Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Trend Nama Panjang Berjela (zyraroxx.blogspot.com)

hai korangg!!!!
sihat??? 
semenjak dua menjak nie rajin plak aku copy-paste entri daripa blog orang lain.. kenapa??? mood malas sudah melanda.. sorry ye.. tapi aku memanjangkan entri yang best2 daripada blog2 yang aku follow.. kira ok lah tu kan..

nampak tak alasan best aku tu.. hahahaha... padahal de je entri yang aku still peram dalam draf tinggal nak olah ayat ngan publish je.. sebab pe?? banyak gambar yang menunggu aku tulis penceritaan nya... harap korang bersabar lah ye...

Jom baca entri menarik yang aku nak share kan daripada blog http://zyraroxx.blogspot.com

*********************************

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif
 Cukuplah nama-nama di atas menjadi mukadimah entri kali ni, itu pun dah kira satu perenggan apa. Memang agak semput jugak kalau nak melafazkan nama-nama diatas dengan sekali napas. Itu belum lagi dia punya pronunciation, sebutan dan makhrajnya lagi, phew!

Gua tak salahkan bapak, apatah lagi ibu yang mengandung, tapi gua salahkan surat beranak JPN yang baru. Sapa suruh sedia ruang panjang-panjang? (Sila refer gambarajah 1.1)


Tengok pulak surat beranak dolu-dolu (sila refer gambarajah 1.2 pulak), seciput je ruang untuk nama anak. Tapi tak tahulah pulak kalau-kalau zaman tersebut jika nak letak nama anak panjang-panjang kena guna lampiran berasingan, kuikui.
Gua sarankan kepada bakal ibubapak sekalian supaya pertimbangkan dulu situasi-situasi berikut sebelum letak nama anak panjang-panjang serupa beras Faeza Herbaponni TajMahal:-

1. Anak lambat belajar tulis nama sendiri;

2. Sesi suai kenal menjadi panjang dan hambar;

3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;

4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)

4. Anak menjadi keliru sebab di sekolah cikgu panggil Zahra, kawan baik panggil Mia, kawan biasa panggil Farzana, jiran sebelah panggil Nasuha etc.;

5. Menjelang peperiksaan, kawan-kawan dah menjawab soalan nombor sebelas, tapi anak anda masih terkial-kial menulis nama sendiri (belum masuk bin/binti lagi tu);

6. Jika anak anda perempuan, mungkin menyukarkan proses akad nikah sebab sukar untuk melafazkan nama anak anda dengan sekali lafaz (belum campur darah gemuruh lagi). Kalau cinta tak kuat, mungkin pengantin lelaki lari akibat tension; dan

7. Satu perlakuan yang sia-sia bila orang panggil anak anda dengan nama singkatan (yang tak membawa makna dalam Islam). Lebih malang lagi bila anak anda diberi nickname seperti Chiko (apa guna letak nama sampai lapan perkataan?!)

Ada jugak kebaikkan nama panjang ni sebenarnya, iaitu dapat masuk dalam Malaysian Book of Records wahahaha, glemer tu. Orang kita kan suka glemer-glemer.



P.S: Entri ni terbit hasil dari ketidakpuasan hati penulis terhadap abang beliau yang meletakkan nama anak barunya Nur Safiyya (sahaja). Penulis ingin menambahkan Nur Zara Safiyya supaya penulis boleh memanggilnya Zara tetapi direjek oleh abang beliau. Namun begitu, penulis berazam untuk memanggil anak buah barunya itu sebagai Safiyya dan bukannya Piya, Piah, Safi Rania atau sebagainya.

P.S 2: Amboi panjangnya P.S

Buah Yang Semakin Sukar Dijumpai..

hai korang....

tetiba aku baca entri nie macam best je kalau aku share kat korang kan..

mengimbau kenangan lalu..

untuk tatapan anak cucu mengenal buah-buahan yang bakal tinggal gambar dan nama je.. sedih kan...

jom lah baca entri yang aku copy-paste nie..

enjoyyyyy....

*******************

Kali ini kami di Siakapkeli ingin berkongsi buah-buahan yang sudah sukar untuk didapati sekarang yang dahulunya banyak di sekeliling rumah. Mungkin ada generasi sekarang tidak pernah melihat buah-buah tersebut.

Pengalaman admin sendiri pokok buah ini seolah-olah sudah pupus dari kampung sendiri di mana hampir semua senarai buah tersebut pernah ada di kampung halaman admin dulu. Mungkin di tempat pembaca masih ada buah-buahan tersebut tetapi admin berani cakap tidak semua buah tersebut ada di kawasan pembaca.

Sebenarnya buah-buahan tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan yang tinggi dan diamalkan orang-orang terdahulu. Mungkin sekarang kita lebih di dedahkan dengan buah-buah import yang kononnya lebih sedap dan berkhasiat menyebabkan pokok-pokok buah tersebut hilang dan tiada yang tanam. Kalau ada-ada buah lain yang anda rasa sukar untuk di jumpai boleh kongsi-kongsi di ruangan komen di bawah.

Buah Keranda @ ghanda (Gardenia carinata)
buah keranda

buah keranda2

bk


Buah ini ada banyak di Subang Bistari sebagai pokok hiasan tepi jalan tapi orang disitu ramai tidak tahu buah tersebut boleh dimakan. Pokok ini memang sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.

Buah Rambai (Baccaurea motleyana)
rambai


rambai2


Rasa buah ini ada masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat. Pokok rambai yang mempunyai kulit boleh di ambil kemudian ditumbuk lumat dan cecairnya akan diperolehi dengan memerahnya. Katanya cecair tersebut sangat baik untuk dijadikan ubat mata atau mata yang merah.  Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya.

Seperkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin. Kesanya dapat menyihatkan ibu tersebut.  Rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air.

Buah Namnam @ Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)
puru

puru2

Buah namnam ni rasanya masam manis tidak seperti buah mangga juga dan tidak pula macam buah nona tetapi sangat sesuai sangat untuk orang mengidam. Khasiat buah ini adalah untuk merawat kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

Buah Keranji (Dialium indum)
keranji

ker

Buah yang agak di kenali dan boleh di dapatai dengan mudah di sempadan Malaysia-Thailand kerana masih ada di jual di sana dalam bentuk buah segar atau asam gula. Khasiatnya bagus untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah dengan mengamalkannya 3 bijik sehari.

Buah Cermai ( Phyllanthus acidus)
crmai

crmai2


Buah cermai adalah sejenis buah yang berbuah di batang yang selalu di kutip dan dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang sedap. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.

Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan

Buah Kote Mamak (Samanea Saman)
kote

kote2


Mungkin namanya agak lucah tapi buah ini sebenarnya isinya boleh dimakan dan sangat sedap apa lagi jika dimakan bersama kelapa parut. Terdapat kandungan cecair pekat seperti madu yang rasanya manis maung menyaluti bijinya yang bagi sesetengah orang mengambilnya untuk dicampur dengan susu untuk minuman.

Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Buah ini kahsiat utamanya boleh mengubat kencing manis dan darah tinggi dengan merebus bijinya dan di minum. Ada yang percaya minyak buah ini boleh di jadikan minyak urut untuk menguatkan batin lelaki.

Selain itu buah ini dikatakan boleh membantu melegakan penyakit anemia serta menambah zat besi dalam darah. Cecair antiseptik boleh diperolehi daripada akar dan daunnya manakala bunganya banyak digunakan dalam perubatan tradisional

Buah Nona (Annona squamosa)
nona

nona (1)

Buah yang manis dan sedap, isinya seolah-olah seperti isi durian belanda. Buah ini boleh di dapati sepanjang tahun tidak mngikut musim. Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte) dimana  ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya pokok buah nona juga berguna dimana ianya boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit dan masaalah radang usus (najis berdarah).

Buah Bachang @ Machang (Mangifera foetida Lour)


Bacang adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.
Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.

Buah kerkuk@ kerukup(Flacourtia jangomas )


Buah ini seakan-akan sama dengan buah rokam. Tapi bukan bukan rokam.
Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kekuk ni. Masa kecik-kecik dulu, selalu panjat pokok kekuk walaupun pokoknya berduri
Sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Kalau tidak, rasa nya kelat. Kalau dah lembik baru lah manis.Khasiat buah ini air rebusannya boleh mengubati masalah hempedu dan hati. Juga menjadi ubat untuk sakit kepala, mual dan makanan tak hadam


Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa)


Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah yang masih mentah lazimnya rasanya Kelat dan pengalaman penulis mendapati pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri.  Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka.  Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.

Buah Jambu Bol (Eugenia malaccensis)

Buahnya kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta ‘spongy’. Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat  terdapat ditengah-tengah buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai.  Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah lebih cepat iaitu selepas 3 tahun ditanam
Jambu Bol mengandungi vitamin A serta tanin yang bertindak mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir.  Buah jambu bol dimakan segar mentah atau di cecah dengan garam atu asam boi untuk menambahkan kelazatannya.
Ada yang buat rojak petis dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol. Khasiat buah jambu bol yang direbus dan diminum airnya baik untuk rawatan demam panas.  Akar poko jambu bol yang dicampur dengan bahan lain dipupuk pada kulit untuk kulit yang gatal-gatal. Daun yang di hancurkan dan dijadikan bahan mandian baik untuk demam panas.  Air rebusan daun dan akar diminum mempu melawaskan buang air kecil.  Kalau suka ambil daun jambu bol dan keringkan, dihancurkan menjadi serbau dan baik untuk ditabur atau disapu pada lidah yang retak.  Kegunaan kulit jambu bol yang paling unik adalah dengan merebus kulitnya digunakan sebagai pencuci mulit bagi rawatan penyakit seriawan.

kacang tanduk




Sejenis pokok yang tumbuh di dalam air seperti pokok telipuk dengan terpung dan akar berjurai kebawah. Buah kacang tanduk ini berbentuk seperti kepala kerbau dan tumbuh di dalam air. Hampir sama konsep buah kacang tersebut keluar cuma di dalam tempat yang berbeza. Kacang tanah mengeluarkan buah kacang dalam tanah di akar-akarnya tetapi buah kacang tanduk mengeluarkan buah di dalam air di akar-akarnya. Rasa buah kacang ini amat sedap dan berlemak. Boleh di makan segar atau di rebus.

Khasiat tidak di ketahui

Buah Jentik (Baccaurea polyneura)


Buah yang unik untuk di makan kerana apabila hendak makan ada perlu menjetik buah tersebut dan kulitnya akan terkeluar.

Buah Remia@ghemia(Bouea macrophylla)


Buah ini adalah satu spesis dengan buah kundang cuma bezanya adalah dar segi bentuk di mana buah remia adalah bulat manakala buah kundang berbentuk bujur.
Khasiatnya  daun remia untuk mengurangkan sakit kepala. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Cecair yang diperah daripada daun remia yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong

Buah Keriang Dot


Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Buah Terajang @ Rambutan Pacat


Buah ini hampir sama dengan buah keriang tetpi rasanya manis kelat sangat dan susah untuk di dapati sekarang

Khasiat tidak di kenal pasti

Buah Tampoi (Baccaurea microcarpa)


Isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Khasiat tidak di kenal pasti

Buah Mata Itik



Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap di buat ulam. Bila pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah. Saya pernah cuba makan dan rasanya manis-manis kelat
khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.

Buah Melaka (Phyllanthus emblica)


Buah melaka berukuran 2 – 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai. Bentuknya seperti buah ‘cherry’ iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk kedalam) di hujung dan pangkalnya
Ia mengandungi pelbagai anti-oksidan yang sangat bertenaga (powerful antioxidants), pelbagai mineral, polyphenol, tannin, bioflavonoid, asid amino dan phytonutrient. Kombinasi bahan-bahan ini penuh bertenaga untuk memusnahkan ‘radikal bebas’ yang merosakkan daya tahan badan. ia juga dapat mengurangkan ‘cellular oxidative stress’ yang menjadi punca dan penggalak kepada pelbagai masalah kesihatan lanjutan. Bioflavonoid mampu mengurangkan keradangan (inflammation) dan merangsang peremajaan sel (cell rejuvenation).

Buah ini juga merupakan sumber vitamin C yang paling kaya mengatasi semua sumber semulajadi yang lain serta mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi daripada semua jenis vitamin C sintetik. Gabungan khasiat ini merupakan spektrum unik bagi kualiti anti-oksidan buah ini dengan tambahan ciri-ciri istimewa awet muda (rejuvenasi) dan anti penuaan.-


Punca Kejadian Mekah Bergelap Pada Tengah Hari 17.11.2014

entri kali nie saja nak share pasal info yang selalu sangat belum sah lagi tapi dah tersebar dengan jayanya.. tak pasal-pasal aku pun jadi panik jugak..

mau tak panik.. korang pun tau kan pe maksud kalau matahari terbit dari barat kan..

boleh menangis kalau fikirkan pasal tu..

subhanallah...

*********

Punca sebenar kejadian langit gelap di Mekah pada waktu tengah hari 17 November 2014. Menerusi applikasi laman sosial whatsapp, kini tersebarnya fenomena bumi Mekah bergelap dipercayai berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan. Rakaman insiden tersebut sempat dirakam oleh jemaah Malaysia yang berada di Mekah sebelum disebarkan dilaman sosial. Berdasarkan maklumat saksi, langit di Mekah pada ketika itu berwarna Merah serta disusuli dengan keadaan gelap walhal waktu pada ketika itu adalah pukul 1.30 petang. Untuk info, kejadian itu adalah fenomena ribut pasir yang biasa terjadi di Mekah atau tanah arab dan bukannya petanda kiamat seperti yang didakwa dilaman sosial.

mekah
mekah 6

Punca Kejadian Mekah Bergelap Pada Tengah Hari
Fenomena langit merah atau gelap bukan petanda kiamat sebaliknya ianya adalah fenomena ribut pasir yang sering berlaku dan melanda Kota Mekah. Ketika ribut pasir melanda, jarak penglihatan akan terhad manakala langit pula akan gelap seperti malam berikutan diselubungi pasir dan debu.

Rakaman Mekah Bergelap Pada Tengah Hari 17.11.2014
Petikan Whatsapp Yang Tersebar Isu Mekah Bergelap

mekah 3
gambar 2

 Gambar Kejadian Mekah Bergelap Pada Tengah Hari 17.11.2014

mekah 4 

mekah-5

p/s : masalah mesej berantai nie kadang-kadang dah jadi bahaya dah aku rasa... semoga kita terhindar daripada sifat macam nie...

Sumber: sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...