Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Keburukan teknologi bergantung kepada cara penggunaannya



Tajuk  skema?? memang mood skema pun.. emosi betul aku kalau de manusia yang sewenang-wenangnya buat sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan akibat.. 

zaman canggih manggih sekarang nie ramai dah manusia macam hilang rasa timbang rasa bila ada yang sanggup menyebarkan aib orang lain yang pada dia hanya untuk seronok - seronok.. kan??? seronok lah sangat kalau menyusahkan orang yang terlibat...

Tak kira lah baik share video ke gambar ke.. sama je ceritanya..

kenapa tetiba isu nie yang keluar?? semua pasal berita nie..

image

Cerita yang lepas aku malas nak komen.. tapi cerita yang baru yang melibatkan anggota polis tu memang aku rasa nak marah sangat.. apa motif si penyebar tu yang aku nak tahu sangat.. adakah sebab dia dah kurang kerja? sebab dia dengki? nak bergurau?

aku pernah kerja shift, aku tahu macam mana perasaan polis dua orang tu.. ingat senang nak manage kerja shift nie? masa aku kerja shift, aku cuma dapat elaun RM 1.00 untuk satu malam, 3 malam 
RM 3.00. Kalau difikirkan agak- agak cukup ke untuk bayar caj pengasuh anak kalau bermalam untuk 3 malam? caj pengasuh lagi mahal daripada elaun yang aku dapat okey.. belum lagi kira berapa kali je dapat luangkan masa dengan family.. nak cuti?? punya lah payah.. tapi bukan itu main point yang aku nak highlight sebab pada aku benda tu semua tak jadi masalah sebab aku nak cari rezeki kan.. kena lah redha.. cuma aku nak cakap banyak yang perlu dikorbankan bila kerja shift nie.. termasuk lah kena korban waktu tidur.. kalau terlelap tu normal lah kan.. 

cuma sekarang nie aku rasa pelik bila ada hal berkaitan dengan kakitangan kerajaan selalu sangat nak dinegatifkan.. dah macam trend plak.. memang ada sesetengah isu yang serius tu memang patut lah.. cuma bila isu kecil yang jadi besar sangat - sangat sampai boleh menutup periuk nasi mangsa tu.. alangkah sedihnya.. 

kadang - kadang aku terasa macam kakitangan kerajaan nie jadi tempat melepas geram rakyat yang mana ada rasa tak puas hati dengan kerajaan.. kalau pembangkang jangan cakap lah.. aku pernah kena maki dengan patient yang marahkan hospital tempat aku kerja nie parking susah.. padahal itu di luar bidang kuasa aku.. huhuhu.. tapi nak buat macam mana.. nak tak nak kena telan.. walaupun hakikatnya tiap - tiap hari jarak antara parking dan tempat thumb print ngan office aku akan ambil masa almost 5-10 minit okey.. cuma aku fikir positive je, jadi exercise untuk kesihatan walaupun hakikatnya jam timbang tu asyik ke kanan je perginya tak mau ke kiri.. hahaha...

berbalik pada kisah anggota polis tu.. aku sejujurnya kesian dengan nasib diorang.. mungkin silap diorang sebab diorang tidur di kaunter.. mungkin silap sebab diorang sebab  tak tidur dekat pantry ke tempat - tempat lain yang tak kan menjadi isu.. mungkin silap diorang sebab tidur pakai uniform.. apap pun semuanya dah terjadi..

 diorang terpaksa terima hukuman yang berat untuk kesalahan diorang.. hukuman daripada boss.. terpaksa menanggung malu sebab gambar diorang dah tersebar siap jadi viral kan...

cuma aku sememangnya rasa tak puas hati dengan si penyebar tu.. sangat - sangat tak puas hati okey..

suka sangat buka aib orang, nanti satu hari Allah akan buka aib ko pulak..

bak kata  blogger Ben Ashaari

' Agak agak la.. Diorang ni pon manusia ! Kalau letak robot kat situ , baru padan muka ! Cakap la ngan robot.. Haa.. Kalau kena saman , takde budi bicara dah ! Sila bayar tanpa ada rayuan.. Haih..
Kita ni , part nak jatuhkan orang lain .. laju je kan? Kena kat batang hidung sendiri.. baru ada akai!'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...