Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jalan - Jalan Isi Perut...

semenjak aku kerja shift.. terpaksa tengok jadual nak bawak anak jalan2.. even keluar makan..

sadis kan??

tak pelah kan.. nie semua pengorbanan...

demi sebuah kerjaya..

(^_^)

my choice yang pedas... hot shot..



sambil makan.. main game kat i-pad..

sempoi kan???

sambil makan bleh online.. 

tapi cam pelik sikit lah sebab menonyoh dinding.. hahahha..

kat mana??

wing zone.. sila google ye... hehehehe...

Pernah alami situasi nie???

 Jom baca dan lihat sekeliling korang.. adakah situasi begini berlaku??

1- Setiap kali bila duduk dengan korang dia lebih suka diam dan buat hal sendiri. belek kuku la…menyanyi sorang2 la..termenung la.. sedangkan bila dengan orang lain boleh je berbual..

2- Tak boleh bergurau dengan korang.ramai yang suka label orang ”dia tu bukan boleh bergurau..”.sebenarnya dia boleh je bergurau..tapi bukan dengan korang la..sebeb dia tak suka kat korang jadi bergurau pun dia malas. tak perasan ke dengan orang lain boleh je dia bergurau..

3- Susah mintak tolong.yang ni lebih kurang sama dengan no 2 la.. senang2 je korang kata dia tu kedekut la..mintak pinjam duit pun tak bagi..mintak tolong basuh pinggan sebijik pun dia tak mau. bukan sebab dia malas.tapi sebab dia meluat kat korang.

4- Nak kemana2 dia tak akan ajak korang.bila berjalan dalam kumpulan,korang pulak ada dalam kumpulan tu,dia lebih suka menolak untuk ikut serta.

5- Kurang suka mendengar cerita yang melibatkan korang. contohnya bila Jenab cerita kat Joyah yang Jennny tak makan petai…tapi gaya joyah macam malas nak ambik tau.. ubah topik lain atau cepat2 beredar dari situ..

Ha..jadi lepas ni jangan la nak kata orang tu sombong ka… tak boleh bergurau ka… kedekut ka… sebab nya tengok betul2.. dengan orang lain dia macam mana??dengan korang pulak dia macam mana..? mungkin ada sikap kita yang dia tak suka dan ada baiknya kita cermin2 diri kita..
sekian..

sumber : facebook.com

When magic & mystey of fairy tales just may be real...



Saya sangat fanatik dengan drama ini...

sebab???

best...

tu je... 

sekian....


opppsss.... jangan marah aa... ntah kenapa sekarang mood aku banyak tengok drama je sekarang.. melayu.. korea.. english.. chinese.. mexico... even indian drama pun aku layan.. erk.. drama indonesia je ala - ala kurang.. sebab? panjang sangat.. pastu cam ntah.. malas nak hurai panjang2.. hahaha... kepada peminat drama indon.. jangan meluat ye..

meh aku terangkan cerita nie berkisar pasal ape...

semua kisah dongeng inggeris bergabung di alam realiti di sebuah tempat bernama Storybrooks.. mereka telah terkena sumpahan.. mereka terperangkap dalam masa yang tidak berjalan... sumpahan dari ahli sihir.. ibu tiri Snow White yang jahat.. sehinggalah.. datang anak kepada Prince Charming & Snow White; Emma merubah keadaan... Dia berusaha untuk membuang sumpahan tersebut bersama anak nya.. dapat kah Operation Cobra berjaya???

suspen !!!

nantikan musim ke 2 yang lebih mencabar...

(^_^)

p/s : kita pun ada jugak drama ala2 macam nie... pernah tengok drama Belalang kat astor ria dulu??? 

Purple pulak !!!!


dalam masa 13 hari nak kena siap.. nasib baik 50 pcs...

boleh ke??

nie baru sesungut yang siap... 

arghh !!!!

wish me can !!!!

(^_^)

Dari Novel Ke Kaca TV...


Assalamualaikum korang...

Sorry banyak - banyak lah sebab aku biarkan blog nie bersawang.. hehehe... maklumlah.. bz buat bunga telur.. bukan yang oren tu.. tu kan dah settle.. kali nie tema purple plak..

selagi khidmat aku diperlukan.. selagi itulah aku akan tetap memberi perkhidmatan berbayar.. hahaha... sila jangan meluat ok...

berbalik kepada tajuk entri di atas (skema ke??) sekarang kan tengah musim adaptasi novel ke drama lah.. filem lah.. maka korang kene tunggu giliran novel kegemaran korang di dramakan plak ye..

Hari tu Adam & Hawa.. sampai aku sanggup tukar decoder BYond lagi semata-mata nak tengok Ain & Adam.. tapi sampai separuh citer je.. sebab aku kan jenis tak sabar nak ikut perkembangan drama yang hari2 kene tunggu kat depan tv.. maka, adam & hawa aku record je.. bila ada masa terluang baru aku tengok.. biasanya aku kumpul 2 3 episod baru aku tengok skali.. hahahaha...

Tapi cerita  Setia Hujung Nyawa nie lain 'twist' jalan cerita dia.. sebab tu aku gagahkan jugak nak 'follow' cerita nie daripada episod 1.. maka, youtube lah.. tonton.com lah jadi sumber rujukan aku.. ternyata.. tidak mengecewakan... 

berminat??? sila cari sendiri video kat youtube yer.. hehehe..

nak tengok rupa novel tu???


Nie lah poster yang de pic para pelakon drama tu..


SELAMAT MENONTON !!!!

oppsss.... sebagai selingan.. aku bagi lah sinopsis novel nie.. kepada sesiapa yang nak elemen 'suprise'.. xpayah la nak baca ye.. sesiapa yang tak sabar nak tau jalan cerita.. macam aku nie... sila lah baca ye.. hahahaha....



Sinopsis Setia Hujung Nyawa


Pengantin perempuan lari?

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!

Petua Mematahkan Sihir...

Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

sumber : klik sini

Selamat Tahun Baru Masihi.. 2013

Bersama-sama kita cuba tunaikan azam lama yang tertunggak...

bina azam baru yang akan menjadikan kita manusia yang lebih baik..

bermula tahun baru.. bertambah juga lah usia kita setahun..

anak-anak dah mula bersekolah...

semoga tahun 2013 akan membawa kejayaan buat kita semua..


Selamat Tahun Baru 2013 korang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...