Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



1.) Dia berkerja dengan Allah.. jadi 'kilang' manusia,. Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang, tetapi Allah anggap waktu itu sembahyang terbaik daripadanya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

p/s : subhanallah..


sumber : internet

Stereotype Drama Melayu..

Hari nie aku tetiba rajin plak nak klik sana sini singgah blog duk blog walking... walaupun hakikatnya aku tetap duk setempat depan lappy.. hahaha...

Aku terbaca entri yang sempoi kat blog nie.. isu simple, tapi yang menarik sebab ada pic yang memang akan buat pembaca senyum2.. cool giler kan?

so.. aku paste kat sini supaya korang boleh baca jugak..



1.  Yang cun itu heroin, yang kacak itu hero

o.b.v.i.o.u.s  krohhhh kroohh
 Kamon lah, asal heroin je mesti cun, kacak ke? Awat orang yang tadak rupa taleh bawak watak tu? Ini racis! racis! Eh teremosi pulak, muehehe. Kalau nengok citer mat saleh, ada je yang tak lawa, tak emsem jadik peneraju utama drama dorang, pun laku jugak. Mentaliti masyarakat malaysia masih di takuk lama *pergh, persis ucapan YB kampung pening lalat. 


2. Keja ala kadar tapi tinggal kat rumah mewah

*gua bukan nak hina kerja kilang, kalau tokey kilang umah cemni gua tak heran sangat

Hahah ada satu drama tu gua nengok, keja kilang je tapi duk kat umah homak aih, macam orang bergaji 10K sebulan. Please lah be realistik, dalam dunia nyata ada ke cemtu? Bukan kerja kilang je, keja cleaner, jual kuih pun boleh duk umah teres 2 tingkat. Orang lain sedih nengok drama, gua terbahak2 gelak sebab pengarah ngan produser drama ni memang pandai buat lawak.


3. Asal anak orang kaya je mesti jahat

maap penggunaan imej mustapha kamal, dah dia je salu wa tengok  jadi dato

Yang ni trend drama melayu sejak dahulu kala lagi, sejak zaman antara dua darjat kot. Mungkin mereka ni 'spoil brat' sebab tu jadik jahat. Lepas tu anak2 orang kaya ni mesti nama lebih kurang sama je, Zack, Jeff contohnya. Lepas tu mesti panggil "papa mama" "mummy daddy" kat makbapak, takpenah gua nengok yang panggil "abi ummi". Bukti satu lagi stereotaip: orang kaya takdak yang Islamik.


4. Babak di kampung yang tak berubah-ubah

timah lejen

Kahkah! kadang2 gua terpesona akan kretibiti pengarah drama. Dorang tak sedar ke ni zaman millenium, zaman pak jabir lepak kat kedai kopi ditemani iPad, dah tadak dah anak dara nak bertocang rambut belah tengah pakai baju kurung lusuh. Cuba pi masuk kampung2 sekarang,  yang pakai legging tu ramai lah. Pastu kalau orang kampung yang bertudung, mesti pakai comot2, selekeh, seledang ikat bawah dagu, hapa? ingat orang kampung tak reti bergaya macam najwa latip ke? gua orang kampung, ada masalah? Pastu asal orang kampung je mesti nama2 macam: leha, jenab, dollah, mael tak penah gua jumpa yang pakai nama2 macam: farhana, syafiqah, jeffri, daniel.


5. Mekap tanpa batas waktu dan suasana

bangun pagi muka cam jembalang, pastu cerai, ehhh

Yang ni khas untuk dramatis pompuan. Kalau pi clubbing, pi shoping gua tak heran lah nak mekap nam inci pun. Tapi time solat, time tidoq pun lipstick merah menyala? itu geli. Gua teka depa ni tak boleh ngadap kemera tanpa mekap, banyak sangat cela di muka kot. Ada satu drama dramatis ni jadik orang susah sangat2 sampai baju pun kira macam kain buruklah, makan pun kadang2 tapi bulu mata pelsu mampu pulak beli, heran. Pesen tak menjiwai watak dan peranan.


6. Pi restoran order makan tapi...

koh koh koh

Tapi tak makan la tapi apa lagi, koh koh koh. Dulu gua berharap benar jadik kru drama, leh makan sedap2 sebab pelakon eksyen je dgn makanan tapi tak makan pun so bolehlah kru yang melahap kan, hoho. Eh mana boleh dramatis nak makan, nanti comot lipstick cemana? Pestu order fresh oren sedut sikittttt, gua kira dia buat cemtu saja2 sebab pelakon tu tanak bagi kru amik air dia sebab lepas abes shoot dia nak pelahap semua.

Toddiaa kemain lg kritikan gua. Apa2 hal pun bukan semua drama melayu gua rejek, ada je yang boleh diterimapakai oleh akal cerewet gua ni. Mostly drama2 yang tak terlalu stereotaip dan yang penting dapat diterima logik akal.

Gua tengah tertunggu produser buat drama/filem yang pasal misteri dan penyiasatan. Setakat misteri siasat rumah buruk cari hantu jembalang tak payah lah. Dulu ada RTM siarkan satu kisah penyiasatan ala2 CSI, tapi sayang, kisah dia lebih kurang Gerak Khas je so gua rasa baik gua layan ditektip conan, at least mencabar sikit =.=

Gua mintak maap salah silap, ni bukan entri nak mengondem tapi satu kritikan yang membina, mana tahu pasni drama melayu lebih berdaya saing dari drama kpop, ehh *pun gua tak layan :p

thanks to tuan tanah http://zyraroxx.blogspot.com/


p/s : aku layan jugak drama2 melayu nie.. tapi sekarang sebab jadual kerja yang tak menentu.. kurang dah aktiviti tu.. aktiviti terbaru.. balik keje release tension depan lappy.. main game.. hahaha...

Renungan...



You Go Girl !!!!

Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.

status irma hasmie

Abang Nara suka benar membaca kenyataan Irma Hasmie yang disiarkan menerusi Pancaindera semalam. Bertambah-tambah tahap kerespekan Abang Nara kepada Irma. Kata Irma:-
Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.
Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.
Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.
Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.
Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.
Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung.
p/s : alhamdulillah.. irma nie sangat cool.. kepada wartawan yang nak tengok depa gaduh pasal isu nie, korang boleh duk kat penjuru bilik.. nangis kuat2 pasal insyaallah ia xkan terjadi selagi Allah pelihara keharmonian rumahtangga mereka. (sebab xsabar nak post citer nie.. malas aku nak fikir atau edit2.. hahaha... thanks to beautifulnara ye..)

kredit to : beautifulnara

Bumi Tak Terima Jasad Ariel Sharon, Jasad Membusuk Tapi Tidak Mati


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup atau “Mumia hidup” yang bernyawa tetapi “mati” .

image

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu.

Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. 


Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh.
Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita  kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya  menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya.

Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata’ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata’ala :”Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar “(Fushilat:53)

Dia telah koma selama 4 tahun dan doktor doktor mengatakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun dan tidak mati. Begitulah seksa dunia yang Allah tunjukkan . Belum lagi seksa akhirat. Dan dikatakan berat Ariel Sharon semakin menyusut dan dikatakan berat sekarang cuma kira kira 15 Kilogram. Jika benar, maka ia satu seksaan yang nyata dan pedih didunia. 

p/s : balasan yang baik untuk orang baik.. begitulah sebaliknya.. subhanallah.. semoga kita akan dijauhi daripada azab seumpama ini.. amin..

 sumber : google

sharing is caring...


Duk search kat you tube.. jumpa lah video nie..

Banyak ilmu yang kita akan dapat untuk memantapkan hubungan suami & isteri..

Selamat menonton.. 

pinjam telinga & mata anda sekejap ye..


Hubungan Suami Isteri - Ustaz Kazim Elias

salam ramadhan..


Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa & selamat menambah amalan sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni..

Semoga amalan kita diterima & dosa-dosa silam kita diampunkan oleh Allah.. dan moga-moga ini bukan ramadhan yang terakhir untuk kita..

amin...


Kenapa suka dengki???

Saje nak share pic wedding diorang yang memang sweet nie.. alhamdulillah.. setelah irma berhijrah.. Allah kurniakan kebaikan macam nie.. sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar.. Subhanallah..

Maka kepada orang yang duk sibuk siasat pasal husband irma nie, tolong lah cari kerja lain yang berfaedah ye..

Sibuk sangat duk kaji kisah silam husband irma nie pasal pe.. biarlah suami dia tu duda ke.. suami orang ke.. dah jodoh tu ditentukan Allah.. terima je lah.. kalau korang kat tempat irma, pe yang korang akan rasa??

setiap orang ada masa silam.. kalau betullah husband irma dah pernah kawin sebelum nie.. berdosakah dia kawin dengan irma? salah ke irma untuk terima dia jadi suami??

atau korang memang suka kalau diorang nie bercerai disebabkan gossip murah yang digembar gemburkan tu..

cuba lah jangan berdengki dengan kebahagiaan lain.. bila orang lain bahagia, cuba ajar diri untuk terima & sama2 berkongsi bahagia tu, xkiralah kita kenal atau tak hamba Allah tu.. mungkin satu hari nanti kita pun akan dikurniakan rasa bahagia yang sama atau lebih daripada itu..

aku harap, irma dan suami dapat menangani hal nie dengan matang.. memang kadangkala mulut orang2 jahat macam nie akan bagi kesan pada orang yang menanggung.. tapi moga2 Allah pelihara ikatan yang baru terbina ini.. 

amin...

jom cuci mata dengan gambar wedding diorang.. so sweet... 








kredit photo to the kliker.

p/s : sebab geram xdapat kawin ngan husband irma nie.. maka tercetuslah gossip2 ini? ahaks... 

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN

Kedatangan bulan Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:  

“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”  

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

p/s : semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini dengan sebaik2nya.. amin..

sumber : himah.org.my

mix cake in arcalic....



Jom makan kek.. 


jauh kek nie merantau untuk masuk dalam tekak & perut aku nie.. 


kek nie sebagai pra b-day zaquan (nak cover sebenarnya aku yang xsabar nak makan).. hahahaha...


Cik min mac xpernah mengecewakan aku..


yummyyy...





p/s : kualiti pic yang agak mengecewakan.. kene snap cepat2 sebab zaquan dah sabar nak makan.. huhuhuhu...


aku & BAKAT...

Entri bukan nak cerita pasal bakat yang aku ada.. tapi pasal aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) - Laut. Semenjak bergelar isteri kepada seorang tentera nie.. nak tak nak, kenalah babitkan diri dengan aktiviti bakat..

Lagi2 lah sekarang nie encik suami aku kata, kalau nak suami naik pangkat, diorang akan tengok aktiviti BAKAT isteri ada atau tak.. ermm.. susah plak aku nak lari kali nie.. hahaha... Nasib baik lah aku baru pas keje malam.. dapat cuti 3 hari.. kalau saje2 nak g time keje.. jangan haraplah.. hehehe....

Aku memang lah berat hati nak pergi, sampai baju nak gi pun en suami tolong iron.. hahaha.. untuk makluman korang.. bila isteri di arahkan ke aktiviti BAKAT, suami2 kitorang akan dapat kelonggaran keje petang atau dalam kata lain off petang.. konon2 duk umah jaga anak.. ermm.. yelah tu, anak klu kat rumah pengasuh.. xde maknanya depa nak pi ambik.. kan??? (ayat dengki tak).. duk umah tidolah tu gamaknye.. punye lah en suami takut aku tak pergi sampai sanggup anto aku g Kompleks Pusat Pembangunan Wanita (PPW) yang kat belakang umah aku je.. takut sangat aku xg, padahal kalau jalan kaki, tak sampai 5 min dah sampai.. hehehe...

Bila dah sampai sana mulalah menggagau nak cari dewan, maklum lah untuk tahun nie, baru sekali nie nak pergi.. hahaha.. nasib baik dewan kat bawah je.. dah daftar, nak masuk dewan kene cari unit en suami plak.. sebagai isteri mithali aku tauuu lah sangat kan unit besar en suami tu nama pe.. aku pun terpaksa lah call en suami.. akak2 tepi aku duk la jeling2.. xpernah nampak muka aku gaknye.. hehehe... skali pas en suami bgtau, patutlah akak tu pandang aku.. skali duduk salah tempat lah.. hahaha... bangun ngan muka tebal pi duduk kat tempat MSA.. maksudnya.. markas sistem armada.. camne aku bleh tak tau nie.. padahal masa sukan aritu pun en suami de bagitau.. ketawa dalam ati..

Okey, rupa2nya en hari nie ada bengkel kecantikan.. maka MSA dapat produk Sendayu Tinggi.. jenuhlah akak tu promote barang die.. ajar make up bagai.. pastu de akak sebelah aku, keje sepital & husband die sama office ngan en suami.. nasib baik de gang.. so, die suh la aku make up kan die.. aku buat tang mata je.. kang buat satu muka, takut die tak berani kuar dewan plak.. hahaha.. pas bengkel dah nak abis.. sume org sibuk make up2.. aku pun bt muka xmalu try la pelembab sendayu tinggi yang berasaskan timun tu.. terbaik weii.. maka aku pun jatuh cinta ngan 2 3 produk ST. cepat2 sms en suami suh datang anto duit.. maklumlah aku datang tadi bawak handphone je.. tu pun tujuan nak call suruh ambik masa balik nanti.. 

Tulah.. hantar lagi aku g kelas cantik mantik lagi.. kan dah kene paw.. kahkahkah...

en suami pun rasa nak pengsan pas tau total product yang aku nak beli.. siap cakap, pergi kelas tak sampai 2 jam, tapi skali mintak upah tak mau2.. hahaha

pasnie nak g facial kat saloon akak tu plak..

jom cuci mata ngan pic yang aku sempat snap.. tu pun curi2 takut orang kutuk aku..


 
sesi make up..

 
ibu2 yang sibuk sok sek2 time cikgu ajar make up...


mangsa a.k.a model yang dengan rela hati pi serah muka kat cikgu.. wajah sebanar akak nie jadi cantik.. tapi sebab hp xbape nak canggih manggih.. maka hasilnye nan ado.. mintak maaf ye kak..


aku sangat happy.. bukan sebab gi BAKAT nie.. tapi sebab dapat upah yang best.. beberapa produk ST jadi milikku.. hahaha... nasib baik pi kat product lain xbleh beli dah.. klu x.. botak en suami tengah2 bulan.. hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...