Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

RINDU GILER KAT HUBBY !!!!!

Pagi tadi Hubby bagitau 1 bad news.. Kapal hubby tak jadi balik Lumut Jumaat nie.. ade 2 task baru yang nak kena buat.. Tak tau bila bleh settle task tu.. Huhuhu.. Sedeynya !!! Erm, Ape nak buat.. Tanggungjawab pada negara.. Mujurlah kat kampung nie macam-macam aktiviti yang boleh aku buat, kuranglah sket boring klu Hubby blayar.. Esok pagi plan nak pergi kedai cat beli cat utk ruang tamu dapur umah mak aku.. warna tak decide lagi.. as ussual lah, aku akan try dulu warna kat umah mak aku sebelum aku beli cat untuk umah aku.. Hahaha...
Raya tahun nie aku buat persediaan raya untuk rumah aku dari jauh je lah.. Yang penting, raya tahun nie mesti best sangat.. sebab semuanya aku buat sendiri yelah, dah kerja kan.. bleh buat kuih raya banyak sket.. and yang penting air tangan aku.. Kiranya tak rugi jugak lah aku benti keje.. Dapat buat preparation raya yang tip top and dapat didik anak aku sebaiknya masa proses pembesaran dia.. Happy !!
Tak apa B, Sayang akan tunggu B balik.. as long as kita jauh, tapi dekat di hati & telinga.. Sayang ngan anak akan ok.. Bak kata orang, sayang anak tangan-tangankan.. sayang isteri tinggal-tinggalkan.. nie betul2 aku kena tinggal selalu.. huhuhu.. Xpelah, yang penting kasih sayang kita akan mekar untuk selamanya.. Love U My Hubby !!!

Mr. Goodbye

Title: Mr. Goodbye
Alternate Titles: Wild Beast and the Witch / The Beast and the Witch
Genre: Romance/Comedy
Synopsis:
Yoon Hyun Suh (played by Ahn Jae Wook) is an adoptee who grows up in the United States. He becomes successful as a top manager of a hotel chain. He is assigned to do business in Korea. He falls in love with Choi Young In (played by Lee Bo Young), a sassy concierge from the hotel he is assigned to. There is trouble still looming because Kang Soo Jin (played by Oh Yoon Ah) who is Hyun Suh’s best friend’s ex-wife comes back with vengeance in mind. The three become entagled in this love triangle. “Mr. Good-Bye” is a story about the last love of a dying man, Hyeon-seo, who had to live in loneliness after losing his both foster parents but eventually succeeded as a hotelier. He finally finds happiness when he returns to Korea, where he learns that he has a son from a woman who loves him and finally meets his biological mother. The series also sarcastically portrays good and evil of the human world with a hotel as the background. The series also depicts how hotel concierges help hotel customers heal their spiritual wounds. The upbeat and outgoing Young-in, one of the concierges, teaches Hyeon-seo the meaning of love and fights for his love with Su-jin, a doctor.
Cast:Ahn Jae Wook as Yoon Hyun SuhLee Bo Young as Choi Young InOh Yoon Ah as Kang Soo JinJo Dong Hyuk as Kyle
********************************************************
Best sangat cite nie.. Sampai tersedu sedan aku dibuatnya.. Huhuhu.. Rugi kalau tak tengok..

ELLYSHA MAISARA..

Gembiranya die...

Tidurlah Sayang...

Masa Kenduri Cukur Jambul..
Sexy La Plak.. Cepat masa berlalu, diam tak diam Baby Maisarah dah nak abis pantang.. Mujur adik ipar aku slalu send pic Maisara.. Maklumlah, dia pantang kat umah mertua dia kat Kota Tinggi.. Jauh jugaklah dari kampung aku kat Muar nie.. Mak mertua aku tak boleh jaga dia sebab kena jaga adik ipar aku kat Hospital Ampang.. Mujur ade gambar - gambar nie.. boleh gak aku ikuti perkembanan si kecik nie walaupun dari jauh.. Maisarah mirip muka mak dia.. (^_^)
Teringat jugak time aku pantang dulu, seronok 1st time dapat baby.. lagi-lagi Zaquan tu cucu sulung family aku ngan Edy.. Memang jadi perhatian betul.. Hehe.. Aku pun berpantang dua rumah, umah mak aku ngan umah mertua aku.. Masing2 ada cara dan pantang masing2.. Camnelah agaknye bile dapat anak 2nd nanti ye... hehehe...

Korean Drama : Boys Over Flower...

Sekarang nie aku ade hobi baru, iaitu tengok DRAMA KOREA.. Tak kisah la drama kat Channel 303, VCD atau DVD.. Kecuali drama kat 8tv sebab dah dialih suara... nampak weird, then tak boleh nak feel jalan cerita tu.. Bacalah sinopsis dari drama yang aku tengok.. Have a good time reading !!!!

*******************************************************

BOYS OVER FLOWER

Drama nie dipetik dari Komik Jepun - Hana Yori Dango. Versi lain termasuklah Meteor Garden (Versi Taiwan) dan Versi Jepun. Tapi aku pun belum tengok lagi Meteor Garden versi Jepun.. hehehe... Kisah ini berkisar di Kgotboda Namja, Geum Jan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang miskin yang mengusahakan Kedai Dobi secara kecil-kecilan. Satu hari semasa dia menghantar baju kepada pelanggannya di ShinHwa College, dia telah menyelamatkan seorang pelajar sekolah tersebut yang ingin terjun dari tingkat atas bangunan sekolah. Pelajar tersebut tertekan setelah menerima kad merah dari kumpulan samseng kolej tersebut yang menandakan pelajar tersebut akan menjadi mangsa buli kumpulan berkenaan. Oleh kerana ingin menjaga reputasi ShinHwa Group telah membuat keputusan untuk memberi biasiawa dan mengambil Geum Jan sebagai pelajar di kolej berkenaan untuk mengelakkan nama mereka tercemar dan menjaga hati media dan orang ramai.

Sejak Guem Jan memulakan persekolahan di kolej tersebut dia sering dipandang rendah kerana dia adalah anak kepada seorang pengusaha kedai dobi sedangkan sekolah tersebut adalah sekolah untuk anak orang ternama dan koperat. Namun masih ada insan yang sudi menjadi sahabatnya iaitu Ho Min Ji. Guem Jan menjadi anti kumpulan F4 yang gemar membuli pelajar lain di sekolah itu sejak sahabat barunya Ho Min Ji secara tidak sengaja terlanggar ketua kumpulan tersebut iaitu Goo Jun Pyo dan ais krim Ho Min Ji terkena kasut Goo Jun Pyo. Sejak pertemuan itu mereka berdua rasmi sebagai musuh dan masing-masing merancang untuk mengenakan musuh masing-masing dengan pelbagai cara. Tetapi tanpa mereka sedari bibit-bibit cinta telah mekar dalam dalam diri masing-masing. Akhirnya mereka jatuh cinta. So Sweet..

Banyak rintangan yang harus mereka harungi kerana mereka mendapat tentangan dari ibu Goo Jun Pyo. Namun mereka harungi dugaan itu bersama. Goo Jun Pyo ada menghadiahkan seutas rantai kepada Geum Jan Di yang melambangkan Jan Di sebagai bulan dan Jun Pyo sebagai bintang. Romantik kan? Salah satu ayat yang paling romantik bila Goo Jun Pyo diminta melepaskan Geum Jan Di, dia berkata `Saya tidak akan melepaskan dia. Saya tidak boleh melepaskan dia. Saya akan sentiasa dekat dengannya.. dan saya akan pastikan saya akan membahagiakan dia.’ Huhuhu…

Nak tahu kesudahannya, mestilah romeo & juliet hidup bahagia selama-lamanya.. P/S : Kepada sesiapa yang belum tengok drama nie, cepat2lah pergi tengok.. best !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...