Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SENTAP NYE..

Petang2 hari masa aku tengah dok sibuk shopping2 barang2 kawin tunang & kawin adik aku, tetiba aku dapat call daripada mak aku. Mak aku sibuk duk tanya tengok tak rancangan tanyalah ustaz. Aku dengan jujurnye cakap xde.. mana mau nye kalau anak aku ngan encik suami dah pegang remote. Dah tentu2 aku kalah.. huhuu.. Mak pun bgtau aku, ustaz Sharhan Shafie de bagitau de 6 nama2 anak jin yang sering digunakan manusia. salah satunya nama anak aku. Jujurnya memang aku sangat sentap. Nama Zaquan tu bukannya aku main taruk je ok.. aku cari dalam buku yang berlambak2 kat pasaran sana yang dalam buku tu nama Zaquan @ Zakwan tu nama yang ada erti yang baik. Xde plak dalam buku tu mention nama anak aku tu nama anak jin. kalau ade, xkan lah aku ngan en suami aku tu tergamak nak bagi nama anak jin kat anak kitorang. 

Korang yang nama anak xde dalam list tu memanglah xkan rasa ape2. Tapi aku terasa sebab nama anak aku termasuk dalam list yang ustaz bagi. Bukak FB sume org duk post2 pasal nama tu. Kalau orang duk bercakap yang xbaik pasal nama anak korang.. xkan korang xsentap kot... kan? aku bagi sample lah 1 post antara yang banyak komen pasal nama2 tu..

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri.. 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita. PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. "

Aku bukan tak percaya pada ustaz tu. cuma aku rasa kurang yakin. sedangkan aku rasa bahan rujukan yang aku guna untuk cari nama anak aku tu bukan baru sekarang diterbitkan, masa aku sekolah lagipun bende tu dah ada. cuma sekarang kulit buku dah de macam2 jenis. isi kandungan tetap lebih kurang sama. Ustaz pun de mention kalau nama tu ok dengan individu tak de ape.. yang jadi masalah kalau nama tu xsesuai barulah perlu tukar.

Tapi aku geram ngan manusia2 yang dah la xtengok rancangan tu, pastu duk share link sana sini kat fb pasal pe yang ustaz tu cakap. seolah2 nama2 tu sume dah kena black list. Macam aku, mungkin xde ape sangat sebab yang kene anak aku. cuba bayangkan perasaan individu yang de nama tu bukan budak2. orang duk sibuk bercakap pasal nama die yang macam jin tu setiap masa. Kalau kene kat korang.. mesti rasa sakit ati kan? 

Mujur adik ipar aku de tag aku kat komen ustaz nie pasal kontreversi nie.. alhamdulillah, jawapan yang diterima melegakan hati dan otak aku. Mau xrisau wei, nanti orang duk kata nama ank aku tu nama jin. huhuhu... sedey woo...

Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.
Alhamdulillah... syukur & lega..

Persediaan Ke Sekolah Yang Pertama...

Entri basi lagi untuk dipublishkan kat blog nie.. hehehe...

Kali nie aku nak sembang pasal persediaan persekolahan Zaquan. Giler awal nak beli barang-barang sekolah kan? sebab nie 1st time anak nak sekolah, so aku ngan hubby exited sket la.. zaquan?? die buat tak peduli je.. siap cakap macam takut la nak g sekolah.. kalau tanya kenapa, die jawab entah la, hati berdebar2.. hahaha... lawak tul anak aku sorang nie.. korang jangan tak tau, zaquan suka cakap bahasa melayu standard.. dalam erti kata lain, die suka cakap ayat satera.. contoh.. kalau biasa kita cakap kepala pening, nak tido. kalau keluar daripada mulut Zaquan akan jadi " bonda, awan (zaquan) rasa kepala awan rasa berpusing2.. mungkin awan perlu tidur.." hahaha.. skema giler kan? korang jangan xpercaya.. adik ipar aku slalu ckp.. nanti cikgu bahasa melayu die mesti sayang kat die.. hehe.. lagi satu, aku dah penat ajar die sebut nama penuh, tapi die tetap bahasa kan diri die awan.. pe nak buat.. biar lah, mak aku kata sampai masa nanti bila die dah sekolah.. die akan guna jugak nama zaquan tu.. 

sambung balik cite aku nak pi beli barang sekolah die tu. si ayah punyelah semangat berkobar2 xnak beli barang kat area manjung ngan sitiawan u, nak ajak aku ngan anak die pi beli barang kat Ipoh nun.. giler jauh nak cari beg ngan kasut je. fikir2 macam xberbaloi.. tapi bila hubby kata saje nak g jalan kat ipoh, de bende suprise nak bagi kat aku.. kat area manjung ngan sitiawa nie xde.. puas aku tanya2 die tetap tutup mulut xnak bagitau.. so, diam jelah & tunggu.. kalau korang nak tau, aku nie spesis xsuka suprise2 nie.. hahaha.. pelik kan? tapi itulah aku..


nie lah suprise daripada en suami tersayang.. macaron.. die kata dah lama aku asyik sebut nak makan, duk cari2 kat bakery shop area manjung & sitiawan xde jual.. thanks en suami sayang.. love u.. mmuuaaahhh..
tapi sayang sket sbb masa nie aku kene flu, so ade sket kurang lah pada deria rasa aku tu.. tapi still de rasa manis macaron tu.. tapi... kene share ngan zaquan yg suka sgt makan macaron nie.. F.I.Y. aku bukan ngidam sbb preggy ye..

Barang2 Zaquan yang still duk dalam bungkusan..



Tadaaaa... dah kuar pun.. jenuh nak ikut taste budak kecik nie. Segala bende nak brand Ben10 nie.. puas aku pujuk beli beg mickey mouse yang ciut miut.. selamba je cakap beg ben10 lagi hebat.. ish2.. budak zaman sekarang.. poning2.. nie baru shopping barang sekolah die part 1, belum aku story next partnye yg lagi haru.. huhuhu... kalau nak tau kene lah tunggu ye..

inilah die budak yang nak g sekolah tu.. cam manalah agaknye nanti ye.. huhuhu...

Jalan - Jalan Ke Zoo Taiping..

Salam..

Saje je nak publish entri yg dah basi.. selalu sangat aku publish entri yang back dated kan? biasalah.. aku nie update blog ikut angin.. angin rajin.. selalu lah aku update.. klu x, camnie lah gayanye... bende dah berbulan2 jadi baru terhegeh2 nak publish kat blog.. de aku kisah.. lagipun aku buat blog nie pun suka2 je. de ke org baca? ntah2 aku je yg baca sendiri.. ahakss.. nanti bila dah sampai seru.. aku akan jadi blogger yg berdedikasi lah.. hehehe...

Memula hubby rancang nak g Cameron Highlands balik hari.. tapi aku xmau lah rushing2.. so, hubby decide nak bawak aku ngan Zaquan pi Zoo Taiping.. walaupun dah banyak kali kitorg g situ.. huhuhu..

Aku rasa tak payah la aku  nak describe haiwan2 yang de kat Zoo tu sebab aku rasa mana2 zoo sume kebanyakkan ade haiwan yang sama.. aku cuma nak citer sebelum kitorg g zoo, kitorg singgah kat Kuala Sepetang nak pi makan mee udang kat Warung Mak Ude xsalah aku nama die.. alah, yang si Farok singgah dalam citer warung kita tu.. Mee udang die punye lah banyak udang.. bukan kenyang mkn mee, tapi kenyang makan udang.. dalam perjalanan gi kedai tu, aku perasan yang Kuala Sepetang nie masih terpelihara bangunan & alam sekitarnya.. aku lalu rasa damai sangat macam kat filem zaman2 dulu.. maklumlah.. aku kan suka bende2 klasik nie.. hehee... tapi mee udang nie xbleh lawan mee udang yang aku makan kat stadium batu kawan ngan family Pak Dolah.. yummyy... rindulah nak balik Penang.. huhuhu...

Mee Udang yg best... berbaloi2..

Mee Goreng Udang.. nice plate..

Jom cuci mata ngan pic2 yang aku dah snap.. wokay...

1st time aku pegang spesis ular nie seumur hidup aku.. nak layankan Zaquan yang duk merengek ajak aku ngan hubby ambik gambar ngan ular.. memula mmg takut wo.. aku mmg xnak, tapi bila hubby ckp untuk gambar kenangan, aku pun setuju je.. last2 sume buat muka ntah2 pape je.. hahaha...

Tarikh g bln 10, tapi entri baru skrg nak kuar.. dah basi ler.. :P


Muka2 cuak bergambar ngan ular.. en suami pun sampai senyum takut2 plak.. hehehe...

bergambar bersama monyet yang tgh dating.. hahaha...

ayah & anak..

Anak & ayah berposing..

riang ria di zoo..

my beloved family..

tunggu lah next cerita basi yang aku akan upload memandangkan musim rajin update blog dah tibe.. hahaha...

Dugaan Dunia...


Aku redha dengan dugaan yang menimpa diriku ini..

Aku bersyukur kerana aku dikelilingi oleh insan2 yang banyak menyokong aku..

Kadangkala aku tertanya2.. 

Apakah manusia2 busuk hati ini lupa pada kuasa Allah yang maha hebat..

Sanggup bersekongkol dengan syaitan demi kepuasan diri..

Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka2 ini..

Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui...

Tabahkan hatiku & kuatkan semangatku menempuhi dugaan ini Ya Allah...

Amin...

Ramlee Awang Murshid - Penulis Thriller No 1 Malaysia..

Saje entri kali nie aku nak share ngan korang novelis favourite aku sekarang.. Ramlee Awang Murshid.. Pasnie, aku akan upload novel die dulu lah dalam koleksi novel2 aku.. sebab? senang je.. he's my fav writer.. pasal itu karya beliau diutamakan..

************************************************

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.
Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”

Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Zaquan dah nak sekolah !!!!

Entah kenapa, pas dapat surat dari sekolah dia untuk settle pendaftaran ngan ukur baju untuk sesi 2012.. aku jadi sebak.. kejap je masa berlalu.. sedar tak sedar, Zaquan dah nak sekolah.. walaupun cuma masuk sekolah baru umur 5 tahun, tapi kira melangkah ke alam persekolahan jugak lah kan.. OMG !! selama bertahun2 kebelakangan nie, aku selalu terpikir macam manalah keadaan aku kalau anak aku sekolah.. macam mana aku nak hadapi persediaan untuk die ke sekolah macam mak aku dulu.. sekarang aku semakin jadi macam mak aku.. dalam erti kata lain.. aku makin dewasa... huhuhu.. bila aku cite kat hubby, die selalu tersengih2 sambil ketawakan aku.. die slalu cakap, kalau anak dak pi sekolah, tandanya die dah makin besar.. bukan selama2nya bleh jadi anak manja yang duk berpeluk ngan bonda die, pastu main kete kat umah.. Erm...

Aku pun tak tahu, padahal bukan aku yang nak masuk sekolah pun.. Anak aku yang sekolah.. tapi pelik, aku plak yang gabra.. bukan nak daftar sesi pun, g settle yuran ngan tempah uniform je.. uuuwaaa... hati sebak lagi.. macam manalah Zaquan nanti ye.. larat ke cikgu nak layan die.. die tu banyakk tanya.. pastu suka loyar buruk.. kencing berak die macam mana gaknye ye.. pandai ke die nak cakap ngan cikgu.. aku ngan hubby dah plan nak ambik cuti 2 hari nak teman Zaquan kat sekolah.. korang rasa over ke? mungkin sebab nie lah satu2nya anak yang kami ade bt masa sekarang, tu yang sayang over2 tu.. dah tu, nak sayang sape lagi kan klu bukan anak sendiri.. ntah la.. yang penting aku kusut sangat.. kenapa kusut?? ntah laaa... huhuhu...

Oppsss... baru perasan lah, dah panjang2 tulis, aku tak story mory lagi nama & lokasi sekolah Zaquan tu.. Meh la baca.. hehehe..

 balik keje je hubby terus tunjuk surat nie kat aku.. sebak rasa dada.. anak kesayangan aku dah nak pi sekolah dah.. huhuhu...

Memula, kami buat keputusan untuk daftar Zaquan sekolah kat tadika chinese kat Lumut. Tapi disebabkan faktor makanan, kami terpaksa lupakan hasrat tu.. lagipun sekolah tu sebelah tokong. Korang pun bleh agak kan kenapa kitorang cancel nak hantar die ke tadika tu.. Plan tu dibuat sebelum Zaquan lahir lagi.. advance tak? hehehe...
Pastu, hubby pi daftar Zaquan kat tadika KEMAS depan umah kitorang. Kat kompleks pra sekolah.. tapi malangnya senarai menunggu untuk 6 tahun pun dah ramai, apetah lagi untuk 5 tahun.. takde harapan lah agaknye.. huhuhu.. rasa ralat jugaklah tak dapat masuk sekolah tu sebab sekolah kat depan umah.. tambah plak lagi, umah pengasuh sebelah blok aku. Faktor keselamatan anak aku pergi balik sekolah memang terjamin lah kan.. xdelah aku nak risau2 die naik van.. tapi nak buat macam mana, takde rezeki.. tahun depan kalau de rezeki memang duk situ lah ye.. mintak2 la de kosong untuk Zaquan.. amin..

Lastly, recommend by our pengasuh.. akhirnya aku ngan hubby buat keputusan daftar Zaquan kat Tadika Islam. Sekolah nie luar dari Pangkalan Navy. So, kene lah naik van. Tak jauh pun, dalam 5-10 min je. Tadika nie dalam kawsan surau. Sebab utama, hubby kalau boleh nak bagi didikan agama yang mendalam untuk bekalan Zaquan menghadapi dunia yang makin mencabar nie. dalam keadaan dunia sekarang nie, hubby aku kata.. sekurang2nya kami dah bekalkan ilmu agama yang kuat untuk menjadi benteng pada segala anasir2 jahat yang ada kat sekeliling kita.. sekarang pun dunia dah macam nak tunggang terbalik.. macam2 hal.. ntah masa depan kitorang pun tak tahu keadaannya.. moga ini akan menjadi asas peribadi teguh pada Zaquan. hubby kata, antara salah satu yang akan membantu kami di akhirat sana.. adalah anak yang solleh.. moga dengan langkah awal ini, Zaquan akan terus menjadi harapan kami untuk tenang di sana.. tapi, kita hanya mampu merancang kan?? semoga segala2nya akan selamat.. amin...

 nie lah nama tadika tempat Zaquan akan menjejakkan kaki kali pertama ke alam persekolahan..
sila abaikan nama hubby aku tu ye.. huhuhu...

 Zaquan masuk kelas Sidina Ali..
 kelas untuk kanak-kanak 5 tahun..

pic sekolah pertama Zaquan..
Klakar, tapi comel.. puas lah kene marah ngan ayah ngan pak cik camera man sebab buat peace la.. muka comel lah..akhirnya pas penat ajar die duk diam.. cuma pic nie je yang elok sikit.. huhuhu..

tak sabar nak beli barang2 sekolah Zaquan.. tapi.. pasni tergalas pulak tanggungjawab kami yang baru..
menguruskan persekolahan anak pulak
kami yang semakin dewasa..

Good Luck Zaquan...

Ayah & Bonda always Love U my dear...

Sunyi...

Apabila di kepala banyak perkara ingin dicoretkan...

Tapi tangan & mata tak memberikan kerjasama...

Mata & tangan letih untuk memberikan tumpuan menulis dan membaca...

Kepala & minda pun ikut sama hilang minat..

maka...

-
-
-
-
-
-
-
-


terbiarlah blog nie sunyi.. sepi...

tunggulah.. mood datang ye...
huhuhu..

jangan marah aaa... hehehe...


Happy 6th Anniversary To Us..


 
Kenangan Terindah... 12.11.2005

Alhamdulillah..
Diam tak diam dah masuk tahun ke 6 usia perkahwinan aku & en suami.. rasa macam baru tahun lepas je en suami jabat tangan dengan tok kadi.. heheh.. Ape2 pun, aku rasa bersyukur sangat kepada Allah kerana memilih dia sebagai suami + teman hidup + sahabat terbaik aku. Nie lah yang mak selalu cakap, orang tua lagi tau lelaki mana yang sesuai untuk dijadikan suami atau tak. Kalau dulu masa aku dengar ayat tu kuar daripada mulut mak aku, hati aku dah hangin semacam je.. ye lah, zaman tu aku memang suka memberontak.. bila sekarang aku ingat balik ayat tu, memang ada kebenarannya. Mungkin sebab aku setuju kawin boleh buatkan mak aku gembira bila ke tanah cuti, maka Allah beri ganjaran untuk pengorbanan aku yang tak seberapa tu. 

Kini, aku bahagia disamping suami dan anak tercinta. Memang tak nafikan, rumah tangga aku ada pasang surut bahagianya. Sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula suami isteri.. hehehe... pinjam lagu Tan Sri P.Ramlee sat... Adakalanya gaduh jugak, de time aku majuk.. ade time die majuk.. tapi kebanyakkannya aku lah yang selalu buat perangai. Maklumlah, hati perempuan nie kan sensintip.. laki i tu plak askar, kekadang intonasi kasar sket, bila timing angin tak kena.. jadi pasal jugak.. hahaha... 

Alhamdulillah, dia sentiasa ada menyokong aku tika aku susah. Dia takkan membebankan aku dengan kerja2 rumah bila aku balik keje. Bahkan banyak kerja rumah yang dia buat untuk aku. Bila aku kenangkan betapa beruntungnya aku memiliki dia sebagai suami aku, air mata aku pasti jatuh menitis.. tak pernah dia merungut, tak pernah dia marahkan aku bila aku letih balik kerja tak masak.. kadang2 aku suruh dia marah aku bila aku rasa aku dah jadi pemalas.. tapi cuma dia kata, dia bersyukur sebab aku sudi jadi isteri dia, aku lahirkan zuriat untuk dia, keluar bekerja.. bantu dia mantapkan ekonomi keluarga.. ape salahnya dia buat kerja rumah untuk bantu aku pulak.. dia xmampu nak bagi aku kemewahan dunia.. cukuplah dia tolong aku buat kerja rumah supaya aku tak terasa terbeban bila jejakkan kaki ke rumah. Memang aku akui, kalau dia outstation, aku jadi mati kutu.. susah kalau die takde.. mak aku kata suami aku terlebih manjakan aku.. huhuhu..

Entri kali nie memang aku dedikasikan untuk suami yang paling aku sayang. Bukan niat nak bodek ye.. tapi andai suatu hari nanti, aku dah takde lagi.. suami aku atau anak2 kami boleh baca blog aku nie.. diorang akan tahu, betapa aku beruntung bersuami kan ayah mereka. 

I LOVE U SO MUCH EDDIE MIZA MOHAMAD

Semoga jodoh kita akan kekal hingga ke syurga.. same2lah kita berusaha menjadi suami isteri yang sentiasa di redhai Allah.. Moga kita dapat menjaga kerukunan rumahtangga kita sampai kita menutup mata.. sesungguhnya.. kasih sayang & kesabaranmu mematangkanku..

Thanks for the great 6 years with U sayang..

Sekadar Ingin Berkongsi...

Salam..

Entri kali nie lari sket daripada kebiasaan.. Kebetulan de kawan aku mintak aku carikan doa untuk suami dia yang panas baran.. aku pun lupa aku copy paste kat mana.. huhuhu.. alang2 aku nak tolong dia, aku post kat blog nie supaya ia boleh membantu kepada sesiapa yang de masalah yang sama macam member aku tu.. insyaallah, tak salah kalau kita ikhtiar untuk kebahagiaan rumah tangga kita kan?

Selamat mencuba...


Panduan Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.



Untuk melembutkan hati suami yang garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

Rawatan Kesuburan..

Setelah berbulan2 aku berbincang ngan hubby aku, aku decide untuk tukar klinik untuk buat rawatan kesuburan.. nak buat apa kitorang buat rawatan tu? nie lah salah satu usaha untuk dapat next baby.. kitorang pun de try berubat dengan ustaz, tapi dalam masa yang sama aku tetap nak try melalui kaedah moden.. bukan ape, sekurang2nya aku betul2 berusaha dengan apa cara sekalipun.. semoga usaha kami kali nie akan membuahkan hasil.. insyaallah, kalau diizinkan Allah.. sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah.. amin..
Memula aku decide nak pergi kat klinik sebelah tu.. Klinik Bersalin Yasmin, tapi member aku cakap klinik yasmin tu pun reffer mostly kes yang berat ke klinik pakar nie.. so, hubby cakap terus direct ke klinik Pakar Wanita nie jelah.. tengok macam mana.. 

Nama doktor nie, Prof. Madya Colonel (b) Dr Hanif yang sudi memberi pandangan ikhlas yang kadang2 aku pun susah nak jawab soklan yang ditanya.. contoh : kenapa agaknya dalam tempoh 4tahun nie aku xpregnant.. hubby aku slumber je jawab, itu yang kami nak tau.. hahaha... ntah ape2 je laki aku nie.. doktor tu pun satu gak.. pe lah jenis soklan die.. tapi aku tau, die maksudkan hal lain.. maksud die de ke aku terlalu tension.. tekanan tempat kerja ke? badan letih ke? atau aku ade ambik pil cegah kehamilan.. dan yang paling penting, die cakap aku ngan hubby memang normal.. xde masalah untuk dapat anak, cuma aku kene loss some weight... ??? buat2 xpaham plak ye.. dalam erti kata yang kasar sket, dr tu kata aku nie dah gumuksss... aarrggghhh... tensi mak.. selama nie hubby aku yang cakap jangan buat kerja banyak2.. kene rehat sebab aku nie kalau lasak sket, takut lah susah nak lekat.. tapi dr nie cakap aku kene kurangkan berat badan.. u tengok hubby.. selama nie u suruh i rehat2 banyak2, skali dr kata suh exercise la... huhuhu..
Aku berdoa sangat agar sume penantian kami akan berakhir dengan kegembiraan. Bukan aku tak bersyukur dengan zuriat yang ada, tapi kalau boleh aku nak anak ramai.. sebab aku suka suasana meriah. Lagipun hubby aku tu dah 30++.. kesian die, anak baru sorang.. member2 aku yang lain sume dah beranak pinak.. andainya aku cuma ditakdirkan ade sorang anak pun aku tak kisah.. cuma selagi ada peluang, kitorang akan usaha.. lagipun aku bersyukur sangat dengan family aku sekarang.. aku ade suami yang sangat2 sayangkan aku & tentulah aku sayang kat die.. dan anak aku yang sangat pandai ambik ati aku.. sama macam ayah die.. Rezeki anak xde, Allah kurniakan rezeki lain.. sesungguhnya Allah itu maha adil..
Pepun, korang doakan aku akan dapat good news ye nanti... amin...


nie lah klinik tu... hubby tolong snap...

kalau ade sesiapa yang ade masalah kesuburan.. boleh lah try kat klinik nie.. manelah tau, serasi plak kan?

Sebelum aku noktahkan tulisan aku nie.. aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hanif atas ilmu dan rawatan yang diberikan.. juga diskaun yang best sebab aku keje kat hospital katanya.. hahaha.. lagi aku suka.. hehee...

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pagi2 hubby suh aku ngan Zaquan bersiap lepas solat subuh. Memula aku pelik gak ngan laki aku nie.. xpernah2 suruh kitorang bersiap pagi2, kalau ade plan nak g mana2 pun selalu malam die dah bagitau plan utk next day.. yelah, hubby nie jenis well plan punye spesis.. tak macam aku, suka last minute decide ape2.. hahahaha... habit lah, nak buat mcm mana.. Lepas masuk dalam kereta pun hubby xmau jugak bagitau nak bawak kitorang pi mana. Pas 5 min bosan duk tanya yang jawapan diterima cuma muke sengih yg sungguh menyakitkan hati, aku malas nak tanya. Maklumlah, kadang2 aku nie emosional sket.. hahaha.. teruk ke?? alah, nak manja2.. hahaha... bleh?

Bila thk hubby ambik jalan pi Ipoh, aku ingat die saje nak bawak tempat aku biasa shopping barang2 nak buat hantaran si Zaidi tu. Aku pun senyum2 je lah. Aku suka shopping kat situ.. mcm2 ada.. complete! yelah, nak dibandingkan ngan kedai barang perkahwinan kat Manjung ngan Sitiawan tu, memang ok.. tapi kat Ipoh nie banyak sikit pilihan.. Kat mana? Kat VR Star.. Tempatnya? Jalan nak Ipoh - Kuala Kangsar.. Alah. tepi jalan ade patung gajah 2 ekor kat luar kedai.. kedai nie warna purple.. senang je nak cari.. hehe.. kalau owner VR Star tersinggah blog aku nie, bleh la bagi aku diskaun next purchase sebab aku dah tolong promote kedai die kat sini.. hehehe... tapi, de ke orang nak singgah baca blog aku yg suam2 kuku nie.. huhuhu...

Okeylah, kurangkan sembang2.. kite terus ke tajuk utama.. macam baca berita la plak ye.. hehehe.. Okeylah, aku pendekkan cerita pasal Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh nie. Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Tarikan utama Gunung Lang nie ialah pemandangan alam semulajadi yang terdiri daripada tasik dan hamparan bukit batu kapur yang masih belum diterokai & masih terpelihara. Sangat sesuailah untuk mereka2 yang ingin meredakan tekanan & menenangkan jiwa yang kacau. Bukan ape, bila tengok suasana alam sekeliling yang hijau.. kepala kita, jiwa kita akan jadi lebih tenang. Bersyukur sangatlah pada penduduk Ipoh yang ade tempat secantik Gunung Lang nie. Sungguh mendamaikan..


Air terjun yang tinggi..
Cantik..

Pose... bersama anak..

Pose sensorang...

 
Dalam bot menuju taman rekreasi.. Zaquan peluk ayah die xmau lepas sebab takut.. klakar tul..

Akhirnya hubby berjaya pujuk die duk atas kerusi.. sebab xlarat nak dukunglah tu.. hehehe

Aku... skema betul pakai life jacket kemas2... safety la.. kan??

Kalau tak silap aku lah, nak naik bot nie ke taman rekreasi kene bayar RM3.00. Murah kan? perjalanan merentasi tasik nie memang best. bot pun gerak slow je.. dapatlah aku menikmati panorama kehijauan alam sekeliling.. wahh.. gitu ayatnye.. hehehe...

aku suka betul jalan2 kat tempat yg ada bangunan / rumah kayu... cantik.. huhuhu...

Baru nak manja2.. si kecik nie smepat jugak nak menyelit.. mencik...

Pic taken by our son..

Seronoknye kalau betul umah nie milik aku... sekarang aku duk pulun kumpul duit untuk bina sebuah rumah kayu idaman kalbu.. mintak2 la dapat.. amin...

Kami seronok...

kacau tul jari en suami nie... xikhlas ambik pic dalam panas ke?
ahaksss...

Pose terakhir sebelum balik.. 

Tapi pengalaman yang paling aku tak boleh lupa ialah.... aku jumpa ngan Mamat Khalid yang kebetulan de majlis jamuan makan kat situ.. persatuan ape? aku pun xsure, tapi aku nampak ade kaitan ngan bahagian filem2 negara nie.. hehehe... masa aku duk syok2 snap pic kat air terjun tu, aku tertengok la org yang duk berkumpul kat meja makan tu. kebetulan Mamat Khalid tengok aku jugak.. dalam hati exited la weii.. aku suh la hubby aku pi snap pic & salam abg mamat, tapi die bleh selamba cakap kat aku.. 

" Abang pun sama pemalu macam Mamat Khalid, seganlah nak ambik gambar.."

Aku ketawa besar dengar ayat laki aku nie. Tapi memang betul pun, laki aku tu memang la pemalu yang amat. Jangan la harap die nak snap pic dalam keadaan orang ramai2 nie. 

Masa yang aku habiskan sehari kat Gunung Lang nie memang sangat berbaloi. Walaupun ade kekurangan sana sini, contohnya taman permainan yang tidak terjaga.. Rumah / bangunan yang dah rosak yang tidak dijaga dengan baik. Sayang kalau bangunan nie buruk macam tu je. Nak bina bukan pakai sikit punya modal kan? Kalau dibiarkan rosak macam tu je, kan ke rugi? tul tak?

Ape pun aku syorkan kepada anda2 yang ingin menenangkan fikiran dari kesibukan kota, singgah lah sebentar di Gunung Lang, dekatkan diri dengan alam sekitar yang cukup mendamaikan..

Jangan lupa singgah ke Taman Rekreasi Gunung Lang..

Kembali menjahit langsir...

Tetiba aku jadi rajin mengemas sume pic2 yg de dlm lappy aku nie. Susun gambar dlm folder.. dalam pada aku menimpan, byaak la plak kuar pic2 yang aku snap utk suka - suka.. termasuk pic langsir aku nie.. langsir raya you.. tapi dah nak masuk raya haji dah baru aku terhegeh2 nak publish kan?? hahaha.. de aku kisah.. korang layan je la ye...

Pertama skali aku gumbira sangat sebab mesin jahit aku dah berwajah baru.. means aku dapat mesin jahit baru lah.. oppsss.. bukan dapat ye, aku beli kongsi2 duit ngan laki aku. Malas aku nak pau duit die lebih2 sangat, nanti aku jugak yang kene tempiasnye.. paham2 saje lah ye.. hehehe...

mesin jahit nie simple je, function ok lah.. stakat nak jahit lurus, nak jahit zip ngan butang & rumah butang bleh la.. yang lain2 bukannya aku de masa sangat nak buat pun.. so, lain kali lah aku ambik tau ye.. 

Layan je lah story mengikut pic ye.. jom...


Nie lah mesin jahit yang aku idamkan.. sila abaikan meja tu ye.. i pinjam meja study zaquan sebab xbeli lagi meja mesin jahit nie.. lagipun umah kuarters nie kecik je.. karang sendat plak klu letak barang byk2.. hehehe...

Saje nak share pesen baru langsir aku tahun nie.. jurai2 u.. murah je aku beli kat kedai langsir kat Tangkak.. dalam bungkusan je.. macam2 warna de, cuma klu nak cantik letak lah 2 paket.. tapi kene guna penyangkut buluh tu.. tapi sebab aku dah bekanan, aku jahit jugak atas pita putih tu.. bleh jugak sangkut & melaram.. hahaha..

 
Sila abaikan tv & segala macam barang2 yg de  tu ye.. fokuskan mata korang kat kepala langsir tu.. meh aku nak story mory sket.. mesti korang xpercaya kan klu aku kata. kepala langsir nie aku beli yang ready made punye. Tapi aku tambah ngan manik2 kayu tu ha.. baru lah nampak glamour kepala langsir aku tu.. balik raya baru aku beli.. tengah2 beraya, aku duk menjahit kepala2 langsir tu sume.. bukan pe.. aku ingat thn nie aku cuma nak tuko langsir je.. kepala langsir guna thn lepas punye.. maklumlah, nak beli2 sakan, bukan umah aku sendiri pun... sayang woo.. esok2 de umah sendiri nak buat pesen sakan2 baru lah berbaloi2.. kan?? tapi bila aku pi kedai langsir tu, mule lah mata aku nie gila bayang tengok langsir2.. maka aku pun 'terbelilah' kepala langsir baru tu.. hahaha...

Hubby aku mestilah buat muka sket, tapi lepas kene pujuk2 cair lah die.. pas gantung langsir die plak yg duk senyum2 siap puji pandai aku pilih langsir last minute.. sampai skrg aku duk tertanya2.. dia puji ikhlas ke sindir aku ye..

Nie langsir utk pintu ke dapur...

Kat kuarters nie kene pakai langsir 2 lapis.. kalau x, orang luar bleh teropong terus dalam umah aku.. maklumlah tingkapnye glass yang lutsinar.. hehehe.. dah nak abis baru aku teringat nak citer.. aku jahit kepala langsir je.. langsirnye aku tempah kat member aku suh jahit.. nasib baik die nak & sempat jahit sebelum die balik sabah.. kalau x, naye je.. memula mmg nak jahit sendiri.. tapi biasalah kan, mana de masa.. balik keje dah penat.. sabtu ahad aku kadang2 kene OT.. mane lah sempat.. kalau takat tekan mesin aku no problem.. tapi nak ukur, nak gunting lagi.. makan masa jugak.. kan??
Pada sesiapa yang biasa g Tangkak tu, korang mesti macam aku kan kalau masuk kedai kain kat situ.. design lagsir sume tip top.. nasib baik lah aku nie duk kuarters.. klu duk umah sendiri, mau beribu skali abis tukar langsir.. huhuhu..

Tapi aku bukan tiap2 tahun tukar langsir pun.. 2thn skali je.. nak tukar tiap2 thn?? rabaklah kocek hubby aku..

(^_^)

Hobi Baru.. Kembali Membaca & Mengumpul Novel...

Rasanye haritu aku de mention pasal hobi baru aku membaca & mengumpul koleksi novel. De yang baru dan ada yang aku beli novel lama as collection. Masa awal2 aku bergelar isteri orang, aku dah slow sket bab2 nak beli novel nie.. yelah dah sibuk ngan hal2 umah tangga.. pastu hal keje.. Busy jugak lah katakan.. ahaks.. tapi minat membaca tu tetap tak bleh dipisahkan dengan aku, cuma bezanya aku dah mula kumpul majalah mingguan wanita, majalah RASA dan segala majalah yang berkisarkan hal2 isteri & suri rumah.. hahaha... jangan xpercaya ye..

Tapi sekarang hobi membaca & mengumpul novel aku telah kembali.. aku mmg nak berterima kasih pada ex-officemate aku; Ismawati yang telah menyuntik minat membaca dengan membantu aku membeli novel melalui pos tanpa perlu ke kedai buku. Maklumlah masa aku duk kat Teluk Intan tu, aku memang slalu terperap kat umah je. kenapa? masalah kesihatan ler.. lupe?? kes mistik yang aku slalu hint2 kat korang tu.. lupe jugak?? lain kali aku citer ye... hehehe..

Saje je aku nak share minat aku ngan korang. Manelah tau kan, pasni korang pun jadi berminat nak start baca novel balik mcm zaman2 bujang dulu.. Aku start beriya2 kumpul bila drama Nora Elena tersiar kat tv3. Member aku cakap novel tu dah lama keluar. Aku sungguh2 nak pi cari novel tu semata2 nak tahu jalan cerita sebab xsabar nak tunggu tayangan kat tv.. ahaks.. gelojoh tul kan?? biasalah.. tapi dalam aku cari novel yang payah sangat nak jumpa tu, aku duk belek2 novel tulisan Ramlee Awang Murshid. start dari tu lah aku duk pulun beli novel.. baik kat POPULAR BOOK STORE atau pun melalui online mcm novel Nora Elena tu.. hehehe..

Antara Koleksi Novel Terbaru Aku.. 
(takderlah banyak sangat kan.. biasalah baru nak start balik)


Penulis kegemaran aku sekarang tak lain dan xbukan.. En Ramlee Awang Murshid.. Dulu zaman sekolah, belajar aku minat baca buku cintan cintun.. bila dah kawin nie, dah jumpa Mr Right aku, aku dah xbape minat nak baca kisah cinta. Sekarang aku suka novel sience fiction. konon dah makin matang lah tu.. hahaha... bukan pe, selera manusia slalu berubah2 kan?

Tunggu plak ulasan aku berkenaan novel2 tu.. tapi mcm biasalah, banyak kali back dated.. huuhhu..

Tungguuuuuu... wokay???

Indahnya Cinta Begini...


Entri nie dah lama tersimpan as draf je.. biaslah aku nie banyak bende nak post, tapi bila angin malas datang.. draf tu akan kekal sebagai draf sampai lah angin rajin aku dtg. Kalau datang angin rajin aku, 3 4 entri aku post dalam sehari.. tapi kebanyakkannya back dated lah.. hehehe... 

Aku suka sangat baca & tengok pic Dr. Diana ngan Ashraf Muslim nie. Sejuk mata memandang.. Diorang memang xsama ngan cara artis lain bercinta. masa tunang pun xduk dekat2.. betul2 menjaga maruah & adab sebagai anak Melayu yang beragama Islam. Aku suka sangat tgk.. Kebanyakkan orang lain, belum tunang.. masih bercinta dah sakan pegang2 tangan.. duk dekat2.. macam xsalah plak kan perbuatan diorang tu. Aku bukan lah nak berlagak alim atau nak tunjuk baik, just nak bagi pandangan je. Alangkah bagusnya kalau adik2 atau anak2 melayu skrg bleh menjadikan mereka nie pasangan contoh. Cinta berlandaskan syariat Islam. Takde mengundang dosa & fitnah. Nie skrg ramai plak yg sibuk ambik pic pre wedding.. aku bukan menghalang, tapi korang cuba fikir.. kenapa kita sibuk nak ikut budaya luar? maybe sebab nak nampak moden kan.. yelah... cuma orang yang kuno macam aku nie je yang pikir macam nie.

Oklah, kalau cakap banyak2 nanti ramai plak yang meluat ngan aku. Biasalah, kalau cakap mengajak orang buat baik nie memang susah sket. maklumlah, nak buat baik nie xsemudah nak buat jahat. Yang penting tepuk dada tanya iman. aku bukannya baik sangat pu, tapi makin hari aku ingin berubah menjadi insan yang lebih baik untuk bekalan di akhirat nanti.. manalah tau, sket sebanyak dapatlah tulisan aku nie mencuit sket2 ati korang yang membaca nie..

korang layanlah pic wedding yang sangat lovely nie.. alangkah baiknya kalau kita dapat jadi mcm diorang. bercinta kerana Allah dan tak melakukan perkara yang dilarang.. wedding yang nice & simple.. xgrand tapi de keistimewaan tersendiri.. moga2 ramai yg akan mengikut jejak langkah pasangan ini yang sangat menjaga nama baik agama & maruah bangsa..

Jom cuci mata dengan pic2 yg so sweet & nice nie..





Semoga pasangan ini akan berbahagia hingga ke akhirnya.. amin..

credit photo to www.jangguttouch.com

Our New Family Member…


Masa kitorang celebrate bday hubby aritu, Zaquan tetiba cakap pasal nak bela pet. Dia tanya ayah die, dapat green light. Selama nie hubby memang tak bagi Zaquan ade pet selain daripada ikan dalam akuarium hubby tu. Dulu memang la banyak ikan, tapi sebab asyik mati je.. hubby pun decide nak bela ikan haruan, bagi makan sampai gumuks.. pastu goreng.. sampai ati ke nak makan nanti.. hehehe…
Balik pada cerita pet Zaquan.. Abis kitorang round sume pet shop yang ade kat Manjung ngan Sitiawan. Tapi Zaquan still xdapat buat keputusan. hubby pun cadangkan g kedai burung kat Ayer Tawar. Konon2 nak bela burung la plak, aku ikut je lah plan dua beranak tu. Sampai kat kedai burung tu, aku berkenan ngan rabbit putih. bila aku cadangkan kat mamat 2 orang tu, diorang senyum2.. xtau lah suke ke x kan.. pastu hubby ajak balik pasal xde yang berkenan di hati. Masa dalam kete Zaquan cakap nak bela kucing macam nenek dia. Aku bukannye xsuka kucing, cuma korang pun sedia maklumkan bau taik kucing tu mcm mana. Aku bukan duk umah atas tanah. Bumbung aku, lantai orang.. lantai aku bumbung orang.. hehehe… Aku pun ajak hubby singgah kat pet shop Sitiawan balik. Masa masuk je kat kedai tu, Zaquan melompat2 nak beli rabbit. Siap die sendiri mana  1 rabbit die nak. aku nak sekor je, hubby kata kena 2 ekor, nak bagi kawan penghilang sunyi.. hahaha… xbleh blah betul..
Tengok je lah pic budak yang happy sangat ngan rabbit baru die..

2011-09-16 19.24.04
Zaquan panggil gugurl ngan boboy.. pengaruh citer Hantu Bonceng.. Pening kepala i.. huhuhu…

2011-09-16 19.24.23
Yang putih berbelang tu boboy.. yang gelap gelita tu gugurl.. cute kan? 

2011-09-16 19.26.34
Muka puas ati.. maklumlahdapat ape yang die nak.. 

2011-09-16 19.27.16
Sayang Rabbit..

Semoga dengan kedatangan ahli keluarga baru kami nie akan memeriahkan keluarga kami. Moga2 makhluk Allah nie dapat memerikan ketenangan pada kami..
Selamat datang Gugurl & Boboy..
(^_^)

Minggu2 dan bulan yang sangat bz...

Hari2 aku sekarang memang agak pack selepas aku dapat tender dari adik aku untuk buat hantaran majlis pertunangan die.. Pandai tak pandai sangatlah aku nie, tapi takat nak buat hantaran untuk kawan2, adik2 bleh la.. kan?? masa aku kawin pun aku dah start buat hantaran, walaupun xsemua lah.. start dari situ aku rajin2kan tangan ngan otak aku utk design hantaran yang telah dicilok ide asalnye dari kedai dan majalah2.. tema utk adik aku kali nie ialah purple.. memula aku pilih dark purple.. tapi bila dah cantum2, rasa warna purple tu de yg gelap, de yg terang.. so, cukuplah aku labelkan warna tema die as purple sahaja.. heheh.. sebab warna purple? aku pun xtau.. spontan je muncul dari kepala otak aku & family aku setuju.. 

Masa duk membelek folder hantaran yang dok ada dlm lappy aku nie, aku jumpalah pic hantaran yang aku buatkan utkk abang aku, masa die kawin. pic hantaran masa tunang ntah mana peginya.. tak dapatlah nak dikesan. Saje nak share pic2 nie sebab aku suka warna gold. maklumlah, aku kan suka yg bling2.. xde bling2 mata aku sakit.. hahaha... boleh?

Jom la cuci mata dengan pic yang agak dah lama nie.. saja suke suki.. Kualiti pic yg agak kureng sbb adik aku yg amatur tu yg snap.. aku?? bz jaga anak.. hahaha...

-
-
-
-
-

 
Kasut & Handbag 

Set Wangian Body Shop

Kek Buah

Make up set

Hantaran yang dibuat oleh adik iparku.. Mastura.. gubahan?? 
kedai lah.. sbb aku bab2 gubah menggubah nie mmg yg ado..


Sireh Junjung moden versi aku.. hehehe..

Nak selit gak pic hantaran zaman aku kawin.. masa nie bebudak lagi, idea pun xbrapa ade.. yang paling penting.. sumber modal share ngan mak aku.. sebab?? die yang beriya soh aku kawin.. ehehe... xmau melalut.. jom tgk pic aku nan 2 keping nie.. 5 thn sudah kira ok lagi la pesen2 mcm nie.. sekarang?? dah canggih manggih...

 Nie lah pic hantaran aku.. sume aku buat sendiri kecuali masjid tu..
tu mak cik aku yg buat..

hantaran daripada en suami.. simple je sbb adik ipar aku demam masa majlis aku..
kirenye hantaran yg dibuat ketika demam.. hehehe...

Pic hantaran adik aku plak akan di update next entry.. tu pun klu rajin lah.. sebab angin kemalasan dah melanda diriku semula.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...