Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Flat 3A @ astro 1st

Sebelum tu, aku nak puji sket la Astro 1st nie. Mungkin ade pihak yang tak suka dengan astro 1st nie, tapi pada aku lah as consumer.. aku lebih prefer tengok tv @ movie kat rumah. Sebab ade anak kecil. Walaupun anak aku bukannye baby lagi, tapi bukan mudah nak suruh dia duduk diam dalam panggung wayang sampai cerita tu habis. Jenuh jugaklah kalau nak pujuk dia stay sampai akhir cite.. lama2 mood aku nak tengok movie pun dah makin kurang.. lastly, keluar panggung dengan sikit perasaan hampa. Xsyok kan??

Sebab tu lah aku suka sangat dengan astro 1st nie. Sekurang2nya aku pun xde lah ketinggalan sangat nak tengok movie2 yang kuar kat panggung dalam masa terdekat dari tarikh korang tgk kat panggung. Dan yang paling penting, dengan adanya astro 1st, kurang sikitlah aku nak pi beli vcd cetak rompak kat pasar malam. hahaha... pengakuan berani mati nie.. yelah, biasa nak tunggu original VCD belum tentu die kuar, kalau ade pun citer tu dah abis basi pun.. lagipun astro 1st nie kualiti die mmg tip top.. tapi de jugak manusia yang ambik kesempatan dengan merakam semula then jual.. itu lantak koranglah ye.. tepuk kepala, tanya otak.. boleh???

Layanlah ulasan filem terbaru yg aku tengok kat astro 1st nie ye... yang lama2 malas aku nak review balik..


************************************


Senarai Pelakon :
Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adei Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean
Pengarah :
Azhari Mohd Zain

Sinopsis :

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.


Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Rupa-rupanya kekasih Fiqah, Anas terbabit dalam ilmu salah yang diamalkan oleh Kang Seman. Anas telah membunuh Kang Seman kerana Kang Seman telah mengetahui bahawa Anas telah membunuh bapanya menggunakan ilmu sihir. Maka roh Kang Seman dengan bantuan anaknya, Ratna ingin membalas dendam terhadap Anas. Biaslah, ending cerita.. yang jahat mati, yang baik hidup..

Cuma yang aku kurang puas ati adalah tempat mayat fatin ditanam.. mungkin aku je kot yang rasa tempat tepi sinki tu kurang sesuai kot.. plak tu diletak tanah pastu dicucuk dengan bunga matahari palsu. nampak mcm klakar sket la. pastu anak Kang Seman si Ratna tu, pasal pe masa nak memuja bleh plak pakai seksi2.. aku rasa nak jadi bomoh yang amalkan ilmu hitam nie tak payah la nak seksi2.. bukan de kaitan pun seksi ngan ilmu hitam.. hehehe...

Kesimpulan, okeylah citer nie.. cuma de lah kurang kat sana sini.. mungkin masa akan dtg, pengarah nie bileh hasilkan filem yang meletop bertitik tolak dari filem yang kureng nie..

Daripada 10 bintang : 5 je ye..


Sekian...

Jalan2 bersama mother in law...

Alhamdulillah, sy mempunyai seorang ibu mertua yang sangat sayangkan kami... demi mengubati rindunya pada kami, beliau sanngup naik bas selama 7 jam dari Melaka ke Lumut... thanks mak..

Biasalah, klu family datang mesti kitorg akan bawak jalan2 kat tempat fav kami iaitu di Marina Island.. hehehe... tapi kali nie sempat la lepak2 kat secret sambil pekena kek ngan ice lemon tea yg mmg best.. zaquan?? biasalah pi main kete die..

scroll jelah ye... no idea utk mengulas.. hahaha...


merengek nak main kete lagi...
pe pesen daa....

my beloved mother in law..

Zaquan and his Atok..
Peace !!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...