Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Persoalan Sudah Terjawab...

Salam hari minggu u allss..

tengok tajuk entri cam hebat je kan?? tapi sebenarnya bukannya ade pe pun.. 

persoalan ape??

lebih kurang macam teka teki jugak lah..

dah lama aku usahakan..

tapi baru sekarang berjaya dapat jawapan...

apa???

korang nak tau??


-
-
-
-
-
-
-


aku berjaya settlekan puzzle game nie.. 

gembira xterkata..

ok.. sekarang bleh sambung buat bunga telur dengan hati yang tenang.. hahahaa...

p/s : sila jangan meluat ye...

Bahaya duduk lama...



Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!

Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.

Kajian yang dilakukan dengan mengumpul data daripada 222,000 responden berusia 45 tahun ke atas itu juga mendapati, mereka yang duduk antara lapan jam dan 11 jam setiap hari juga meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.

"Kebanyakan bukti sebelum ini lebih kepada risiko kesihatan akibat menonton televisyen terlalu lama," kata Penyelidik Kanan Universiti Sydney, Hidde van der Ploeg.

sumber : klik sini


                         *********************************************

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam  mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP. 


DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. 


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme. 

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru. 



Simptom:

1.         Cepat penat.
2.         Mengah.
3.         Sakit dada.
4.         Denyutan nadi laju.
5.         Lemah di bahagian kaki.
6.         Kurang selera makan.
7.         Batuk.
8.         Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif. 


Langkah2 pencegahan:

1.         Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2.         Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3.         Elakkan meminum airbatu.
4.         Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5.         Sentiasa meminum air panas.
6.         Amalkan bersenam. 
Rawatan:

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

sumber : internet

kemaruk main game nie...

korang pernah main game nie? 

seronok giler.. nie 2nd time aku main pasal aku start over balik.. kenapa? tension sebab xabis2.. konon nak cipta record baru.. tapi lepas 2 3 kali cuba baru berjaya.. xde lagi org kampung aku mati dan mereka berjaya 'dibiakkan'.. hehehe..

tapi bila dah start main game nie, jenuh la nak stop.. sampai kalau tetiba tengah sembang ngan en suami, aku mesti lari2 sat masuk bilik tengok perkembangan 'orang-orang kampung' aku nie.. nak tunggu baby besar pun mau 180 min sorang.. hahaha... kat offie pun duk terpikir2 kat game.. dasat kan penangan game nie.. tapi aku xlah sampai obses giler sampai kan nak berangkut laptop ke office bagai.. aku kemaruk tahap awal lagi.. boleh?? hahaha...

sape2 yang pernah main game nie, sila lah kongsi tips2 ngan aku ye..






p/s : laki aku kata macam budak2 je main game camnie.. huhuhu... ok pe, aku luar je dewasa.. hati budak2 so awet mude lah.. erk... boleh? hahaha...

Bengangnyer !!!!!

Hari nie mood aku sangat bengang.. puncanya aku dah plan nak balik kampung tapi xjadi.. hubby kene pergi kursus plak.. tak boleh nak batal sebab orang KL yang hantar nama.. so, can't say NO.. rugi tul cuti banyak hari duk rumah je.. kalau ikut ati nie, nak je aku balik sorang2..

Tapi.. kesian plak kat hubby aku tu.. mesti die lagi susah hati kan??

bila call mak, mak ckp cam nie..

" sabar jelah, mungkin de hikmahnye.. nanti lain kali kan boleh balik.. kita nie cuma boleh merancang.. kalau Allah xizinkan usaha macam mana pun xkan jadi.. kalau rasa nak marah sangat tu, agak2 kita jadi marah kat sape? "

erk... terdiam mak sekejap.. maka hati pun beransur - ansur rasa insaf.. siapa lah aku nak melawan kuasa Allah kan..

bukan pe, kali nie aku betul2 rasa frust sebab member aku kawin 1 April.. rugilah kalau xbalik.. memandangkan masa aku kawin die yang jadi pengapit.. 

ape2 pun.. aku redha..

so, kene bagi member aku tu hadiah besar lah ye.. hehehe..

en. suami.. sorry sebab moody 2 3 hari nie.. i frust okey.. hukhuk..


Keputusan Ujian 'Mantoux'..

Masa aku masuk keje ari nie, office mate aku sume duk sibuk bercerita pasal nak pergi buat bacaan ujian mantoux yang aku buat hari jumaat aritu.. kepada yang xtau ape itu ujian mantoux tu.. sila baca entri aku yang sebelum nie ye..

Member2 aku pun duk la nak tengok besar camne kesan merah kat tangan aku.. maklumlah aku post kat facebook yang aku risau sebab aku garu tempat inject tu.. so, bila diorang tengok sume orang cakap besar.. pe lagi.. cuak yang teramat lah aku rasa.. huhuhu.. pas aku pi klinik pakar untuk bacaan ujian mantoux tu.. aku dah rasa lega.. walaupun beza 1mm daripada had yang disyaki dejangkiti, aku tetap rasa lega.. janji aku xpayah pegi buat test lain.. lagipun kesan merah tu jd besar sebab aku 'ter;garu.. tergaru ye.. bukan sengaja.. tu sume tindakan luar kawal aku kalau gatal.. menggaru xingat dunia woo.. hehehe..

Ape2 pun, alhamdulillah.. ujian tu negative walaupun hasilnya 14cm, kurang 1mm je.. 

kepada anda yang selalu berhadapan dengan pesakit tibi, baik lah korang ambik test nie.. sekurang2nya kalau anda dijangkiti kuman tibi, nyawa anda boleh diselamatkan sekiranya penyakit nie   dapat dikesan awal..

Sesungguhnya.. mencegah lebih baik daripada mengubati..

p/s : hospital tempat aku keje telah kehilangan sorang staff akibat tibi kerana beliau selalu berurusan dengan berbagai pesakit.. xsangka bahaya kan penyakit nie?

7C Sebab Suami Benci Isteri..

Assalamualaikum...

Saje nak share info nie kat korang.. sama2 lah kita renungkan ye...



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.




p/s : pe komen korang?? 

Cuaknye ati aku...

Semalam aku baru kene paksa buat ujian 'Mantoux'. Untuk apa? diorang nak kesan awal sama ada kitorg petugas kaunter yang selalu berkomunikasi dengan pesakit2 nie sama ada dijangkiti penyakit tibi. memula aku tak nak buat test nie, tapi bila EO aku cakap ini arahan puan pengarah. kalau sape2 xnak buat test tu, kene lah buat surat tunjuk sebab.. so? paham2 je lah...

Masa nak buat test tu, aku sampai nangis sebab takut siut.. aku kan fobia & xsuka ngan jarum2 nie sume.. nasib baik nurse sangat sporting dan best.. maka aku pun redha lah kene cucuk.. walaupun pas tu 1 badan aku menggigil.. takut xabis lagi wei.. hahaha.. kalakar kan? nama je keje sepital, tapi bab2 jarum nie xjugak ilang takutnye.. 

Lagi haru, baru smlm nurse pesan jangan garu2 tempat inject tu kalau gatal.. hari nie bleh plak aku duk menggaru sakan sambil tengok tv.. uuwaaa... jangan jadi bengkak sama teruk sudah.. jenuh la kalau nak kene buat test bagai.. cepat lah hari isnin nak kuar result sama da +ve @ -ve..

info : 
Apakah Ujian 'Mantoux'?
- Ujian 'Mantoux' ialah ujian yang dilakukan untuk mesnyiasat jangkitan penyakit Tibi pada seseorang

- Ujian ini dilakukan kepada individu yang ada hubungan rapat dengan pesakit Tibi seperti keluarga, kawan dan lain-lain

- sedikit cecair 'Tuberculin' disuntik di bahagian kulit lengan. Individu yang terdedah kepada jangkitan Tibi akan menunjukkan reaksi positif selepas 72 jam pada kawasan kulit yang disuntik, iaitu tanda kemerahan yang besarnya 10mm.

-individu yang menunjukkan reaksi positif akan menerima rawatan pencegahan untuk menghindar dari mendapat penyakit Tibi

Misteri di sebalik kasut tumit tinggi


tapi ramai yang tak tahu.terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini

kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.

jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas .masalah belakang dan tulang pinggul.


selain itu jugak.boleh menyebabkan kesakitan pada rahang ,leher dan kepala.


isi yang nak highlingkan ialah “kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang” ini yang menjadi misteri buat sya sebenarnya...adakah pereka kasut tumit tinggi ni sengaja mencipta kasut bertumit tinggi untuk memaksa perempuan menonjolkan payudara mereka dan menonggeng punggung semasa berjalan?? adakah ini satu konspirasi yahudi dan freemanson? sama-sama kita kaji dan fikir2kan..

p/s : alamak, camno nie... aku slalu pakai heels.. biasalah, klu berjalan pakai heels nie rasa confident sikit.. hehehe...

sumber : facebook

CANTIK NYE !!!!!


sejak 2 menjak nie aku minat tul ngan Izara Aishah nie.. xsabar nak pi kedai nak pi beli majalah nie.. tapi apakan daya.. aku kene ot ari nie.. kene tunggu esok la baru beli.. mesti malam nie bleh tido lena... ahaks.. gediks tul.. cam bebudak plak ye..

korang suka dia x?

Minggu yang sangat mencabar...

minggu nie kesihatan aku sangat tidak memuaskan.. dah la hubby aku xde, lagi lah bertambah parah.. slalu kalau aku xsihat die xde.. kesian kan..

maka.. blog pun sunyi je..

berita baik yang kami tunggu akhirnya menjadi berita sedih..

aku redha..


Tanggang Moden.. sedih tul..



KULIM - “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya. Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.
Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.
“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.
Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.
Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.


p/s : nie berita semalam.. disebabkan berita nie aku xbleh tido malam duk teringat kat arwah bapak aku.. aku sedih sebab perempuan nie xnak jaga bapak die (kalau ikut berita nie lah).. bapak die yang g cari die plak tu.. keras tul hati die.. ada peluang jaga xnak jaga.. aku yang xde peluang nie, sedih je rasa.. semoga hati perempuan nie akan terbuka juga untuk jaga bapak die nanti.. amin...


sumber : sinar harian

PERKARA INI MUNGKIN AKAN TERJADI KEPADA KITA. BERWASPADALAH.


Terkini,negara digemparkan dengan kes bunuh Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah,atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, Dirang.. Menambah sebak,allahyarhamah dibakar sehingga rentung, sehinggakan pihak polis menyangka mayat itu adalah milik seorang dewasa ketika pertama kali ditemui..

Sekali lagi persoalannya, dimanakah nilai perikemanusiaan sehingga sanggup membakar seorang anak kecil berusia 5 tahun sehingga rentung ???.. ibarat arwah telah melakukan dosa yang amat berat untuk diberikan belas kasihan... Kini,allahyarhamah Nurul Nadirah menjadi salah seorang dari beberapa kanak-kanak yang telah dahulu mengemparkan negara suatu ketika dahulu..



Nurul Nadirah mangsa terbaru kekejaman manusia tidak bermoral

Kronologi kes bunuh Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang :

1 MAC : Keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam ketika membeli mi segera dan telur pada jam 10.30 pagi.Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

6 MAC : Roselyn Alan,25,ibu Dirang mengaku melayari facebook tanpa menyedari          anaknya yang ke kedai belum pulang sehinggalah suaminya,Lima Medeng,25,bertanyakan di mana kanak-kanak berkenaan

7 MAC : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan dialami keluarga Roselyn.

8 MAC : Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa.Polis turut mengambil sampel deoxyribonucleic asid(DNA) daripada Roselyn.

9 MAC : Tahanan reman 3 suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.

10 MAC : Bapa kandung Dirang yang berasal dari Selangor ditahan bagi membantu siasatan.

11 MAC : Isteri Sultan Johor,Raja Zarith Sofia melawat keluarga Roselyn.

12 MAC : Polis mengesahkan rangka ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai pada 8 Mac lalu adalah milik Nurul Nadirah @ Dirang.DNA sepadan dengan Roselyn

13 MAC : Keluarga Roselyn menuggu pengesahan Pakar Gigi sebelum menguruskan pengebumian jenazah Nurul Nadirah.Roselyn mengaku pernah diugut melalui SMS oleh seorang wanita misteri.


********************************************

DIRINGKASKAN DARI LAPORAN AKHBAR


Atas usaha pencarian Nur Nadhirah Abdullah, Dirang, 5 tahun yang hilang sejak 1 Mac lalu, kami akan cuba update anda kisah kehilangan kanak-kanak ini berdasarkan maklumat daripada laporan akhbar-akbar tempatan. Sama-sama berdoa supaya kanak-kanak ini cepat dijumpai.


PERTAMA
PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi Khamis lepas.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, anak keduanya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dira meminta mi segera sebaik bangun daripada tidur kira-kira jam 11 pagi 1 Mac lepas. Menurutnya, dengan wang sebanyak RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar dari rumah flet tingkat empat ke kedai runcit di blok bersebelahan.
“Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur. Kami bingung kerana sehingga kini Dira tidak pulang walaupun sudah merata tempat kami mencarinya,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari kejadian.
Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas. Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.
“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal. Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan. Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai suspek orang hilang.
“Kita masih menjalankan siasatan dan mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya kepada IPD Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya.

KEDUA

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, ahli keluarganya sedang giat menampal poster gambar Dirang di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai dan Bandar Seri Alam.
“Saya hargai pelbagai usaha yang telah dilakukan banyak pihak bagi mengesan anak kesayangan saya. Pelbagai usaha telah kami lakukan termasuk mencarinya ke merata-rata tempat, tetapi masih belum membuahkan hasil.”




KETIGA
Pihak polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan kanak-kanak perempuan, Nur Nadhirah Abdullah, 5, berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan semalam jam kira-kira 4 petang di Bandar Seri Alam dan akan ditahan reman selama seminggu.
Bagaimanapun katanya, kes kehilangan kanak-kanak berkenaan masih dalam siasatan dan tiada petunjuk baru diperolehi manakala tiga suspek iaitu seorang lelaki dan sepasang suami isteri yang ditahan sebelum ini masih direman sehingga 16 Mac depan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di Seri Alam pukul 4 petang semalam.
“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan kanak-kanak ini dan kami turut sama membantu dalam operasi mencari di setiap lokasi terbaru yang dimaklumkan ahli keluarga mangsa,” katanya.
Sementara itu, dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun iaitu anak kepada suspek sepasang suami isteri yang ditahan diletakkan dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan masih tertumpu kepada tiga orang suspek termasuk sepasang suami isteri itu yang ditahan pada hari kehilangan Nur Nadirah dan kita hanya menyerahkan hak jagaan anak mereka kepada JKM, sementara menunggu siasatan selesai. Tempoh tahanan reman terhadap tiga suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan dan pada masa sama, kami masih meneruskan usaha mencari kanak-kanak terbabit. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan mangsa termasuk beberapa lokasi dimaklumkan keluarga,” katanya
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilapor berkata berdasarkan bukti kukuh, polis percaya kanak-kanak itu masih hidup.


KEEMPAT
Penemuan serpihan rangka manusia di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai dekat sini, pagi semalam, menggemparkan penduduk yang menyangka ia milik kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu, Nurul Nadirah Abdullah.


Penduduk menyangka ia kanak-kanak berkenaan kerana kehilangannya belum mendapat sebarang petunjuk malah dikaitkan dengan penemuan kasut berwarna kuning milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mangsa di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, dekat sini.

Bagaimanapun, keluarga dan penduduk setempat lega selepas pasukan forensik polis mengesahkan serpihan rangka manusia itu yang ditemui kira-kira 20 kilometer dari rumah mangsa bukan milik kanak-kanak berkenaan sebaliknya rangka orang dewasa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, rangka manusia yang hangus terbakar dan diletak di dalam sebuah lubang di ladang berkenaan ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.20 pagi dan anggotanya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.


KELIMA
Guna facebook biar berpada.
“Tidak dinafikan penggunaan laman sosial seperti facebook atau Internet sudah termasuk sebagai keperluan pada zaman ini, tapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu hadkan penggunaannya mengikut keperluan masing-masing.
“Jika penggunaannya bermatlamatkan keseronokan atau hiburan, ia memberi kesan mengikut matlamat yang diingini. Akibatnya, jika sudah berumahtangga banyak perkara yang akan diabaikan,” kata Kaunselor Keluarga dan Kerjaya, Rahim Haron.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.


Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.


Rahim berkata, facebook mempunyai banyak kegunaan kepada masyarakat sekiranya digunakan untuk matlamat yang betul.


KEENAM
Seorang penduduk mendakwa kali terakhir melihat Dirang ketika kanak-kanak berkenaan menuju tangga Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, kira-kira jam 11 pagi, 1 Mac membawa satu bungkusan sebelum dilaporkan hilang tanpa dikesan. Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 20-an, berkata dia melihat Dirang membawa satu bungkusan menuju ke tangga flat pada waktu itu ketika pulang dari klinik berhampiran.
“Memang saya akui ada melihat dia (Dirang) menaiki tangga flat ini manakala saya terus menuju ke rumah. Namun, tidak lama kemudian saya pelik apabila ibunya, Roselyn Alan, 25, bertanya kepada saya di manakah Dirang kerana dia belum pulang,” katanya ketika ditemui, semalam.


KETUJUH
“Kami sudah mendapatkan khidmat lima pengamal perubatan tradisional bagi membantu menjejaki Dirang dan semua mengatakan dia masih hidup dan dijaga sepasang lelaki dan wanita di sebuah rumah kosong.”
Demikian kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada Nur Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang, berusia lima tahun yang hilang sejak tujuh hari lalu.


Menurutnya, selain keluarga, jiran serta penduduk setempat juga berusaha membantu mengesan Dirang dengan memperkenalkan beberapa bomoh di kawasan sekitar selain membantu mengedarkan poster.
“Saya terharu dengan bantuan semua pihak termasuk bomoh dan ustaz yang sanggup membantu secara ikhlas tanpa sebarang bayaran. Sehingga kini, lima bomoh dan ustaz yang ditemui masing-masing dari Pasir Gudang, Seri Alam, Kampung Sepakat, Kampung Pasir Putih dan Masai memaklumkan Dirang masih hidup dan selamat di bawah jagaan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita.
“Sebahagian mereka juga menasihatkan kami supaya mencari Dirang di kawasan perumahan kosong berhampiran kediaman kami kerana percaya dia disembunyikan di sebuah rumah kosong,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha itu setakat ini belum berhasil mengesan anak keduanya itu.
“Namun, kami tidak akan berputus asa dan selagi terdaya akan tetap berusaha mencarinya. Malam ini dan seterusnya, kami akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah dan menjemput penduduk setempat. Selain itu, kami akan meneruskan usaha menampal poster Dirang di merata tempat bagi memudahkan proses mengesannya dengan bantuan orang ramai dan berharap dia ditemui secepat mungkin. “Saya merayu mereka yang melihat Dirang atau mengurungnya supaya segera memulangkannya kembali ke pangkuan kami,” katanya.
“Kehilangan Dirang meninggalkan kesan mendalam kepada kami sekeluarga, apatah lagi dia anak yang manja dan tidak banyak kerenah,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada Nur Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu.
Roselyn berkata, mereka sekeluarga kini hanya mampu berdoa selain tidak berhenti melakukan solat hajat dalam usaha mempermudahkan urusan mengesan anak keduanya itu.


KELAPAN
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit. Polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek.
“Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.

Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu.




Setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang. Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.



KESEMBILAN

Polis tidak melepaskan peluang atau apa sahaja motif penculikan Nur Nadhirah Abdullah. Meskipun bapa kandungnya sendiri!


Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang adalah bapa kandung Dirang sendiri yang berpisah dengan Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada hari yang sama.


“Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.

“Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang.”



PERKARA INI MUNGKIN AKAN TERJADI KEPADA KITA. BERWASPADALAH.


p/s : semua ibu2 please la bagi perhatian kat anak lebih sket sekarang memandangkan keadaan dah tak selamat lagi macam dulu.. semoga keadaan macam nie xkan jadi pada kita, sedara mara kita & kengkawan kita.. amin.. kepada ibu Dirang, tabahkan hati & bersabar ye..


sumber : internet & www.ohmedia.fm

NAVY Mini Olympic Opening Ceremony..

Wah... tajuk entri speaking London.. hahaha.. saje je, rilex ok.. semalam aku pergi majlis perasmian mini olimpik Navy.. biasalah, tiap2 2 tahun sekali navy akan buat mini olimpk nie.. dan tiap kali kami akan pergi kat stadium dalam pangkalan navy nie..bila dah duduk, zaquan boleh plak tanya, mana pergi gol ngan pemain2.. aku memula pelik nga soalan die tu.. pastu hubby aku kata, zaquan tu ingat kita datang stadium nak tengok bola.. hahaha... kesian tul anak bujang aku nie...

Tapi malam semalam banyak acara yang buat aku aku rasa nak tercabut jantung.. maklumlah, sebelum nie aku duk kat tepi2 vip seat.. tapi kononnya tahun nie nak rasa duk kat tempat lain.. nak duk kat kawasan bukit.. tepi skrin besar.. tup2 geng2 paskal buat kejutan dekat2 ngan tempat kitorang.. panjat2 tiang lampulah, letupkan bom lah, yang paling aku seram.. bleh plak diorang main tembak2 kat situ.. kuat plak tu bunyi senapang.. kalau ikut ati aku, nak je aku lari balik umah.. huhuhu... aku kan takut ngan benda2 ala2 perang nie.. aku kan suka kan kehidupan yang aman..  (^_^) Tapi tiap2 tahun aku mesti seram ngan persembahan payung terjun.. aku slalu risau kot2 lah diorang jatuh terhimpap aku.. padahal diorang tu dah sah2 lah pasukan terlatih.. diorang memang cekap & hebat..

Kali nie happening sket bila tengok gelagat maskot lebah.. maskot MARKAS BANTUAN.. lebah tu bleh plak pedajal mamat-mamat yang pegang bendera tepi padang tu.. kesian tul.. tapi memang menghiburkan.. xrugi la plak rasa duk kat seat berbukit nie..

Pasukan yang menang perbarisan tahun nie dari ARMADA.. memang happening lah sebab de Pahlawan2 Melayu yang join.. CO kapal yang sangat sporting pakai persalinan pahlawan melayu zaman dahulu..

Kesimpulannya persembahan pembukaan tahun nie memang best..

Tahniah buat TLDM..

Layan lah gambar2 yang sempat aku ngan hubby aku snap..









semangat tul ayah ngan anak nie pakai baju kuning..

p/s : aku nyaris2 nangis sebab diorang bakar bunga api dekat ngan tempat duduk aku.. takut terbakar.. abis aku peluk laki aku kuat2.. aku xkira dah banyak mata2 memandang aku.. hahaha... malu tul..

Lawak Ke Der @astro boxoffice

Sebelum aku start tulis apa2.. aku nak ketawa dulu... 

Hahahahhahaha....

Pelik?? aku rasa kalau korang tengok rancangan nie pun , mesti korang ketawa sampai rasa nak terputus urat ketawa.. sangat superb... klu nak undi aku bagi 12 bintang daripada 10.. pening?? maknanya best sangat lah..

Lawak yang dipersembahkan memang sangat best.. memang xkering gusi.. aku rekomen korang yang belum tengok untuk langgan cite nie.. berbaloi dengan RM15.00 tapi boleh ulang tengok sampai korang rasa dah tak larat nak tengok.. kalau nak tengok live kat Istana Budaya tu memang la berat sket.. maklumlah, banyak halangan.. tapi kali nie astro dah sediakan rancangan nie kat tv walaupun kene bayar... alah, sekali sekala pe salahnye kan.. korban sket duit nak pi topup bulan nie.. hahaha..

Oklah, tak nak lah aku promote lebih2.. korang tengok ye.. jangan xtengok.. mesti ketawa sampai demam dengan persembahan daripada Nabil sebagai pecara, Boboy = Aflin & Harun Salim Bachik,  Jozan = Johan & Zizan serta Harith Iskandar..

Boboi kembali beraksi sebagai Boboi & Gugurl, Datin Mon  (Tin Mn) & kawan barunya Datin Sardina (Tin Sardin). best...

Jozan pula mempersembahkan watak Kin Ching (Ah Chai) & Ismail Harun Salim Bachik (Mail Lambong). Kali nie kita dipertontonkan kisah bagaimana perkenalan Ah Chai & Mail Lambong sejak di bangku sekolah sehingga lah mereka berdua menjadi ketua samseng. Gabungan yang memang best !!!! they are so brilliant..

Harith Iskandar pula berjaya menghiburkan dengan stand up komedi kisah rakyat Malaysia.. Memang sangat menghiburkan.. good job harith... 

Jangan lupa tonton.. berbaloi2..

p/s : tak boleh lupa dialog Johan & Zizan 
1. Penyelesaian matematik baru : ( X-Y ) = Y jatuh, Y mintak tolong..
2. Adam & Stacy bukan bergabung meletup.. tapi Adam & Stacy bergabung mengandung...

HAHAHAHAHAHA....


Rindunye Nak Mandi Air Terjun... Huhuhu...

Memandangkan hari nie cuti, aku pun duk la berangan nak ajak hubby jalan2.. tapi hubby sibuk la plak dengan sukan navy nie.. erm.. terpaksa la aku ngan zaquan duk diam2 kat depan tv.. mujur ade Lawak Ke Der kat asto 1st.. dapat jugak la aku menenangkan fikiran..

Tetiba.. aku rasa nak mandi air terjun.. jadi rindu plak nak balik kg.. yelah, umah mak aku dekat sket ngan air terjun Gunung Ledang.. 10-15 min je.. jangan xpercaya yer.. hehehe... tapi kalau kat Perak nie, jauh la jugak kalau nak mandi air terjun.. paling dekat pun mau gak 1 1/2 jam.. 

Rindunye nak balik kampung.. huhuhu...

Nie pic last year kitorang pergi.. bulan disember.. seronoknye kalau umah mak aku dekat je.. 

(-_-)







Kanser Serviks & wanita...


Selamat Menyambut Hari Wanita.. 

Hospital tempat aku kerja ada buat sambutan semalam, bertempat di Klinik Pakar Perbidanan & Sakitpuan, Hospital Seri Manjung. Ada macam-macam aktiviti, jualan, erobic, ceramah, pemeriksaan kesihatan dan macam2.. pagi2 lagi aku dah sampai hospital nak join erobic ( bukan saje2 ye.. sebagai wakil unit... ) yang penting de dpt goodie bag kalau buat ujian pap smear.. buat ujian untuk diri sendiri pun ada hadiah.. hehehe.. aku dah buat ujian pap smear nie tahun lepas.. untuk makluman korang, ujian nie kalau boleh kena buat tiap2 tahun.. bukan apa, sebagai pengesanan awal penyakit kanser.. bak kata orang2 tua.. mencegah lebih baik daripada mengubati.. seronok bila diberi pendedahan mengenai penyakit2 nie.. sekurang2nya ilmu yang kita perolehi boleh jugak dikongsi dengan kawan2.. tul tak?

oklah.. sebagai selingan.. aku bagi sikit info tentang penyakit kanser serviks nie.. selamat membaca dan selamat menyambut hari wanita buat kaum wanita... kaum lelaki.. sila jangan cemburu ye.. hehehe...

**************************************************
Apa itu kanser serviks?
Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa seks
Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?
Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok
Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?
  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
  2. Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Bagaimana untuk mencegahnya?
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin
Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?
Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan




kredit info : http://portal.alamhamil.com

Norma & Talib...

Sekian lama aku ikuti perkembangan diorang.. kali nie aku rasa betul2 terpanggil untuk publish entri untuk diorang. Dulu aku selalu fikir yang dugaan yang aku tempuh sangat teruk, tapi rupanya2 ada lagi insan yang menerima dugaan yang lagi hebat. Dan insan2 hebat ini mampu mengharunginya walaupun dengan seribu kepayahan.. Dugaan yang hebat hanya untuk insan yang hebat.. 

Bila aku baca entri Kak Moon nie, air mata aku terus turun laju selaju2nya.. Ya Allah, tabahkanlah hati mereka menempuh dugaanMu Ya Allah.. tiba tang ayat last nie.. aku jadi lagi sedih.. kena tepat terus dalam hati.. 

sekadar berkongsi pengalaman saya menjaga arwah emak terlantar sakit selama 2bulan (fully bedridden and tube feeding) saya telah mendapat nasihat dari seseorg yg arif, bahawa doa kite adalah yg terbaik buat pesakit...mendoakan agar dia pulih sediakala sedangkan keadaannye sgt uzur dan nazak..adalah sgt tidak berbaloi kerana yg terbaik adalah mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa2nya, memudahkan segala urusannya, dan kita redhakan segala yg telah Allah takdirkan yg terbaik buatnye... mmg saya agak marah dengan kenyataan itu kerana saya mahukan mak saya sehat kembali seperti biase, boleh berckp dan tersenyum bile kite bersembang dgnnye, tapi..hakikatnye mak dah terlalu nazak (kesakitannya hanya Allah yg tahu kerana dia dah tak mampu berkata2 dan respon dgn kite)...saya terpaksa merelakan dan dgn berat hati mendoakan, Ya Allah, sekiranya Kau ingin mengambil nyawanya, Kau ambillah dan janganlah Kau siksanya begini, kerana kami sekeluarga amat kasih terhadapnya... :(



Norma & Talib.. semoga semuanya akan dipermudahkan untuk kalian.. be strong ye..

untuk membaca sila klik di sini..


KUCING !!!!!!!!!!!


Aku geram tul tengok gambar2 kucing nie sume.. cooommmeeelllll sangat.. kucing2 nie semua jenis Scottish Fold iaitu sejenis baka kucing yang dikenali kerana telinganya yang terlipat ke depan akibat mutasi genetik , menyebabkan mereka kelihatan seperti burung hantu. Mereka juga ialah kucing-kucing yang sangat manja. 

jom cuci mata & tenangkan hati tengok pic kucing2 comel nie..



















kredit info & gambar drpd : beautifulnara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...