Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ramlee Awang Murshid - Penulis Thriller No 1 Malaysia..

Saje entri kali nie aku nak share ngan korang novelis favourite aku sekarang.. Ramlee Awang Murshid.. Pasnie, aku akan upload novel die dulu lah dalam koleksi novel2 aku.. sebab? senang je.. he's my fav writer.. pasal itu karya beliau diutamakan..

************************************************

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.
Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”

Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Zaquan dah nak sekolah !!!!

Entah kenapa, pas dapat surat dari sekolah dia untuk settle pendaftaran ngan ukur baju untuk sesi 2012.. aku jadi sebak.. kejap je masa berlalu.. sedar tak sedar, Zaquan dah nak sekolah.. walaupun cuma masuk sekolah baru umur 5 tahun, tapi kira melangkah ke alam persekolahan jugak lah kan.. OMG !! selama bertahun2 kebelakangan nie, aku selalu terpikir macam manalah keadaan aku kalau anak aku sekolah.. macam mana aku nak hadapi persediaan untuk die ke sekolah macam mak aku dulu.. sekarang aku semakin jadi macam mak aku.. dalam erti kata lain.. aku makin dewasa... huhuhu.. bila aku cite kat hubby, die selalu tersengih2 sambil ketawakan aku.. die slalu cakap, kalau anak dak pi sekolah, tandanya die dah makin besar.. bukan selama2nya bleh jadi anak manja yang duk berpeluk ngan bonda die, pastu main kete kat umah.. Erm...

Aku pun tak tahu, padahal bukan aku yang nak masuk sekolah pun.. Anak aku yang sekolah.. tapi pelik, aku plak yang gabra.. bukan nak daftar sesi pun, g settle yuran ngan tempah uniform je.. uuuwaaa... hati sebak lagi.. macam manalah Zaquan nanti ye.. larat ke cikgu nak layan die.. die tu banyakk tanya.. pastu suka loyar buruk.. kencing berak die macam mana gaknye ye.. pandai ke die nak cakap ngan cikgu.. aku ngan hubby dah plan nak ambik cuti 2 hari nak teman Zaquan kat sekolah.. korang rasa over ke? mungkin sebab nie lah satu2nya anak yang kami ade bt masa sekarang, tu yang sayang over2 tu.. dah tu, nak sayang sape lagi kan klu bukan anak sendiri.. ntah la.. yang penting aku kusut sangat.. kenapa kusut?? ntah laaa... huhuhu...

Oppsss... baru perasan lah, dah panjang2 tulis, aku tak story mory lagi nama & lokasi sekolah Zaquan tu.. Meh la baca.. hehehe..

 balik keje je hubby terus tunjuk surat nie kat aku.. sebak rasa dada.. anak kesayangan aku dah nak pi sekolah dah.. huhuhu...

Memula, kami buat keputusan untuk daftar Zaquan sekolah kat tadika chinese kat Lumut. Tapi disebabkan faktor makanan, kami terpaksa lupakan hasrat tu.. lagipun sekolah tu sebelah tokong. Korang pun bleh agak kan kenapa kitorang cancel nak hantar die ke tadika tu.. Plan tu dibuat sebelum Zaquan lahir lagi.. advance tak? hehehe...
Pastu, hubby pi daftar Zaquan kat tadika KEMAS depan umah kitorang. Kat kompleks pra sekolah.. tapi malangnya senarai menunggu untuk 6 tahun pun dah ramai, apetah lagi untuk 5 tahun.. takde harapan lah agaknye.. huhuhu.. rasa ralat jugaklah tak dapat masuk sekolah tu sebab sekolah kat depan umah.. tambah plak lagi, umah pengasuh sebelah blok aku. Faktor keselamatan anak aku pergi balik sekolah memang terjamin lah kan.. xdelah aku nak risau2 die naik van.. tapi nak buat macam mana, takde rezeki.. tahun depan kalau de rezeki memang duk situ lah ye.. mintak2 la de kosong untuk Zaquan.. amin..

Lastly, recommend by our pengasuh.. akhirnya aku ngan hubby buat keputusan daftar Zaquan kat Tadika Islam. Sekolah nie luar dari Pangkalan Navy. So, kene lah naik van. Tak jauh pun, dalam 5-10 min je. Tadika nie dalam kawsan surau. Sebab utama, hubby kalau boleh nak bagi didikan agama yang mendalam untuk bekalan Zaquan menghadapi dunia yang makin mencabar nie. dalam keadaan dunia sekarang nie, hubby aku kata.. sekurang2nya kami dah bekalkan ilmu agama yang kuat untuk menjadi benteng pada segala anasir2 jahat yang ada kat sekeliling kita.. sekarang pun dunia dah macam nak tunggang terbalik.. macam2 hal.. ntah masa depan kitorang pun tak tahu keadaannya.. moga ini akan menjadi asas peribadi teguh pada Zaquan. hubby kata, antara salah satu yang akan membantu kami di akhirat sana.. adalah anak yang solleh.. moga dengan langkah awal ini, Zaquan akan terus menjadi harapan kami untuk tenang di sana.. tapi, kita hanya mampu merancang kan?? semoga segala2nya akan selamat.. amin...

 nie lah nama tadika tempat Zaquan akan menjejakkan kaki kali pertama ke alam persekolahan..
sila abaikan nama hubby aku tu ye.. huhuhu...

 Zaquan masuk kelas Sidina Ali..
 kelas untuk kanak-kanak 5 tahun..

pic sekolah pertama Zaquan..
Klakar, tapi comel.. puas lah kene marah ngan ayah ngan pak cik camera man sebab buat peace la.. muka comel lah..akhirnya pas penat ajar die duk diam.. cuma pic nie je yang elok sikit.. huhuhu..

tak sabar nak beli barang2 sekolah Zaquan.. tapi.. pasni tergalas pulak tanggungjawab kami yang baru..
menguruskan persekolahan anak pulak
kami yang semakin dewasa..

Good Luck Zaquan...

Ayah & Bonda always Love U my dear...

Sunyi...

Apabila di kepala banyak perkara ingin dicoretkan...

Tapi tangan & mata tak memberikan kerjasama...

Mata & tangan letih untuk memberikan tumpuan menulis dan membaca...

Kepala & minda pun ikut sama hilang minat..

maka...

-
-
-
-
-
-
-
-


terbiarlah blog nie sunyi.. sepi...

tunggulah.. mood datang ye...
huhuhu..

jangan marah aaa... hehehe...


Happy 6th Anniversary To Us..


 
Kenangan Terindah... 12.11.2005

Alhamdulillah..
Diam tak diam dah masuk tahun ke 6 usia perkahwinan aku & en suami.. rasa macam baru tahun lepas je en suami jabat tangan dengan tok kadi.. heheh.. Ape2 pun, aku rasa bersyukur sangat kepada Allah kerana memilih dia sebagai suami + teman hidup + sahabat terbaik aku. Nie lah yang mak selalu cakap, orang tua lagi tau lelaki mana yang sesuai untuk dijadikan suami atau tak. Kalau dulu masa aku dengar ayat tu kuar daripada mulut mak aku, hati aku dah hangin semacam je.. ye lah, zaman tu aku memang suka memberontak.. bila sekarang aku ingat balik ayat tu, memang ada kebenarannya. Mungkin sebab aku setuju kawin boleh buatkan mak aku gembira bila ke tanah cuti, maka Allah beri ganjaran untuk pengorbanan aku yang tak seberapa tu. 

Kini, aku bahagia disamping suami dan anak tercinta. Memang tak nafikan, rumah tangga aku ada pasang surut bahagianya. Sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula suami isteri.. hehehe... pinjam lagu Tan Sri P.Ramlee sat... Adakalanya gaduh jugak, de time aku majuk.. ade time die majuk.. tapi kebanyakkannya aku lah yang selalu buat perangai. Maklumlah, hati perempuan nie kan sensintip.. laki i tu plak askar, kekadang intonasi kasar sket, bila timing angin tak kena.. jadi pasal jugak.. hahaha... 

Alhamdulillah, dia sentiasa ada menyokong aku tika aku susah. Dia takkan membebankan aku dengan kerja2 rumah bila aku balik keje. Bahkan banyak kerja rumah yang dia buat untuk aku. Bila aku kenangkan betapa beruntungnya aku memiliki dia sebagai suami aku, air mata aku pasti jatuh menitis.. tak pernah dia merungut, tak pernah dia marahkan aku bila aku letih balik kerja tak masak.. kadang2 aku suruh dia marah aku bila aku rasa aku dah jadi pemalas.. tapi cuma dia kata, dia bersyukur sebab aku sudi jadi isteri dia, aku lahirkan zuriat untuk dia, keluar bekerja.. bantu dia mantapkan ekonomi keluarga.. ape salahnya dia buat kerja rumah untuk bantu aku pulak.. dia xmampu nak bagi aku kemewahan dunia.. cukuplah dia tolong aku buat kerja rumah supaya aku tak terasa terbeban bila jejakkan kaki ke rumah. Memang aku akui, kalau dia outstation, aku jadi mati kutu.. susah kalau die takde.. mak aku kata suami aku terlebih manjakan aku.. huhuhu..

Entri kali nie memang aku dedikasikan untuk suami yang paling aku sayang. Bukan niat nak bodek ye.. tapi andai suatu hari nanti, aku dah takde lagi.. suami aku atau anak2 kami boleh baca blog aku nie.. diorang akan tahu, betapa aku beruntung bersuami kan ayah mereka. 

I LOVE U SO MUCH EDDIE MIZA MOHAMAD

Semoga jodoh kita akan kekal hingga ke syurga.. same2lah kita berusaha menjadi suami isteri yang sentiasa di redhai Allah.. Moga kita dapat menjaga kerukunan rumahtangga kita sampai kita menutup mata.. sesungguhnya.. kasih sayang & kesabaranmu mematangkanku..

Thanks for the great 6 years with U sayang..

Sekadar Ingin Berkongsi...

Salam..

Entri kali nie lari sket daripada kebiasaan.. Kebetulan de kawan aku mintak aku carikan doa untuk suami dia yang panas baran.. aku pun lupa aku copy paste kat mana.. huhuhu.. alang2 aku nak tolong dia, aku post kat blog nie supaya ia boleh membantu kepada sesiapa yang de masalah yang sama macam member aku tu.. insyaallah, tak salah kalau kita ikhtiar untuk kebahagiaan rumah tangga kita kan?

Selamat mencuba...


Panduan Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.



Untuk melembutkan hati suami yang garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...