Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kenapa Suka Bahayakan Diri Sendiri???

Adakah anda memakai tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta? Jika tidak, tahukah anda bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan jalan raya?

Anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut.


Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.

Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:

  • Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.
  • Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.
  • Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat.
  • Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.
  • Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.

Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa.

*************************************

kenapa susah sangat nak pasang tali pinggang keledar...

rasanya bukan lama pun, kurang daripada 10 saat..

tidak mengeluarkan peluh..

tidak memerlukan kita berfikir  dengan teliti untuk langkah pemasangannya..

tapi kalau kita pasang...

kita akan menyelamatkan diri kita sendiri...



p/s : entri nie peringatan untuk aku jugak.. sebab banyak kali jugaklah aku rela pekak kan telinga aku untuk mendengar alarm 'beep' kat kereta daripada tarik seatbelt tu.. erm.. sama2 lah kita berubah ye.. amin...


Demi Benda Itu..

Disebabkan hari nie aku cuti.. en suami plak duty semalam.. hari nie die ada kat umah.. maka, aku pun sanggup keluar petang2 hari ke Jeti Feri kat Marina Island untuk ke Pangkor..

Dasat kan??? 

kenapa aku sanggup naik feri petang2 hari ke Pangkor?

kerana

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaa...

semuanya demi seekor ikan masin ini..

hahahaha...

tapi ada sebab lain jugak kenapa aku sanggup ke Pangkor balik hari..

sebab de kawan daripada Johor datang bercuti ke Pangkor.. bleh sembang2 skali kan??

Inilah kawan aku Akma.. 

dia datang honeymoon kat sini.. kat Pangkor Village.. My Fav challet at Pangkor..

Pemandangan jeti kat Pangkor..

Lengang.. hahaha...

Xsabar nak makan Ikan Masin nie.. yummyy !!!!

budak yang paling seronok bila cakap nak pi pangkor..

si 'demok' pun nak pose jugak.. hahaha...

sebenarnya.. hari nie ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 7.. alhamdulillah.. dah 7 tahun kami bergelar suami isteri.. dan Alhamdulillah juga sebab jodoh kami masing panjang walaupun macam2 dugaan & ujian yang datang..

Terima kasih en suami sebab sudi bawak saya ke Pangkor & makan char kue teaw tepi laut..

I'm so happy...

Daripada mu untukku & daripada ku untukmu..

semoga kasih sayang ini akan kekal hingga ke syurga..

Ya Allah...

Biarlah hanya Eddie Miza kekal menjadi suamiku dunia & akhirat..

Amin..

Thanks en suami for the great 7 years with u...

Sejarah Palestin & Israel


Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.

Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.

Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.

Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.

Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.

Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.

Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.

Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.

Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.

Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.

Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.

Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.


PSY menjajah America...

bila lagu korea menjajah AMERICA !!!
 
lagu asia kini berjaya ke sana !!!
 
PSY berjaya memaksa orang amerika mendengar lagu bahasa korea..
 
hebat!!!
 
hehehe...
 

Budak-budak zaman sekarang...

amboi2 anak bujang aku nie...

selalu merengek nak pi TESCO sebab nak main game nie lah..

kalau ayah die ada, memang bleh la gi... merayu kat aku????

the answer is always no.. maklumlah.. aku nie spesis manusia yang tak menggalakkan anak main game..

takut ketagih je.. erkk.. ayat xbest??? ok.. takut dia jadi kemaruk @ terbiasa nak main game je... ayah dia kata.. biarkan jelah.. die kecik lagi.. ok... nanti bila dia dah besar, asyik main game xnak belajar.. boleh tak kalau aku cakap 'xpelah.. dia dah besar'.. agak2 masa tu bleh ke aku duk diam ngan tengok je.. huh...

nak kata aku garang lah tu ye.. aah.. memang aku garang.. hahaha...

garang untuk kebaikan...

(^_^)

tengok tu... amboi2...

amboi !!!!!

anak sapelah nie ye.. hahahaha...

p/s : zaquan kalau dah besar & baca blog nie.. maka ketahuilah olehmu wahai anak ku... bonda memang xsuka hang asyik main game je ye... huhuhu...

pray for palastine....

semua orang tau.. 

satu dunia tahu...

mereka (israel) memang kejam..

pesanan adolf hitler

marilah kita membantu mereka...




tunaikan tanggungjawab anda sebagai muslim & saudara seagama dengan mereka..

semoga doa & hajat yang kita pohon untuk mereka akan dimakbulkan oleh yang Esa..

-Amin-


Di Bawah Lindungan Kaabah...


Teresak2 aku tengok cerita nie.. sedih yang menginsafkan...

korang tengok ye.. dalam entri lain.. aku huraikan pasal novelnya pulak..

selamat menonton...


sumber : youtube

Bunga telur the making..

mari memintal dawai untuk buat bunga stokin..

abis melecet2 tangan aku...

400 pcs bulatan dawai to go...

chaiyoookk !!!!!!!

erk.. en suami xde rasa nak tolong i ke??

hehehehe....


nanti dah siap aku upload pic ye.. de satu sampel yang dah siap.. tapi aku tukar colour stokin sebab warna da macam kunng2 plak.. huhuhu....

tunggu !!!!!

Demam Panas...

bila anak demam panas.. maka hati ibu ini akan huru hara..

ayah plak kursus kat pankor.. nasib baik bleh skip denan penganti.. maka, ayahnye pun balik demi jaga anak demam.. risau terlampau??

mau taknye.. suhu sampai 40C.. dr pun panic.. sampai ambik darah & masuk ubat punggung.. 2 plak tu..

mujur anak aku xde ape2..

terima kasih doktor..

get well soon my son !!!




Anugerah skrin 2012..


Memandangkan semua orang dok komen pasal ASK 2012 nie, aku pun nak komen jugak... hehehe...

Rata2 bagi komen yang ASK nie membosankan.. aku?? memang rasa bosan pun.. tapi aku tak delah nak paksa diri tengok anugerah yang memang mengarut nie..

remote kat tangan kita.. kalau rasa tak suka.. ubah je channel lain.. astro kan ada banyak channel.. tengok je lah cerita lain... kan?? nak kene tengok jugak sebab nak tau pemenangnya??? alah... esok mesti kuar dalam surat khabar.. korang akan dapat tau punye...

aku cuma rasa pening bila cerita dongeng melayu & barat disatukan.. anak aku pun pening...

dato' rahim razali jadi sultan.. tapi pakaian macam barat.. panggil ayahanda plak tu.. agak dah xde ke pakaian ala-ala sultan melayu yang boleh dipakai???

Pagi2 nie bukak blog ada lah terbaca pasal ayat rosyam nor yang berseloroh di highlight kan sesetengah pihak.. aku xtau lah tu ayat seloroh atau ayat scrip kan.. cuma aku rasa pasal nie tak payah diperbesar2kan.. tak payah nak duk hukum orang sana sini.. aku bukan bela rosyam nor pun.. cuma aku rasa hal macam nie selalu terjadi.. biasalah kalau tersalah cakap.. kan?? mentang2 lah die artis.. kalau salah mesti kene hentam teruk2.. erm.. nasib badanlah ye...

OMG !!!

siapalah yang fikirkan konsep macam nie??? kenapa lah bos depa approve???

penonton yang yang pening jadi marah...  mula lah macam2 maki hamun.. kata2 nista dihamburkan... tapi bukan aku lah.. sebab semalam aku tengok kejap2 je.. sebab aku rasa aku tak berapa nak 'enjoy'.. aku pun tukar channel lain.. remote kan kat tangan aku... tak payah tengok lama2.. hati pun tak sakit...

hahahahaha... 

korang tengok ke???

Akhirnya !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah lama nak merasa durian crepe nie.. almaklumlah.. tengah hangat sekarang nie..

semalam aku berjaya sambar 2 set.. 

sedapnya sampai mimpi indah..

ditemani bantal2 comel durian crepe nie.. hahaahhaha...

pe lagi... nak merasa... sila search pembuat durian crepe berhampiran kawasan anda dalam facebook ye...



apa ada kat dalam sebagai inti???

isi durian + cream..

yummmyyyy !!!!!!!!!!!!!!!

Steamboat at Shabu Shabu...

Makan.. makan... dan makan...

Lokasi ?? Shabu Shabu.. my en suami's favorite place..

En suami aku suka makan... tak pelah.. badan die susah naik...

aku? xmakan pun naik.. kalau makan banyak.. sendiri mau ingatlah kesannya.. hahaha...

alasan paling kuat ialah.. saya malas bersenam..

huhuhu...



my chef.. tadah pinggan je.. hahahaha...

Suami sapa lah nie.. untung wife dia.. *wink.. wink..

ok.. dah puas tengok gambar.. aku nak mengomel lah sket kat sini..

siapa2 pernah makan steamboat mesti dah tau kan ada macam2 jenis sup.. boleh makan macam2 cara.. macam aku.. aku suka makan dengan sup tomyam, kalau xpedas.. aku xde selera.. biasalah, tekak orang melayu... hahaha.. en suami aku nie plak sup kosong atau sup ayam.. lepas tu dia cicah je dengan segala sos yang ada.. erm.. sedap jugak..

korang macam mana plak??

Iklan - iklan billboard ini sangat brilliant !!!!

Macam-macam cara yang dilakukan untuk membuat iklan yang dapat menarik minat semua orang. Setakat nie kat Malaysia tak ada lagi rasa nya billboard yang 'rare' lagi.. 

Jom rehatkan minda dengan gambar2 iklan yang hebat ini...

iklan 'All You Can Eat'.. abis kereta pun nak dimakannya.. hahaha...

anando milk.. hebat!!!! 

wahai penumpang belakang.. beringat2lah ye.. insaf kejap.. hehehe... 'belt up'

tu dia.. hahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...