Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hujung Minggu Yang Sangat Seronok...

Untuk mengenang jasa baik mak teman aku kat umah sepanjang Edy xde kat umah, aku bawak lah mak berjalan2.. xbleh la nak ajak jalan jauh2 sebab aku ngan edy xbleh cuti.. so, aku bwk mak jalan kat tempat fav die kat Marina Island & Marina Wings..

Scroll pic jelah ye... malas nak berceloteh byk2.. hehehe...

-
-
-
-

Pose...

2nd pose...

3rd pose...



My beloved mom & me...
Zaquan foot prints..

sun set...

 

love this pic...

Aku pun nak jugak pose... hahahaha...

Peace...

Call mira nak bgtau tgh duk makan kat tepi laut.. hahaha...

****************

Petang tu kitorg bleh plak decide on the spot nak ke Pulau Pangkor.. Kul 3 baru nak gerak ke Marina Island.. ntah kul bape feri gerak ke Pangkor pun aku xsure.. sesuka ati je adik aku nie buat plan.. aku ngan mak layan je pale angin mamat nie sorang.. janji bleh jalan2.. tapi org yg paling beriya2.. of course la Zaquan.. die ingat nak g holiday kat sana, padahal nak g pusing2 je.. hehehe...
time tunggu feri..
Marina Island.. Cantik..

Kota belanda pictures..






at jeti pangkor.. time untuk balik.. penat wooo pas keliling pulau.. ntah kali ke berapa daaa kitorg pegi sini.. hehehe..


************

SUDUT SEJARAH

KOTA BELANDA, PULAU PANGKOR Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.

Berikutan dengan itu pada tahun 1670 satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi, Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda supaya didirikan sebuah gedung yang diperbuat daripada kayu guna sebagai tempat simpanan bijih timah. Dengan itu terbinalah sebuah gedung di suatu tempat strategik iaitu di Kampung Teluk Gedung. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata.

Tindakan Belanda memperkukuhkan gedungnya itu menimbulkan reaksi daripada orang-orang Melayu. Pada tahun 1690 orang-orang Melayu dibawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut. Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan. Bagaimana pun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula.

Pada tahun 1743-1748, pihak Belanda telah menempatkan 60 orang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah di gedung ini bagi mengawalnya. Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan dengan Sungai Perak. Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini. Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi 6 - 7 meter. Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.

Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda. Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743. Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut. Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak. Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company - Syarikat Hindia Timur Belanda.

sumber : arkib negara...

Istana Kellie dan Rahsianya..

SejarahBangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

[sunting] Perancangan dan pembinaan awalOleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.

sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

************************************

 Balik dari kursus kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, hubby ajak aku singgah kat istana Kellie.. maklumlah semalam baru tengok citer tu kat Nasional Geografi Channel.. sebelum nie mmg aku nak sangat pergi, tapi sebab Zaquan kecik lagi, orang2 tua sume tak berapa galakkan aku bawak dia pergi kat tempat2 keras mcm tu.. bangunan lama yang dah ditinggalkan, macam2 lah makhluk yg ada kat sana..

Aku memang sukakan seni bina rumah zaman pemerintahan British dulu.. bukan suka kena jajah ye, cuma suka reka bentuk dan seni bina nya. sangat mengkagumkan.. dulu aku pernah berangan nak bina sebuah rumah yang bercirikan seni bina klasik british.. tapi biasalah aku, selagi rumah tu xsiap.. mcm2 idea yang slalu bertukar2.. sabar je lah.. hahaha...

Aku kagum sangat dengan sejarah & reka bentuk bangunan bersejarah nie.. mungkin kerana tujuan asal rumah ini dibina menjadikan ia sebuah lagenda yang masyhur.. betul tak..

Semoga sejarah istana nie xkan lapuk ditelan masa & zaman.. sama2 lah kita pelihara sejarah yang ada di negara kita.. kerana ia adalah harta warisan negara..

Sudi2kanlah cuci mata dengan gambar yang kitorg snap sepanjang lawatan kitorg kat istana tu..

 Scroll to begin..
 -
-
-
-
-

renungan ke zaman silam..

hubby jugak..

Zaquan..
Berehat sebentar di atas loteng..














 Amazing...

Love to come again...

Balik kampung @ Terengganu..

Hati betul2 xsabar nak balik kampung halaman tempat ayah aku dilahirkan. Maklumlah semenjak aku bergelar isteri orang nie, aku belum lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Terengganu.. Yelah, pas kawin terus ikut hubby duk Perak. klu ade cuti panjang pun duk pulun balik Johor.. bila dah balik Johor kene bahagi cuti utk 2 rumah... Panjang tul mukadimah ye.. hehehe..

Masa nak balik, hati berbunga2 betul.. petang balik keje terus packing baju utk balik.. tapi kali nie perjalanan akan jadi jauh sebab terpaksa turun ke Muar dulu baru ke sana.. nak jemput mak, sekali berjalan balik kg walaupun sekejap. tu, ikut plan hubby. klu aku ikut Grik je.. tapi hubby yg akan drive kan, so.. aku ikut jelah..

Dipendekkan cerita, pas aku jemput mak kat kampung.. kitorg rushing g umah Pak Su kat Cherating.. Rindu sgt ngan diorg.. Masa kat Jementah, ntah mcm mana aku bleh plak nak muntah.. hahaha... klakar kan? tapi seriously mmg mencabar tul jalan die.. bersimpang siur..

Pas tidur rumah Pak Su smlm, kitorg pagi2 lagi dah bertolak ke Besut.. Pagi2 lagi mak su masak Lontong.. best sgt.. Mak su mmg terror masak.. yummyy... Pas makan kitorg gerak nak tgk Mak Jah yg sakit. Hati berdebar2 jugak bila nak jumpa Mak Jah, dapat ke aku tahan sebak bila dia nangis.. pe reaksi die jumpa aku setelah sekian lama xjumpa..

Jauh gak perjalanan dari Cherating ke Besut, tapi sambil tu bleh cuci mata sebab lama dah tak balik.. banyak benda yang berubah.. rasa nak nangis je rasa.. ntah bila lah agaknye aku akan balik lg kan?

Masa 1st time jumpa Mak Jah, aku syukur yang aku tak menangis depan die, walaupun dada aku sebak tengok kaki die sebelah dah tak ada.. dugaan untuk die kan? dugaan untuk aku lain agaknya.. pas 2 3 jam duk situ, kitorg gerak plak ke rumah mak cik aku kat Kota Bharu, Kelantan. Seronok sangat rasa dapat dtg ke tempat yg dah bertahun2 aku xdtg.. malam tu aku g shopping kat wakaf cek yeh.. best woo.. sakan aku shopping, nasib baik ramai eskot yang sudi temankan aku shopping malam tu.. hehehe..

Pagi2 plak, rushing ke Hospital Besut balik utk tgk Mak Jah sebelum balik ke Johor dan seterusnya balik ke Perak. Jauh tul perjalanan kitorg kali nie.. mcm pusing peta Malaysia la plak.. hehee..

On the way balik, kitorg singgah la shopping keropok kat Losong & singgah kat masjid kristal.. Memang best !!!

So, sudi2kan lah scroll pi kat bawah nie ye..
bas yg sgt cantik.. suke tul !!!


Kami

Kami lagi..


Cantik..


Aku & masjid..









Love this pic...




 
Kami doakan Mak Jah akan sembuh dari sakitnya.. walaupun dugaan untuk Mak Jah besar, tapi Mak Jah beruntung kerana beliau ada anak2 tiri & suami yang sangat sayang pada beliau.. Kami semua akan tetap sayangkan Mak jah walau ape pun yg terjadi.. Harap Mak Jah akan bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi pada kita..

Tabah lah Wahai Ibu Saudara Kesayanganku...

****************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...