Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Detik Yang Menyedihkan..

Pagi2 aku dan Zaquan terpaksa bangun, untuk hantar hubby ke office.. maklumlah hubby akan ke Pahang untuk join latihan perang dengan TUDM kat sana. Walaupun hati aku berat rasa nak lepaskan hubby, tapi dalam terpaksa aku relakan juga. Lumrah kalau bersuamikan tentera nie, kita cuma dapat miliki separuh dari dirinya, separuh lagi hak negara. Bila ada tugas penting macam nie, terpaksa lah kita ditinggalkan... Aku yakin, bukan hanya aku yang sedih.. hubby pun sama.. Apetah lagi die kali nie 1st time join latihan perang kat hutan ngan TUDM.. jauh Pahang tu.. macam2 boleh jadi.. tapi sebagai isteri, aku hanya doakan yang terbaik untuk kami.. Semoga Allah akan lindungi en suami dan keluarga kami sementara beliau bertugas dalam hutan..

Sebelum ke office, sempat jugak hubby singgah kat pasar beli nasi buat bekal dalam perjalanan nanti. Bila hubby keluar je dari kereta, Zaquan terus melompat duk kat driver seat,, pastu laju je ayat nie kuar daripada mulut die.. hehehe... " Mama, cepatlah ambik gambar Wan, Wan nak bawak kete nie.."

Dan inilah hasilnya...


Zaquan yang suka bergambar..


Zaquan tersenyum bila nampak camera..
Senyum lagi.. Selepas tu???

Hubby pesan jangan tunggu sampai kenderaan yg die naik jalan, nanti Zaquan nangis.. Tapi, xpayah lama, start je enjin kereta aku.. kami bertiga berllinang air mata, bukan sekejap hubby nak tinggalkan kitorg.. 10 hari woo.. tapi demi tugas hubby untuk negara.. aku relakan..

Selamat pergi & kembali my beloved husband..

We gonna miss u...

(-_-)

Anak Seorang Tentera..

Semalam masa hubby tengah sibuk packing bag untuk pergi latihan perang kat Pahang, tetiba aku dengar hubby tergelak sakan. Masa tu aku sibuk la kemas dapur pas makan malam. Bila siasat, rupa2nya dua beranak tu duk sibuk ambik gambar. Klakar tul lah hubby aku nie. Zaquan plak seronok la duk jadi model askar kecik.. aku pun tumpang gelak sakan ngan telatah 2 branak nie.. erm.. maklumlah, zaquan tu lah satu2nya racun & penawar kami buat masa nie.. bila dia besar nanti, mesti dia tersenyum bila baca blog nie kan.. hehehe..

Jom cuci mata dengan sebahagian daripada pic zaquan yang paling okey yang di 'snap' oleh en suami..

Senang Diri !!!

Comel..

(^_^)

Ceritera Induksi..

Walaupun agak lambat nak post entri nie, aku tetap jugak nak publish.. ehehe.. bukan pe, bulan nie aku betul-betul sangat busy dengan macam-macam hal.. pindah rumah, induksi, pastu letih la jugak sebab sekarang aku berulang dari Lumut ke Teluk Intan.. jauh jugak.. huhu.. so, bila malam aku sempat tgk fb je. Nak berblog malas plak nak type walaupun macam-macam idea datang..

11hb petang, aku kena sampai pangkor sebelum pukul 3.30 ptg. Konon-konon sebab dekat aku pun pikir nak pergi ngam2 sebelum 3.30 ptg. Dasat tak? hahaha... Alah, dari Marina Island cuma 10 min je, nak buat pe kelam kabut kan? Tapi tu pun nyaris nak kene tinggal feri.. tu sume gara2 en suami lupe letak buku GO aku kat mana.. maklumlah baru pindah rumah, buku2 payah sket nak cari.. Tapi mujur Wawa suruh pak cik feri tunggu aku.. alah, lambat 2 min je..

Perjalanan nak ke hotel memang mencabar sebab aku bawak beg yg sangat berat. Maklumlah pergi 9 hari kan? macam2 nak kene bawak (ayat cover nie).. Sampai hotel plak skali daftar nama kena plak duk bilik kat tingkat 4.. terkedu sekejap aku, dah la xde lif.. beg plak besar mcm peti ais mini.. camne la aku nak angkut brg2 aku.. huhuhu.. nak xnak berangkutlah naik atas, mane de pilihan lain.. macam nak putus tangan aku nak menyampaikan diri & brg2 kat dalam bilik.. hahaha...

Ntah pe lah aktiviti yg terpaksa aku lalui utk 9 hari nie.. risau tu risau la jugak.. yang paling penting dekat ngan laut, xsabar aku nak terjun laut.. hahaha..

Macam2 ilmu yang aku dapat dengan program induksi nie.. cuma rasanya kalau dapat didedahkan pasal GO nie masa aku baru masuk lagi bagus.. xdelah orang baru macam aku nie termangu2 masa baru masuk keje.. dah la adat keje kerajaan nie orang baru kene pandai2 bwk diri.. masa aku baru masuk keje, xde sape la nak ambik berat.. klu xpandai2 xtaulah macam nak nak survive.. tapi alhamdulillah, sekarang aku dah boleh paham hal2 keje aku walaupun kadang2 rasa meluat jugak ngan perangai manusia kat sekeliling aku.. huhuh..

Sebelum aku pergi, ramai yang bagitau jadual akan pack, displin dah tentu ketat.. tapi alhamdulillah, kursus induksi nie sikit pun tak buatkan kepala aku makin kusut. Aku rasa enjoy ngan happy sangat,, kadang2 xrasa mcm kursus pun.. rilex je.. hehehe.. hotel pun okey walaupun jenuh nak naik tangga.. makanan? 1st class beb.. Walaupun dalam program induksi, kitorg sempat g snorkeling ngan island hoping.. siap dpt diskaun lagi.. thanks to maman & his boss for the great experience.. i loved it..

Dalam pada aku bergumbira di Pulau Pangkor, mlm2 aku slalu xlena bila aku teringat hubby ngan zaquan kat umah.. bila aku makan, aku akan terfikir ape yg diorang makan... tapi aku tau hubby cekap dalam menguruskan ank kesayangan kami tu.. hehehe..

Masa balik mmg aku rasa sedih sgt, maklumlah dah seminggu duk berkampung kat situ.. hari2 jumpa muka tu jugak.. nak tak nak mesti akan jadi rapat kan? Walaupun kulit dah gelap sikit sbb duk mandi laut & snorkeling, tapi aku puas hati sebab aku dapat pengalaman yg sangat manis masa aku berkursus.. i'm gonna miss all my new friends..

Insyaallah, kenangan nie akan tetap terpahat dalam ingatan buat selama2nya..

Thanks all...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...