Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Dah Macam ZOMBIE !!!!

Saje nak meluah perasaan kat sini.. bukan nak mengeluh.. bukan nak merungut (ayat nak cover..hehehe...) semenjak dua menjak jadual kerja aku nie berubah kepada shift.. aku dah rasa letih sangat sebab waktu tido xmenentu.. hari rehat pun kene datang keje.. xde nye nak dapat rehat betul2.. paling kesian Zaquan, tak dapat tido yang cukup.. dugaan betul.. tambah2 lagi bila en suami xde kat umah, pi outstation masuk utan... en suami aku tu nama je navy tapi slalu masuk utan.. dah jadi geng komando lah katakan.. huhuhu... duk kat perantauan xde sedara mara nak tumpang mengadu.. tapi nasib baik lah pengasuh zaquan sangat okey.. dia faham keadaan aku nie.. lagipun, nie baru bulan pertama aku keje shift.. maklumlah.. aku kan baru masuk kerajaan.. so, kene lah ikut turn..

Bila fikir2 memang sedih.. tapi bila fikir2 dugaan aku nie xde lah besar mana.. ade lagi manusia yang dapat ujian lagi besar daripada aku... kan?

so... aku rasa sangat bersyukur & aku harus kuat..

tapi kan.. aku macam pelik, kenapa manusia sekarang jadi macam buta perut.. macam xde nilai kemanusiaan.. biarlah.. sesungguhnya Allah tu maha mengetahui.. moga2 sekarang masa aku bersusah2.. esok2 masa bersenang2 plak.. tul tak?

doakan aku tabah ye..

amin...


p/s : en suami.. sila balik cepat sikit ye... i can't live without u.. uhukkksss...

7 fakta menakjubkan tentang hari isnin

Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu seperti yang kita ketahui hari isnin merupakan awal dari semua aktiviti setelah cuti hujung minggu. Berikut ini ada beberapa fakta menarik mengenai hari isnin.

1. Kebanyakan kita tidak tersenyum pada pagi hari sampai jam 11:16 am

Satu kajian, oleh Marmite di England menunjukan bahwa ramai orang pada hari isnin akan tersenyum setidaknya setelah jam 11.16 pagi. Kajian ini dilakukan di wilayah tenggara England yang merupakan tempat paling bahagia di wilayah itu dan rata rata orang di sana senyum pertama kali di jam 11.16 am.

2. Lima cara untuk menghilangkan bosan pada hari isnin

Hari isnin biasa dianggap sebagai hari yang membosankan. Untuk menghilangkan rasa bosan biasanya ramai orang melakukan kegiatan seperti: 1. Menonton TV, 2. Seks, 3. Belanja on-line, 4. Membeli coklat atau make-up dan 5. Merancang percutian.

3. Lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja

Hari yang menjadi awal minggu ini menjadi hari yang paling malas untuk bekerja dan lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari isnin.

4. Hari isnin menjadi hari yang paling jarang turun hujan

Alam memang tidak boleh diramal bila akan hujan. Namun dalam 7 hari semingu, hari isnin merupakan hari yang paling jarang turun hujan.

5. Ramai orang bunuh diri di hari isnin

Pejabar Statistik Nasional di England menemui 16% kes bunuh diri dilakukan oleh lelaki dan 17% kes bunuh diri dilakukan oleh perempuan terjadi pada hari isnin. Jika dibandingakan dengan hari lainnya kes bunuh diri pada hari isnin cukup besar kerana rata rata orang melakukan bunuh diri di luar hari isnin hanya 13%. Hal ini disebabkan hari isnin merupakan hari dimana memulakan aktiviti dan mungkin menjadi hari yang cukup membosankan.

6. Ramai orang mengalami serangan jantung di hari isnin

British Medical Journal melaporkan peningkatan 20% dalam serangan jantung pada hari isnin dibandingkan dengan hari-hari lain dalam seminggu. Serangan boleh disebabkan oleh stress dan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kembali bekerja.

7. Isnin adalah hari terbaik untuk membeli kenderaan

Ternyata, tahukah kamu ramai orang melakukan pembelian kenderaan pada hari isnin. Tenaga penjualan kereta yang di sebut sales biasa akan mempromosikan dan mencari pelangan satu minggu penuh dan biasanya transaksi atau kesepakatan pembelian kenderaan akan terjadi pada hari isnin. Inilah yang menyebabkan ramai orang membeli kenderaan pada hari isnin.


p/s : pe reaksi korang??

credit info to : lulu pages

Alhamdulillah.. amaran tsunami ditarik balik..

Pengalaman merasai gegar kuat semalam memang tak boleh aku lupakan.. gegaran pertama memang kuat & lama.. mula2 aku ingatkan kepala aku pening.. tapi bila pintu & meja bergegar.. masa tu aku tengah keje.. (maklumlah, keje shift.. sob.. sob..). bila patient tengok aku, aku tengok depa.. pastu depa kata bangunan bergegar, aku ingatkan bangunan nak runtuh.. so, de sorang patient nie jeguk kat luar.. semua orang lari kat kawasan lapang.. dia pun jerit kat aku ngan member aku suh keluar.. aku pun pe lagi.. kunci pintu pejabat, lari keluar.. masa lari tu aku sempat tengok kat botol air kat koridor tu memang bergoncang kuat.. dalam kepala aku teringat kat anak ngan suami yang de kat umah.. ntah pe cerita.. maklumlah, malam sebelum tu en suami aku de kelas sampai kul 12.00 malam.. mesti pas antar aku g keje die bantai tido, aku takut die xsedar je de gegaran.. masa aku call die, die bagitau die tengah tido.. tapi terjaga sebab umah goyang kuat.. aku pun suh die bawak anak aku turun.. yelah, aku kat ground floor nie pun rasa gegar kuat.. nie depa kat tingkat 8.. mau xrasa bergoncang.. aku takut nanti bila dah panik, semua orang berebut guna lif.. masa tu kalau nak menapak turun, jenuh la jugak kan.. sah2 la penduduk blok tu ramai.. de 100 biji rumah.. kalau depa turun serentak.. faham2 je lah macam mana kelam kelibutnye..

Masa aku lari tu, semua orang pakat2 keluar daripada bangunan.. memang kecoh la, tapi still terkawal.. alhamdulillah, pas 2 3 min keadaan dah ok, aku pun sambung keje balik.. masa tu sempat la jugak bukak website berita & fb nak tau berita terkini.. baru aku tau yang ada gempa bumi kat Indonesia.. dulu pun ada gempa, tapi aku rasa xsekuat nie.. pastu ada gempa susulan.. tapi masa tu de ramai patient datang, so aku buat2 bertenang je sebab patient sume bertenang.. xkan aku nak menggelupur lari sensorang plak kan?? huhuhu.. masa aku baca fb de plak orang kata yang amaran tsunami dah keluar.. aku rasa nak pengsan pun ada, yelah.. umah aku dekat ngan laut.. plak tu suami ngan anak aku de kat sana.. pe2 jadi aku jauh ngan diorang.. aku balik keje kul 11.00 pm.. lama lagi.. ermm.. masa tu memang macam2 lah aku fikir.. bila dada aku nie rasa nak pecah, aku decide pi buat sembahyang hajat.. moga2 doa aku diterima Allah.. 

Alhamdulillah, amaran tsunami dah ditarik balik.. 

syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku di Indonesia.. kesian pada rakyat Acheh yang dah tentu merasai gegaran kuat kat sana.. sama2 lah kita doakan agar kita & mereka dijauhkan daripada musibah & bencana..

amin..

p/s : semalam masa en suami hantar aku pergi keje, aku de nampak angin berputar kat tepi jalan nak ke hospital.. aku cakap ngan en suami.. macam angin puting beliung.. xpernah nampak pun sebelum nie.. en suami cakap, tanda2 nak ribut agaknya.. masa nak tidur aku terfikir adakah ini adalah peringatan Allah kepada kita.. dan bencana akan berlaku bila kita xbersedia??

Tsunami???

Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami
11 April 2012 – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Banda Aceh, Indonesia dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi. Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.

Gegaran kira-kira pukul 4.50 petang turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.


Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Medan, Indonesia akan membuka bilik gerakan kecemasan dan telah mengeluarkan arahan prosedur standard operasi (SOP) Bencana kepada setiap pelajar di sana, kata Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun.

Arahan SOP dipraktikkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam menghadapi gempa bumi dan ancaman tsunami. Air di kawasan berdekatan sudah mula memenuhi longkang sekitar jam 5.15 petang (waktu Medan). Namun, keadaan masih terkawal tetapi pihak Kedutaan Malaysia mengarahkan pelajar ke kawasan tinggi. Terdapat seramai 206 pelajar Malaysia di Acheh, 139 pelajar di Medan dan 1,535 pelajar di Medan.


Sementera itu, arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini. Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang. Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (5.53 petang waktu Malaysia).




Lumut - Shah Alam - Bangi - Lumut...

Pagi2 lagi kami bertiga dah bersiap & bertolak ke Shah Alam untuk pergi majlis perkahwinan member masa zaman kanak2 aku.. perjalanan jadi lancar dengan bantuan GPS.. kalau xde GPS tu, menjajau jugaklah kitorg nak mencari rumah pengantin nie.. maklumlah.. Shah Alam nie kan banyak seksyen meksyen nye.. hehehe... Sampai jugak hajat aku nak makan nasi minyak kenduri kawin.. sebab rasanya dah lama jugak lah xde sape2 yang aku kenal kawin & hidangkan nasi minyak sebagai lauk kenduri..

Cerita pasal lauk kenduri kawin nie, teringat plak masa aku ngandungkan Zaquan.. aku bleh plak teringat kan lauk masa aku kawin dulu.. hahaha.. siap bleh request kat mak aku yang aku mengidam lauk pengantin yang sama macam masa aku kawin.. kelakar tul bila pikir2 balik.. mak aku punye lah caring sampai g ketuk umah tukang masak tu suh masakkan aku nasi minyak pengantin khas untuk aku.. tapi masa dapat tau mak aku nak pi jumpa pak cik tu, aku cepat2 halang.. aku xnak lauk die masak untuk aku, aku nak nasi kenduri.. ahaks.. nasib baik mak aku sayang kat aku, dapatlah jugak aku makan lauk kenduri yang susah sangat nak dapat tu...

Kalau ikut cadangan asal, kitorang nak tido semalam kat Shah Alam tu sambil nak pi I-City yang dah lama sangat aku mengidam nak pegi.. tapi disebabkan sabtu tu patut aku cuti, tapi kene keje jugak.. so, en suami xnak la pergi kalau dah lambat.. die kata rugi je.. ermm, sah2 marah kat aku lah tu.. macam nie lah nasib klu keje shift kan??

Pas settle makan2, aku pun gerak menuju ke Darussyifa HQ kat Subang.. en suami mulalah nak menggelabah sebab xpernah drive sampai Subang.. kalau Shah Alam tu die dah biasa.. katenye.. sebab  masa duk kapal dulu die slalu g pusat hidrografi negara kat  Pulau Indah nun..

Alhamdulillah.. tak sia2 kami datang dari jauh untuk berubat walaupun xdapat jumpa dr harun din.. tapi walaupun kali nie memang keadaan jadi lebih sukar, tapi ustaz tu memang cekap sebab aku ngan en suami xpayah cerita panjang2 sebab dia just tanya dah berapa kali kitorang datang ke Darussyifa.. masa tu die dah boleh agak dah berapa berat sakit yang aku hidap..

Rupa2nya ustaz tu ex-navy.. maka memang geng sembang laki aku lah.. tapi macam biasalah en suami kalau aku berubat mesti die akan buat muka risau sebab aku selalu xsedar time ustaz ubatkan aku.. tapi kali nie alhamdulillah, aku ditakdirkan Allah untuk berubat dengan orang yang handal ilmunya.. nama pun HQ kan.. hehehe.. ustaz ngan isteri dia berusaha sehabis daya untuk keluarkan gangguan daripada badan aku.. tapi aku memang xboleh lupa bila isteri ustaz tu cakap 

" Saya tau awak kuat untuk lawan benda nie.. tolong tabahkan hati lawan dia.. jangan bagi dia kawal awak.. saya akan tolong awak, tapi awak kene tolong saya lawan dia.. saya tau awak boleh sebab dah bertahun2 pun benda nie masih xdapat kuasai awak.. ingat Allah.. jangan berhenti berzikir.. "

aku memang xboleh lupa ayat nie sampai sekarang.. sepanjang aku berubat, inilah kali pertama aku diubat oleh pengamal perubatan perempuan.. ustaz kata, hanya orang perempuan yang boleh ubatkan aku.. kenapa? aku pun xdapat jawapannya.. sedih kan? tapi xpelah.. asalkan aku sembuh macam dulu sudah.. siapa & kenapa benda nie jadi, biarlah di akhirat nanti aku jumpa orang yang bertanggungjawab tu..

pas settle bab tu, aku di bawak ke satu bilik lain untuk proses buang bisa2 kat badan pulak.. banyak bisa yang keluar sampai ustazah tu tanya macam mana aku boleh tahan sampai sekarang.. jawapan aku senang je.. dulu aku xpercaya, sekarang bila dah teruk.. baru lah aku terhegek2 nak cari ubat.. dulu, pe orang cakap aku xpercaya.. sampai lah jadi kat aku..

salah satu pesanan ustazah.. jangan pergi makan lagi kat tempat yang aku slalu g makan sebab tuan kedai de amalkan ilmu pelaris... kalau aku makan, nanti akan menambah sakit aku.. barulah aku tau yang bende nie merbahaya.. tu lah, en suami slalu bagitau aku pasal tu, tapi macam biasalah.. aku kan degil.. uhuksss...

semoga aku akan berjaya ikut pantang & nasihat mereka..

untuk mak, en suami & anak ku Zaquan.. terima kasih atas sokongan yang hebat itu..

Syukur Alhamdulillah ya Allah..

doakan aku cepat sembuh ye...

Akhirnya setelah sekian lama..

Semenjak aku keje shift nie rasa cam best plak.. memang la de pro & conts nye.. tapi nak xnak kene terima.. al maklumlah aku kan keje ngan orang.. makan gaji.. kene lah ikut arahan.. ahaksss... tapi yg penting klu keje pagi ble balik kul 2 petang.. pas balik keje rehat2 settle keje umah.. bleh keluar jogging...

kenapa baru sekarang nak jogging? 

sebab aku sebelum nie kan de buat treatment kesuburan.. dr nasihatkan aku banyak berehat.. sebab  rahim aku lemah.. so, aku ikut ikutlah.. demi usaha untuk mendapatkan zuriat 2nd yang memang dah lama sangat aku tunggu..

so, lepas treatment xmenunjukkan hasil yang diharapkan.. aku buat keputusan untuk stop dulu & aku nak focus dengan perubatan islam plak..

so, sekarang pas berkilo2 gram ubat yang duk dalam badan aku nie..

dah tiba masa untuk aku kembali bersenam..

yahoo... usaha untuk dapatklan shape yang aku sangat rindu..

thanks en suami...

 dah puas lari.. pose dulu..

 oppsss... sibuk tul budak yang baru pandai bwk basikal tu..

rehat lagi.. semput la.. dah lama lemak duk terperap.. sekali jog.. terkejut lemak2 aku..
hahahaha....

p/s : mintak2 la xhangat2 taik ayam je ye.. hehehe...

Zaquan & Basikal...

Assalamualaikum.. morning u allsss..

Saje nak kongsi pengalaman berharga Zaquan ngan u allss

Pengalaman ape?

Sekarang Zaquan dah pandai bawak basikal tanpa tayar sokongan..

Alhamdulillah..

Aku de buat video khas untuk anak kesayangan aku nie..

Sila klik play kalau berminat..



p/s : video nie aku buat malam semalam pas balik keje.. semangat tul.. ahaks...

video payung terjun...

duk belek2 folder dalam lappy aku nie aku jumpa video nie..

saksikanlah kecekapan penerjun PASKAL NAVY membuat terjunan..

tiap2 kali aku pi stadium, nie lah persembahan yang aku paling takut.. pikir macam2 kan? hahaha...

just enjoy the video..

tapi al maklum lah video dirakam menggunakan camera yang xbape nak canggih.. so, output quality ala ala kureng je.. tapi boleh la kan..

pe lagi.. klik la play button & tengok..

erk.. aku xpaksa korang tengok tau.. hehehe...



p/s : kalau time camera tu goyang2 maknanya aku sangat takut lalu peluk tangan laki aku sambil menjaga kejelitaan.. hahaha.. (cover takut org nampak yg aku nie takut sangat).. hahahha... (ketawa utk cover malu..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...