oh tidak...

please lah en suami.. i rasa nak pengsan 5 6 kali...

hukhukhuk...





zaquan??

mestilah gembira sangat2..

tidak !!!!!!

Kisah Aku & Mesin Air..

Selamat pagi korang!!!

Pagi - pagi nie saje je rajin aku nak belek blog.. almaklumlah.. tengah musim rajin ngan idea membuak - buak.. cer tunggu sikit ari lagi.. takut jadi nan ado balik.. hahaha...

lepas siapkan anak pergi sekolah, en suami pun pegi sekolah.. hari nie keluar awal sebab dia ada exam.. maka aku pun mula 'melangut'.. maksudnya?? tak tau nak buat apa.. bukan tak ada benda nak dibuat ye.. cuma biasalah.. it takes time untuk orang yang dalam mood holiday nie.. kenapa holiday?? aku cuti 8 hari wooo... jangan ditanya kenapa aku apply.. sedih untuk ku jawab.. sedih sebab plan tak menjadi..

erm.. saje nak story mory ngan korang pagi - pagi hari nie.. oppsss... bukan gossip ye.. terlalu awal untuk gossip.. hahahaha... tak ada lah.. semalam aku sembang - sembang ngan en suami.. aku cakap kat die aku sekarang selalu rasa mual - mual (sebab gastrik ye bukan preggy).. en suami terus cakap.. " kalau sayang preggy... abang tak risau dah.. kat aeon dah ada mesin air dah.. tak payah cari kat highway lagi ".. erkk.. pe kaitan aku preggy ngan mesin air?? adakah beliau mabuk baca buku sampai bleh keluar ayat merepek???

hahahahhahaha!!!!!!!!!!!!

baru aku teringat.. masa aku mengandungkan zaquan.. aku mesti nak cari mesin jual air.. yang aku panggil mesin 'gedegang'.. sila jangan senyum-senyum ye.. jangan cuba-cuba nak control senyum jugak.. okey..

kenapa?? aku pun tak tahu.. pembawak budak agaknya..

amboi ayat cover tak hengat ye.. 

yang penting kalau aku tak mengandung pun.. memang tabiat aku suka beli air kat mesin air.. sebab?? seronok - seronok je.. mungkin masa mengandung seronok tu lain macam sikit.. sanggup pergi berjalan cari mesin air nie.. padahal bawah blok aku ade kedai runcit.. hahahaha... alah.. dalam erti kata lain.. 'jakun' lah.. orang kampung aku kata..

nak tau mesin air tu macam mana???

Betul ke nama mesin nie mesin air???

bukan ye??

aku yang letak nama tu sebab aku tak tau...

hahahaha...


sekian.. 

motif cerita benda nie pagi2? aku pun tak tahu...

Sampul Jangan Tak Sampul...

Tengah en suami balutkan buku sekolah anak aku.. die hulur novel aku nie..

katanya kesian buku dah tumbuh telinga.. katanya..

maka disampulnya novel aku nie...


ntah macam mana.. aku bleh plak rasa seronok.. macam bebudak je.. hahahaa..

akhirnya.. ia berjaya membuatkan aku....

-
-
-
-
-
-

yahuuu !!!!

akhirnya aku berjaya membalut separuh drpd novel koleksi aku...

bukan ini je ye... jenuh la nak ambik semua gambar novel aku...

nanti orang kata aku riak plak.. hahahah..

taukah korang pukul berapa aku snap gambar nie??

pukul 2 pagi okey.. gigih aku balut sume buku nie..

mood : puas ati...

terima kasih en suami sebab gerakkan hati saya untuk melindungi novel2 saya..

erk... tetiba rasa macam dia sengaja je bagi hint..

ye ke??? korang rasa???

Novel Setia Hujung Nyawa..


Baru nak beli??

aah.. aku memang macam nie.. dah keluar tv baru aku sibuk duk mencari kat kedai buku..

memang tak dapat lah kan.. hahahaha...

kenapa aku lambat beli??

korang jangan salah faham.. garapan penulis novel tak sama dengan penerbit drama..

idea yang dicetak.. adalah idea asli penulis..

bila dah tengok drama.. nak tau jugak novel tu macam mana..

apa-apa pun.. aku puji novel nie memang best...

yang paling aku suka??

ayat nie...
tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan...
 kesimpulannya.. jangan suka menilai dan menghukum orang lain sesuka hati.. lebih kurang macam tu lah kot kan.. hehehe...

sinopsis?? klik sini..

kenapa 2 buah? untuk adik kesayangan aku satu..

thanks to karangkraf.. walaupun berjanggut aku tunggu.. tapi puas hati.. 

Mari Membaca Novel kawan2..

oppsss... baca je ye.. jangan feeling lebih-lebih ye.. hahahahha...

suka lah tu... 

malu-malu kucing lah tu..

en kucing.. sila bagi contoh malu-malu kucing macam mana...

-
-
-
-
-
-
-



hahahahahahha !!!!! oppssss... terlebih sudah...

Shoutbox !!!

tadaaaaaa !!!!!!!!!!

akhirnya blog aku dah de shoutbox siap frame lagi..

macam mana nak buat?



erk.. sebelum tu... 

korang nampak tak shoutbox baru aku tu??

nak jugak???



maklumat lanjut... sila klik di sini

terima kasih ye tuan tanah.. hehehehe..

alhamdulillah... ganjaran untuk diri sendiri...

alhamdulillah.. semua kakitangan kerajaan dapat bonus.. walaupun tak banyak mana... tapi aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi... tapi terkenang2 jugaklah zaman dapat bonus masa kerja swsta.. paling rendah pun 4 bulan.. tapi tu semua dah jadi sejarah.. hehehe...

semenjak AEON seri manjung nie bukak.. duit aku asyik melayang ke situ je... adoi ai... pening.. pening... sukar untuk aku melawan tarikan nya.. hahaha.. alasan...

tapi 2 benda je yang aku memang tak boleh tahan kalau tak beli...

apa??


ice blended !!!!


novel !!!!

alhamdulillah atas rezeki Mu ya Allah...

amin...

p/s : siapa lagi nak bagi penghargaan pada kita kalau bukan kita sendiri... hehehe...

Kurang Bersyukurkah Kita???



Okey.. kali nie entri aku serius sikit ok.. kenapa? biasalah.. mood manusia nie kan sentiasa berubah2... i'm normal human being okey..

kadang - kadang bila kita tengok orang lain yang punya apa segala yang kita impikan.. kita ingin benda tu.. kita nak jadi macam dia.. apa yang dia ada.. kita nak ada.. kita terlalu inginkan kesempurnaan.. kononnya kita akan jadi sempurna..

tapi sempurna kah kita???

tapi kita selalu lupa.. bila kita selalu memandang ke arah langit yang tinggi yang indah.. kita meletak kan diri kita di satu tempat yang tidak pasti.. di awangan mungkin.. tak salah kalau memandang langit dan berusaha membina asas kukuh untuk kita terus menuju ke langit.. tapi andainya kita hanya memandang langit dan bermimpi.. kalau jatuh? apa kesannya ye...

bila kita kembali memandang apa yang ada pada tempat kita berpijak.. juga terdapat keindahan tersendiri.. malah lebih kukuh di tempat kita berpijak..


maka kita akan rasa lega dan bersyukur.. kerana setiap kurniaan Allah, ada hikmah.. keistimewaan tersendiri..


cubalah kita belajar untuk menerima seadaanya kurniaan itu.. berusaha untuk jadi lebih baik.. dan jangan berdengki sesama manusia.. bandingkan diri kita dengan mereka yang mempunyai kekurangan daripada kita..  in sya Allah.. rasa bersyukur itu akan terbit dalam hati kita.. sesungguhnya hidup di dunia ini hanyalah sementara... marilah kita sama-sama berusaha untuk membina kehidupan yang indah di alam sana yang kekal abadi... bersyukur lah dengan apa yang kita ada.. dengan siapa yang ada disekeliling kita.. hargailah mereka selagi ada di depan mata.. biasalah.. kita tak akan hargai apa yan ada di hadapan kita.. sehinggalah kita kehilangannya..


sekadar renungan bersama..


p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak... (^_^)

saidina oh saidina...



dulu masa aku kecik.. zaman budak2 okey.. selalu main saidina dengan adik beradik aku.. konon nak tengok siapa yang paling banyak duit lah.. rumah lah.. yelah.. dulu mana ade gadget2 macam sekarang..

dulu banyak aku habiskan masa 'berkomunikasi' secara lisan.. main saidina tak kan lah nak main sorang2 pulak kan.. sendiri beli tapak.. sendiri bayar sewa.. boleh??? hahaha... sekarang.. masing2 sibuk mengadap gadget masing2 kalau berkumpul.. cuma.. kaum2 hawa yang bergelar suri rumah rajin 'berkomunikas' kalau berkumpul...

nak ngata kami bergossip lah tu ye??? no..no..no..  tak baik fitnah okey...

rindunya zaman dulu2.. kan??



tapi kalau zaquan nak main saidina.. aku ngan apaknye lah akan jadi mangsa paksa rela.. hahahaha..

tapi kan.. macam mana aku cuba nak tipu.. tetap kalah.. moralnya.. jangan menipu kalau main ngan bebudak.. hehehe.. bukannya apa.. kalau aku menang.. aku boleh stop game.. mengadap bende nie.. tak jadi lah nak buat kerja lain.. hehehe... 

Bunga Telur...

 taraaaa !!!!!!!!!!

ini plak versi purple.. design yang sama dengan bunga telur oren sebelum nie...

Alhamdulillah.. sempat jugak aku siapkan tempahan nie dalam masa 10 hari.. tonggang terbalik jugak lah idup aku nak menyudahkannya..

tetapi bila hasilnya cantik & costumer puas hati..

maka... kita pun jadi gembira...

kan.. kan.. kan...

selamat cuci mata ye... (oppsss... gambar 2 keping je lah.. )

jangan maraa aaaa...


sorry.. gelap sket.. maklumlah.. snap guna handphone murah.. hehehe...


okey.. yang nie terang sket.. sebab guna camera... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...