Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Demam.. demam.. dan demam...

Apa khabar korang??? sihat?? alhamdulillah...

aku ngan family aku a.k.a. en suami dengan zaquan bergilir-gilir demam.. dan zaquanlah yang demam paling teruk..

kesian kan...

doakan semoga kami anak beranak akan cepat sembuh...

tapi kan.. cuaca sekarang memang betul2 panas kan???

sampai tonsil aku bengkak 2 kali..

al-kisah zaquan pulak... demam suhu 39.3 sampai menggigil2.. pukul 2.45 pagi aku bagi ubat tak mau surut jugak suhu.. lepas tu die ngadu sesak nafas..

aku pun dengan bersungguh-sungguh suruh en suami aku yang demam tu tolong bawak anak aku turun kat kereta.. nasib baik lah lif dah ok.. klu tak.. mati lah aku nak kelek bujang kecik nie turun naik tangga.. sanggup je aku bagi ubat kat umah je kot.. huhuhu..

alhamdulillah...

sampai hospital sebab denyutan jantung tak ok.. pastu die sesak nafas...

maka MA.. suggest kan zaquan untuk ambik nab.. untuk cairkan kahak dia je.. bukan athsma ye...

setengah jam jugak lah bertapa nak sedut gas tu...

bila boring.. maka aku snap la 2 keping gambar nie...


budak sakit yang sempat tido.. selesa betul...

muka sedih...

get well soon dear !!!!

apa2 pun.. korang yang belum demam tu.. jagalah kesihatan...

jangan main panas...

minum air banyak2...

klu tonsil bengkak.. makan aiskrim..

ok...

selamat menjaga kesihatan ye korang...



Mencari Ketenangan Di Gunung Lang...

Cuci mata dengan keindahan tasik di Gunung Lang, Ipoh nie.. kalau aku pergi Ipoh, msti aku singgah sini...

sebab???

aku rasa ada ketenangan di sini...

tak percaya..

cer datang sendiri...

aku pernah jumpa Mamat Khalid kat sini.. tak tau lah dia datang sebab event atau dia memang selalu datang... tu.. kene lah tanya dia.. 


subhanallah... indahnya ciptaan Allah..

bot untuk ke taman seberang sana...

ikan yang gemuk2..

lagi ikan-ikan...

taman rekreasi..


budak yang gembira...

mee rebus...

ais kepal..



Sukarnya aku melupakan ia....

hai korang!!!!

saje nak kongsi minat terbaru aku...

minat yang kalau bangun tengah-tengah malam pun boleh buatkan aku sanggup untuk on lappy.. teruk??? dah tahap dasat kot...

hahaha...

en suami aku pun de bising jugak.. tapi ketahanan mental aku kan tinggi.. so, ia tidak memberi kesan yang besar terhadap minat baru aku nie.. 

aku pun kadang-kadang cuba untuk melupakan ia.. tapi tak lama...

alah.. aku mula berjinak-jinak ngan benda nie pun sebab nak isi masa lapang.. yelah.. en suami aku tu kan asyik sibuk dengan assignment lah.. exam lah.. tu belum cerita pasal jadual kelas lagi..

sambil-sambil aku online fb tengok gossip bagai.. baik aku layan 'benda' tu...

apakah ia???

taraaaaa !!!!



sila jangan meluat ye.. 

huhuhuhu...



That Winter, The Wind Blows... demam drama korea sudah bermula...

Masa aku buka tv semalam.. tertengok plak cerita nie secara tak sengaja.. mujur dalam 3 min bersiaran.. lepas tu aku kagum dengan latar belakang set pengambaran.. lepas tu tengok2 baju ala vintage gitu.. lepas tu tengok heroin cun sangat.. hero?? ya ampun.. ensem giler.. 

maka...

aku buat keputusan untuk rekod siri nie.. rekod guna apa???

next entri ye kawan2...

pastu aku tengokjalan cerita sangat menarik...

tak sabar nak tunggu minggu depan...

jom sama2 follow nak?? nanti boleh share pendapat korang.. episod demi episod.. hikhikhik..

Jom baca maklumat pasal drama nie yang aku sempat google..


Drama ini mengisahkan seorang anak yatim, bernama Oh Soo (dibawakan oleh Jo In-Sung), yang hidup dalam dunia perjudian selepas kehilangan cinta pertamanya, yang seterusnya membawa karekternya menjadi seorang yang jahat. Kerana takdir, dia terjebak dengan seorang pewaris perniagaan bernama Oh Young (lakonan Song Hye-kyo) yang kehilangan keluarga dan penglihatannya akibat kemalangan ngeri. Apakah Oh Soo yang prejudis akan berubah setelah bertemu dengan Oh Young? Mungkinkah kemalangan keluarganya ada perancangan dari musuh perniagaan keluarganya?

Tema Drama Korea That Winter The Wind Blows

1) Watak lelaki utama dan watak wanita dalam drama ini tidak boleh menjalani kehidupan yang indah kerana masing-masing ada sejarah silam cinta yang kecundang, mengalami perceraian ibu bapanya dan perpisahan dengan abangnya.

2) Kehidupan adalah hanya satu tempat untuk Oh Soo melepaskan rasa sepi dan letih mengharungi kekecewaan selama ini.

3) Walau bagaimanapun, pertemuan Oh Soo dan Oh Young membuatkan kehidupan mereka berubah dengan penuh harapan.

4) Dalam dunia mereka di mana cinta hanya gurauan, mereka cuba mencari erti sebenar cinta yang tidak pudar meskipun masa berlalu dan penuh inspirasi serta kegembiraan.

Antara pelakon yang membintangi Drama Korea That Winter The Wind Blows adalah Jo In Sung sebagai Oh Soo, Lee Tae Woo sebagai Oh Soo kecil, Song Hye Kyo sebagai Oh Young, Kim Bum sebagai Park Jin Sung, Jung Eun Ji sebagai Moon Hee Sun.


“That Winter, The Wind Blows” diapdatasi daripada Drama Jepun ‘I Don’t Need Love, Summer’ (2002), dan filem Korea ‘Love Me Not’ (2006).


oppssss... de tambahan jugak.. nak dengar OST drama nie??




Jom Uji Berat Blog Anda..



Berapa tempoh masa loading blog anda? Tempoh masa loading blog memainkan peranan yang amat penting. Lagi cepat, lagi bagus. Jika telalu lama masa yang diambil untuk loading blog, kemungkinan pengunjug blog anda tanpa segan silu klik pada butang pangkah sebelum selesai loading page.

Timbang berat blog anda di sini http://tools.pingdom.com/. Masukkan url blog, kemudian klik "test now"
Tips mengurangkan masa loading blog:

1 Kurangkan penggunaan image (jpeg) kerana size jpeg biasanya adalah besar.

2 Kurangkan bilangan entry post pada home page blog anda. Default setting adalah 7 post, kurangkan kepada 2 atau 1 sahaja.

3) Kurangkan widget yang menggunakan javascript.

4) Widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, blog list atau follower, letak di bahagian bawah sekali, supaya element yang lain dapat dibaca terlebih dahulu.

5) Letak "Read More" bagi meringkaskan entry post, supaya loading setiap entry dapat dibaca dengan lebih cepat.


p/s : selalu korang duk pulun timbang badan sendiri.. pantang jumpa mesin timbang a.k.a alat penimbang.. laju je nak naik kan?? hahahha... kali nie meh sama2 timbang blog pulak..
selamat mencuba ye kawan - kawan2....


Nur Amani Iman.. my new niece...


Alhamdulillah.. aku dapat anak buah sorang lagi..

lahir awal daripada due date..

selamat datang ke keluarga kami wahai si kecil..

tak sabar bonda nak cium pipi si kecik nie...

sekarang.. cucu mak aku dah de 3 orang...

2 perempuan.. sorang lelaki...



arghhh.....

betul2 rasa homesick sekarang nie....

siap harap bangun tido dah ada kat umah mak..

dasat??

memang dasat...

en suami.. cepatlah habis kursus..

i rindu nak balik umah mak i ngan mak u...

sob.. sob... sob...

PM Umum 10 Berita Baik...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)

sumber : klik sini

alhamdulillah... 

Jalan - Jalan, Makan - Makan & Main Game...

Mujurlah anak sorang je..

bleh la nak melayan kerenah dia..

sebab dia lah racun..

dia lah penawar..

dialah yang menjaga aku kalau aku sakit..

lagi2 kalau ayah dia xde...

bonda sayang zaquan ketat2...


dah pandai pilih baju sendiri... style sendiri...

mengalahkan bebudak kecik.. erk.. memang dia budak lagi ye tak.. hehehe...

mister donut... nyum.. nyum...

lagi pilihan donut.. yummyyy !!!!

untuk kami bertiga.. penghilang dahaga...

gembira rasa bila dapat gembirakan budak kecik nie...

tapi.. jangan korang ingat aku tak garang.. hahahaha...

manja tu manjakan lah jugak...

bak kata pepatah.. sayang anak, tangan tangankan..

banyak kali tak makan saman.. rotan lah makan dia.. hehehe./..

maka lahirlah lagu..

Pak Mamat ada kebun...
a.e.i.o.u...
di kebunnya ada bonda... 
a.e.i.o.u...
marah sana.. marah sini...
marah sana.. marah sini...
Pak Mamat ada kebun...
a.e.i.o.u...

reaksi aku???

mesti lah hangin.. tapi seminit pertama je..

pastu aku ketawa tak hengat...

geram tul ngan gelagat anak bujang aku nie... 

terima kasih Allah untuk terindah anugerah ini...


 

Bersiaran Kembali..


Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya menulis kembali...

apa dah jadi dengan hidup aku?

trauma kot..

saja nak kongsi cerita yang aku rasa korang semua dah tau.. dah basi pun..
cerita pasal apa???

pasal lif blok aku yang terhempas & mengorbankan nyawa kawan aku..

ambik masa jugak untuk aku cuba untuk lupakan tragedi tu.. lagipun bende tu jadi time aku memang ada kat rumah.. duk terngiang-ngiang bunyi lif tu jatuh.. terbayang-bayang keadaan kelam kabut masa kejadian tu..
mungkin sebab aku lemah semangat kot.. mula-mula memang aku berharap yang lif tu jatuh kosong.. tapi tak sangka yang kawan aku ada kat dalam tu..

kuasa Allah kan.. sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya...

ada yang tak tau pasal story tu?? meh aku kongsi laporan blog ye... kalau tak salah aku blog berita sensasi kot.. lupe lah.. sebab story nie dah lama terperap dalam draf..



Kronologi Tragedi Lif di Kediaman TLDM

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam malam setelah koma selama dua hari. Suaminya Rafie Johar berumur 37 tahun.

Arwah koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut untuk mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

1. Arwah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dilaporkan kritikal disebabkan kabel lif putus dari tingkat 5 di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)

2. Arwah mengalami pendarahan dalaman yang teruk. Koma

3. Ada yang mengatakan yang Arwah sedang sarat mengandung ketika itu. Sebenarnya ia tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku yang sebenarnya pada masa itu, mangsa nampak seperti mengandung kerana semua tulang belakang sudah berkumpul di depan akibat kesan terhempas

4. Tulang rusuk dan tangan patah kerana arwah jatuh terduduk.

5. Otak mangsa pula tidak berfungsi.

6. Allahyarhamah dimasukkan ke hospital angkatan tentera & dipindah pada pagi Jumaat ke wad ICU hospital Seri Manjung. Keadaan Allahyarhamah yang tidak stabil pada masa itu dan cukup kritikal. 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan & ubat untuk menggerakkan jantungnya.

7. Walaubagaimanapun, Tuhan lebih sayangkan Allayarhamah apabila meninggal dunia 12.15 tengah hari Sabtu

Harapan kami cuma satu ia bukan berkisar persoalan tragedi lif ini semata, tetapi lebih daripada itu. Kami berharap kemudahan kem tentera di pinggiran termasuklah di Port Dickson, Kem Terendak dan lain-lain ditambah baik kerana anggota tentera kita berhak menerimanya kemudahan yang sebaiknya dia ats pengorbanan dan jasa yang mereka lakukan.

Apalah sangat daripada lebih RM70 bilion yang telah dibelanjakan selama ini untuk pertahanan negara, diperuntukkan sebahagian dana untuk penyelenggaran dan penambaikan kem-kem yang menempatkan anggota tentera di Malaysia.

P/S : Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada keluarga arwah.

sumber : internet

huruf yang bertanda biru tu fakta salah.. aku nak buat pembetulan.. firstly aku nak bagitau nama mangsa @ allayarhamah Zamzila bukan zamelia macam yang tersiar dalam akhbar.. dan waktu kejadian tu bukan 3.15pm tapi pukul 4.00 lebih.. sebab masa bunyi lif jatuh tu.. aku memang tengok jam.. dan fakta terakhir yang aku nak betulkan ialah tarikh kematian mangsa.. bukan tengah hari.. tapi tengah malam...

memang dah terlambat kalau baru sekarang aku nak betulkan fakta tu.. sebab cerita nie pun dah basi.. tapi kenangan buruk yang berlaku sentiasa ada je dalam kepala otak aku nie.. sampaikan bunyi lif tu jatuh.. pastu bunyi ambulan ngan bomba terngiang-ngiang kat telinga aku nie... sampai sekarang??? sekarang dah okey sikit..

alhamdulillah...

kenapa aku lambat post pasal benda nie?? sebab aku akur dengan peraturan sebarang kes yang berlaku dalam pangkalan navy tak boleh disebarkan kepada pengetahuan umum.. kenapa? atas dasar rahsia ketenteraan.. aku pun tak tau lah siapa punya kerja yang bagi info dan gambar pada pihak akhbar.. biar je lah kan.. sebab sekarang isu nie dah cool, maka aku berani nak tulis cerita pasal nie..

aku rasa bersyukur sangat sebab masa hari kejadian aku memang nak turun pergi jogging.. tapi bila hati aku rasa macam ada yang tak kena, maka aku bersiap lambat2.. mujur kan?? memang mujur sangat.. sebab aku dan mangsa selalu terserempak masa nak naik lif pastu dia lah yang selalu tengok-tengokkan zaquan masa aku keje.. ke mana anak aku pergi.. tunggu van ke tidak.. yang paling aku ralat, bekas tupperware dia aku tak sempat nak pulangkan.. sedih kan?? masa aku buat bunga telur untuk majlis maulidur rasul, arwah beriya2 nak bunga telur yang aku buat tu..

ya Allah..

kalau dikenangkan.. memang mengalir laju je air mata aku nie.. ye lah, adat duduk kuarters kerajaan nie.. jiran2 lah yang akan jadi sedara mara kita.. memandangkan kami semua orang merantau.. mau tak sedih sebab teman bersembang tiba2 je hilang dalam sekelip mata.. terbayang keadaan mangsa yang terlantar di katil ICU.. saat anak dia yang sulung peluk aku sambil nangis.. saat anak ke 2 nya bercerita mama mereka belum makan kerana sakit.. dan saat suami beliau mengajar beliau mengucap syahadah.. di saat jenazah beliau dikapankan.. dikebumikan.. subhanallah... besar kan kuasa Allah...

sebab tu aku ambik masa yang lama untuk kembali aktif berblog.. nak pulihkan hati aku yang trauma nie..
aku tak nak ulas pasal siapa salah siapa yang betul dalam hal lif tu.. biarlah masa yang akan menentukan semuanya...

untuk hari esok dan seterusnya???

menapaklah aku memanjat tangga ke tingkat 8..

huhuhuhu...

kuruslah...

pe yang kurus????

jari kaki kot...

hahahahaha....

(^_^)

buat allayarham kak su @ kak zamzilah.. semoga roh akak aman di sana.. kami akan tetap bertahan tinggal kat blok tu demi untuk menunggu keadilan agar kematian akak tidak sia-sia... buat abang rafi dan keluarga.. tabahlah.. kerana ujian yang hebat hanya untuk insan yang hebat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...