Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kembali Aktif Berblog..

Seronok rasanya bila minat nak menghias blog datang balik.. biar pun mood tu datang bermusim.. hehehe.... at least semenjak masuk tahun 2012 nie aku slalu je ade mood nak update blog.. yang terbaru.. aku dah mula rajin tangan menghias blog aku nie.. korang de perasan x ape2 yang baru??

xde?? tengok betul2..

walaupun macam dah ketinggalan zaman sket, yelah.. memandangkan banyak dah blog yang canggih manggih sekarang nie.. ape lah sangat blog aku nie kan.. tapi cukup besar maknanya sebab sblm nie aku kan pernah de niat nak tutup blog nie sbb rasa macam dah boring.. tapi bila tengok balik banyak bende yang aku dah ubah slow2, rasa syukur sebab aku xjadi nak tutup..
rasa happy lah untuk diri sendiri.. (^_^)


p/s : banyak lagi entri basi pasal cuti2 malaysia aku yang belum update.. tunggu yee...

Baju Oh Baju...

Tetiba plak tajuk pasal baju kan... hari jumaat aritu aku terima parcle baju yg aku order daripada Dr Su.. Packing cantik dan padat.. ngam2 plak masa parcle tu sampai aku tgh bersiap nak keje.. nak ganti member EL sebab anak die sakit masuk wad.. sedang elok aku nak pi keje, plak tu Wawa nak datang lapor diri kat hospital.. aku angkut sume kain2 aku + kain mak aku pi pejabat.. bleh la si Wawa tu pi bawak balik Pangkor.. al maklumlah, 1 2 tahun nie aku tempah baju jauh kat pulau nun.. hehehe..

Masa drive nak pi keje, kepala otak aku nie ligat duk pikir, nak suh akak tu besarkan sket baju x.. sebab? buat2 xpaham la plak.. sebab nye badan aku nie dah makin membesar.. klu nak kata makan banyak tu, xmungkin sebab aku memang jaga bab makan.. tapi kekadang terbabas jugak la.. tapi banyak terbabas pi drive thru mc d tu haa... daripada bulan 11 tahun lepas sampai sekarang, aku rasa de lah dekat 10-20 kali aku pi beli makanan kat mc d tu.. sumenye gara2 laki xde, malas nak masak.. so on the way balik keje, singgah la sat.. lagi pun senang je kan?? tapi pastu?? pulun la aku main tali skipping ngan buat lompat bintang.. 

Bila aku tanya Dr klinik tempat aku buat rawatan kesuburan, die pun bagitau tu sume kesan sampingan ubat subur yang aku makan.. de sesetengah orang yang badan die bleh terima apa2 pun jenis ubat.. tapi dalam kes aku nie, jadilah kesan sampingan cam nie.. hubby kata, demi nak dapat anak kedua nie.. aku kene korban lah sikit.. erm.. nak buat macam mana kan? redha je lah..

Okey, berbalik pada tajuk asal sebelum aku melalut panjang2 lagi.. hahaha... aku decide xnak lah suh akak tu besarkan ukuran baju aku tu.. biarlah size tu macam tu.. aku akan cuba turunkan sket2 badan aku dengan cara tukar balik sume sumber makanan aku.. contoh? aku dah start tukar guna beras yang kurang kanji.. telur pun yang kurang kolestrol.. pendek kata.. aku akan jaga jenis makanan yang aku ambik.. aku pun de baca kat blog lain, kalau setakat kita sekat makan, xkan banyak membantu nak kuruskan badan..

so... wish me luck me luck ok.. semoga aku kuat semangat.. 

amin..


p/s : en suami, pasnie kalau turn awak masak, sila kurangkan minyak ye.. hehehhe...


10 Pusat Perlancongan Air Terbaik Dunia

 70 peratus permukaan Bumi di dominasi oleh air. Tidak hairanlah,tempat-tempat pelancongan terindah di dunia sebahagian besar di kawasan air. Banyak tempat pelancongan terindah di dunia meliputi kawasan laut yang rata-ratanya menyimpan keindahan luar biasa.

Jom layan 10 pelancongan air terbaik di dunia..


1. GREAT BARRIER REFF

 10 Wisata Air Terbaik Dunia


Great Barrier Reef adalah sistem terumbu karang terbesar di dunia. Terdiri daripada lebih 2900 jenis terumbu karang individu dan 900 buah pulau regangan serta lebih daripada 2,600 km di atas keluasan kira-kira 344.400 kilometer persegi. Terumbu ini terletak di Laut Coral, di luar pantai Queensland timur utara Australia.

Great Barrier Reef boleh boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar tunggal di dunia yang dihasilkan oleh organisma hidup. Struktur terumbu karang ini terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil yang dikenali sebagai polip karang. Ia boleh menyokong kepelbagaian hidupan dan telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981. CNN melabelnya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia. Sebahagian besar daripada terumbu yang dilindungi oleh Taman Laut Great Barrier Reef. 

Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid



Kisah bermula 8 tahun lalu dimana cinta Arif dan Karmila mekar mewangi. Arif, ahli biologi yang berkongsi minat dengan isterinya Karmila iaitu meminati bunga, membina sebuah villa indah yang dinamakan Villa Sunyi, villa bercat unggu berbumbung biru tua, di sebuah kawsan terpencil di Cameron Highland buat isteri tercinta. walaupun mendapat nasihat daripada penduduk setempat mengenai kewujudan puaka di tapak vila berkenaan.

Arif meneruskan minat mendalam terhadap bungaan dan berjaya menghasilkan satu jenis kacukan bunga ros baru dengan satu spesis bunga liar yang ditemui di dalam hutan. bunga ungu yang indah itu dinamakan Ungu Karmila.

Bermula daripada saat itu kehidupan mereka mula berubah.... sehingga pada suatu hari... Arif dan Karmila ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di villa sunyi. sejak itu penduduk orang asli di situ menganggap villa itu umpama satu puaka yang sedang tidur dan tidak boleh diganggu....

Namun 6 tahun kemudian, Jikun, seorang pemuda orang asli yang penuh sifat ingin tahu menceroboh vila misteri itu. dan pengakhiran yang dasyat berlaku apabila dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan. Ia mendorong ema, adik perempuannya yang juga seorang doktor dalam bidang bioteknologi untuk merungkai misteri kematian abangnya.

Di satu sudut lain, seorang lelaki bernama Dino dibebaskan dari hukuman penjara dan berazam untuk mengubah cara penghidupannya. Namun masa silamnya memaksa dia untuk berlari semula daripada bayang-bayang kejahatannya.

Arafat, abang kepada Arif, seorang ahli perniagaan hartanah tersohor begitu bertekat untuk membersihkan nama adiknya yang dianggap membunuh isterinya dan kemudiannya membunuh diri di vila ungu misteri itu. hasil usahanya dia telah mengupah Dino, bekas banduan yang tidak gentar kepada cabaran serta  sekumpulan pengkaji paranomal yang dianggotai oleh Bado, Winda dan Rosli yang gah mencipta nama merungkai misteri2 paranomal.

Ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Di penghujung cerita barulah misteri tersebut terbongkar.. 

Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya digabungkan dengan menarik oleh Ramlee. Penulis cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.

Nak tau kesudahan penuh novel nie??? kenalah baca sendiri.. kalau sume aku tulis, nanti tak suprise lah bila korang baca.. aku akui, penulis berjaya mebuat pembaca tertanya2 apa sebenarnya yang menjadi punca kejadian misteri tersebut.. apa kaitan bunga Ungu Karmila dengan misteri tersebut..

Syabas untuk Ramlee Awang Murshid.. Double thumbs up..



tu diaaa... pak cik pun suka jugak.. hehehehe...


Entri Sinopsis Novel Telah Bermula...

Macam yang pernah aku bgtau sebelum nie, aku nak publish sinopsis novel-novel yang aku dah beli @ baca.. dah lama rasa aku nak buat entri tu.. tapi sayangnya masa xmengizinkan.. memandangkan tahun 2012 nie banyak tempahan hantaran, plus adik aku nak tunang & kawin.. so update blog jatuh no last skali dalam to do list aku.. hehehe.. banyak jugak entri yang aku peram xpublish2.. duk la dalam folder draf tu.. huhu.. mak sibuk nokk.. hahahaha...

Oklah.. kita start dulu dengan novelist kesayangan aku sekarang.. sape lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.. Jom baca ye...


************************************

TRILOGI : BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU & HIJAB SANG PENCINTA

 Novel 1 : BAGAIKAN PUTERI




Judul : Bagaikan Puteri 
Halaman : 578 muka surat

Haryani koma selepas kemalangan akibat diragut. Semasa koma merentas masa kembali pada penghujung kurun ke 15 dan bertemu serta jatuh cinta dengan Saifudin (Laksamana Sunan). Mereka saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.


Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


Kesungguhan & keikhlasan cinta Dani kepada Haryani telah membawa Haryani kembali ke abad 21. Namun sayangnya Haryani masih mencintai Laksamana Sunan, tetapi Dani tidak mudah mengalah kerana dia sudah terlalu mencintai Haryani. Dani membawa diri ke Banda Aceh dan di sana dia hotel di mana dia menginap telah dilanda Tsunami. Haryani tekad ingin ke Banda Acheh mencari Dani. 

Apakah Dani masih hidup?

Dapatkah Haryani mencari Dani dan membawanya pulang ke Malaysia?

Nantikan sambungannya... 

Dunia Akhir Zaman...




Aku dapat video nie kat you tube.. saje nak share ngan korang.. semoga pe yang ada dalam video nie dapat memberikan korang ilmu dan pengetahuan.. sama ada korang nak terima video nie sebagai kebenaran atau tidak.. terpulang kepala pendapat individu.. tapi masa 1st time aku tgk video nie.. aku terdiam dan rasa takut seandainya apa yang ditunjukkan adalah kebenaran..

Subhanallah...



Bersiaran Kembali...

Semenjak badan aku dilanda virus demam & selsema.. maka aku memang langsung xde mood nak berblog.. maklumlah.. bila badan xsihat, otak pun kureng la jugak nak berfikir dengan laju.. hehehe..

Tapi sekarang alhamdulillah.. aku dah ok.. semuanya akan kembali seperti sedia kala.. 

semoga pas nie sume entri yang terperap as draf dapatlah aku publish kan.. walaupun citer2 tu kebanyakkannya dah nak basi.. tapi bukan dah expired ye.. hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...