Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Bday Celebrations...


Alhamdulillah, aku masih hidup & sihat di atas muka bumi Allah ini. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan pada masa yang sama umurku telah bertambah sthn lg. Dah 27thn aku hidup menumpang di atas dunia ini. Semoga tahun2 mendatang ini akan memberikan aku semangat baru untuk terus hidup di samping insan2 yang sangat aku sayang.. amin..

Takde ape yang aku nak cerita memandangkan aku pun baru tuko keje kat tempat baru di Hospital Seri Manjung, pastu plak bday jatuh pd bulan puasa.. so xtvt nak celebrate bday memang mcm xterasa sebab aku fokus tentang Ramadhan yang datang sthn sekali. Yang lain akuu tolak tepi sikit utk sementara waktu. Memandangkan Zaquan pun xde, lagilah aku xterasa nak sambut. Mujur hubby a.k.a. en suami yang sgt loving & caring (harap2 berkekalan sifat nie sampai aku tutup mata.. hehehe...) dia tetap belikan aku card & cake.. Thanks hubby.. Love U so much..

Untuk birthday aku, aku decide nak cuti masak & beli kat pasar Ramadhan. Hari nie aku nak makan nasi ayam kat The Chicken Rice Shop. Sepanjang bulan Ramadhan, aku suka tapau sume makanan balik umah sebab senang nak solat pastu.. dan yang paling penting xkelam kelibut nak pi terawikh.. hehehe...

So, korang cuci mata je lah ngan pic2 nie.. mana tau korang pun terliur & rasa teringin nak makan jugak. Memang sedap nasi ayam nie, tapi aku suka add on sayur2.. baik untuk kesihatan ok.. korang patut try makan.. berbaloi... Ia Bukan Sekadar nasi Ayam.. Okey..

Selamat Menjamu Mata Anda.. hehehe...

Plastik Yang Besar... Maknanya??
Setelah keluar dari plastik

Dim sum yang superb... korang kene try nie...

Pastu, menu yang paling penting... Nasi Ayam lah..
Sayur sawi

Kerabu Mangga

Sayur taugeh... sangat sedap okey...

Last but not least... telur & tauhu masin.. sedap..

Finally... My Bday Cake.. Thanks again my love...

Saya sangat gembira... Alhamdulillah...

Pengantin yang sangat berseri...


Korang mesti kenal kan dengan empunya pic di atas.. tak lain dan tak bukan pengacara nasi lemak kopi o TV9 a.k.a. farah AF..

Bila aku tengok pic kawin die nie, aku rasa sangat berseri2 muka pengantin perempuan nie.. terserlah gitewww... aku rasa artis perempuan pertama yang seri mukanya jelas terpancar.. artis2 lain de jugak serinya.. tapi lain kot ngan seri cik farah nie..

Tak kira lah korang xsetuju pun ngan ayat aku nie, sebab blog nie blog aku.. aku xkira.. aku nak cakap jugak yang Farah brepp brepp nie adalah artis perempuan pertama yang mempunyai seri pengantin yang paling hebat...

Ape2 pun, tahniah diucapkan pada Farah kerana telah mendirikan masjid bersama jejaka pilihan hatinya. Semoga ikatan yang dibina berlandaskan cinta ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kalian.

Amin..

Tolong Awek Aku Pontianak... @ Astro 1st



Penerbit : Gayatri Su-Lin Pillai

Pengarah : James Lee

Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Bahasa : Melayu

Genre : Komedi Seram

Skrip : James Lee

Pelakon : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri.


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak.Dan akhirnya rahsia terbongkar juga selepas Maya memberitahu perkara yang sebenar kepada Bob. Dan akhirnya cinta senjati Bob kepada Maya telah membebaskan Maya daripada sumpahan itu.

They live happily ever after..

Komen?

Aku bagi 10++ bintang sebab cerita nie buat aku ketawa terbahak2 sampai rasa nak putus segala urat saraf yang ada dlm badan aku nie.. hehehe... dengan lakonan selamba poyo Zahiril Adzim sebagai Bob, cerita nie menjadi sgt superb.. i admire him as an actor.. hehehe..

Keep up the good work guys...

I LOVE THIS FILM VERY MUCH !!!!

Astro 1st : Sekali Lagi



 Pengarah

Hashim Rejab

Lakonan:

Shaheizy Sam : Arman (Pelakon Utama)

Lisa Surihani : Sheila (Pelakon Utama)

Mia Sara Nasuha : Amy (Pelakon Utama)

Bront Palarae : Haris (Pelakon Pembantu)

Kartina Aziz : Puan Suria (Pelakon Pembantu)

Shasha : Farina (Pelakon Pembantu)

Zul Handyblack : Bapa Saudara Sheila (Artis Jemputan)

Ana Dahlia : Ikin (Artis Jemputan)

Bob Lokman : Bapa Sheila (Artis Jemputan)

Amylia Nastasha Aziz : Zarina (Artis Jemputan)

Krew:

Mohd Noor bin Kassim : (Pengarah Fotografi)

John Kajang : (Pengarah Seni)

Arinah binti Emran : (Pembantu Pengarah)

Penerbit:

David Teo : (Penerbit)


Sinopsis Filem Sekali Lagi:

Arman yang percaya selama ini bahawa dia merupakan seorang pengidap autisme. Untuk sebab yang tidak diketahui, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.


Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Sheila, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

*****************

Pada aku filem nie memang menarik untuk ditonton. Memang menyentuh jiwa, dengan lakonan mantap Shaheizy Sam dan Lisa Surihani serta beberapa pelakon yang lain. Plot cerita ringkas dan mudah difahami. Secara keseluruhannya cerita nie memang anti klimaks sebab hero tak happily ever after dengan heroin seperti kebanyakan cerita cinta yang lain. Tapi kesudahannya sangat menarik dan sangat realistik. Walaupun hero & heroin tidak dapat bersatu sebagai husband & wife memandangkan hero tu autisme, tapi dia boleh menjadi teman & ayah kepada Amy. Memula aku pun sangka sakit Arman akan pulih & Sheila akan memilih Arman daripada Haris. Tapi pengarah / penulis skrip bijak untuk mencari ending yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh semua penonton.

Markah yang aku nak bagi drpd 10 : 8.5 markah

Sebabnya aku tak taulah, pada aku filem nie macam ada yg xkena dan aku xtau ape yang xkena tu.. pada aku lah. Kalau korang rasa filem nie ok, ok lah.. nie pendapat aku lah.. kenapa aku berani tulis? sebab macam biasalah, jawapan aku ialah " ini blog aku, suke ati aku lah nak komen ape pun kan??"

Hehehe.. Jangan marah aaa...

Teruskan menyokong industri filem tempatan...

(^_^)


Celebrating Zaquan 4th birthday...


Lama tul aku nak ambik masa utk post entri nie... dah dkt sebln 1/2 baru lah 'seru' utk post entri nie sampai.. hahaha... sebab musababnya biarlah aku ngan family aku je yg tau.. sebenarnya aku & en suami xplan pun nak balik kampung utk celebrate bday anak teruna kesayangan aku nie.. tapi ntah mcm mana bila aku cite kat adik pompuan tunggal aku a.k.a amira, die suh aku balik kampung sebab die dah abis study dan secara rasminya penganggur terhormat.. aku memula malas, tapi sebab anak teruna aku tu pun dah sakan happy nak balik kampung, aku ngan en suami pun sepakat nak balik.. ye lah kan, masa nie lah aku ngan en suami free.. lagipun aku ambik kesempatan untuk bawak mak aku skali bawak diri aku pi berubat.. bleh ayat mcm tu?? sakit pe?? rahsia.. alah, klu citer pun... panjang sangat... next time lah aku citer... hehehe
So, berbalik pada cerita awal. Maka kami anak beranak menaiki V untuk balik kampung. Petang pas balik kije, en suami terus jemput aku kat pejabat then terus menuju ke Tol Bidor. aku dengan pakai baju kerja ( bukan uniform okey.. ) yang dah agak masam sebab pakai daripada kul 6.45am sampai kul 5.00pm.. bayangkanlah betapa terseksanya hidung & badan aku ketika itu. Tapi demi kampungku yang tercinta, aku redah jugak.. hehehe...

Esoknye kitorg terus menuju ke A Famosa, Melaka untuk mandi manda. Mak aku xikut sebab nak jaga atok aku, lagipun sejak mak dah masuk usia 54++ nie, mak susah sket bila nak ajak join kitorg bersuka ria mandi manda. Klu ajak mak pi shopping, laju je die ikut. hehehe... Masa nak cari tempat nie sesat jugak kitorg, salah keluar tol. Aku ngan Mira lah duk bagi direction sana sini, padahal bukannye kitorg pernah g pun.. en suami plak ckp, dari tepi highway PLUS dah bleh nampak tempat tu.. aku pun bedal lah suh en suami kuar tol Ayer Keroh. Tapi skali salah daa... bukan tol ini. pastu sebab nak jimat masa, aku call lah abg aku a.k.a. nizam yang memang keje kat Melaka tu.. hahaha... akhirnya aku ngan Mira mengaku lah xtau jalan & malas nak duk terpusing2 cari arah... pas dah tau, kami pun sampai... YAAHHOOOO !!!! masa untuk mandi..


Mira & Zaquan.. best buddy..

Gambar kenangan di pintu masuk Afamosa Waterworld.. saya sangat suka akan picture ini...

Pose...

Pose manja..

Lunch yang termasuk dlm pakej bayaran masuk.. sgt jimat.. taste, ok lah..
sebab mkn selepas berendam lama dlm air.. hehehe..

Pose lagi.. org sibuk nak mkn, die sibuk la suh snap pic dia..

lagi...

dan lagi... kali nie dengan pelampung plak.. hehehe...

tag tangan..


Ayah & anak yang sangat seronok...

yuhuuu.... sangat seronok.. at Arabian Village

Mana Zaquan???

Nie dia... hahahaha....

Walaupun tengah pujuk Zaquan balik, sempat jugak Cik Ya die pose ye.. hehehe...

Zaquan xnak balik... hahaha...


Finally, birthday cake Zaquan..

Birthday cake with candle..

Biasalah sebelum aku menutup coretan nie (wah, coretan giteww).. aku mestilah buat rumusan sket. Kali nie ending ngan iklan sket lah.. bleh???

Memandangkan ini kali pertama aku mandi manda kat Afamosa water world nie, tapi aku rasa sangat puas atu tau.. sebab utamanya siap ade lunch pakej dengan tiket masuk.. so, korang tak payah la susah-susah nak risau pasal makanan. Makanan disediakan di cafe. Boleh tahan sedap masakan diorg. Lagipun bukan de 1 menu je, ada 4 menu pilihan yang boleh korang pilih. antaranya nasi + rendang, nasi lemak & etc. (tak berapa nak ingat.. hehehe). Lepas korang letih berendam, naik la ambik lunch cupon, bleh la pi makan kat cafe.

Okey, aku cite sket pe yang ade kat Afamosa waterworld nie.. antara yang sempat aku g, arabian night, lazy river ngan wave pool. Lazy river die sangat lah panjang sampai naik lenguh kaki aku berjalan meredah air.. bila penat, kitorang berenang, pas berenang jalan plak.. mcm2 pesen lah nak sampai kan abis river tu.. tapi puas ati.. Kat Arabian Village plak, memang sangat best !!! aku exited sangat mandi kat sini, bleh luncur sambil baring.. de gelongsor tegak, berputar.. memang sesuai la untuk orang2 yang xbrapa berani mcm aku nie.. al maklumlah nak cuba slaid2 yang tinggi2 tu, tak mungkin lah ye.. mandi kat tempat2 selamat mcm nie lagi seronok.. hehehe..
pic dari official website yang nampak cantik sket berbanding pic yg aku snap.. hahaha..
Arabian Village..

Nie plak pic Kid Advanture Pool..
Masa aku datang kawasan nie tgh dibaik pulih.. so, Zaquan tak dapatlah nak merasa main2 kat pool nie..

Kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti air, aku sarankanlah untuk datang ke sini, Berbaloi kalau habiskan masa bersama keluarga kat sini. Lagi2 dalam keadaan cuaca sekarang yang panas teramat nie, kalau dapat berendam dalam air lama2 tentulah seronok.. macam2 yang ada kat Afamosa resort nie, bukan hanya waterworld je, banyak lagi yang ada.. Jangan lupa singgah ke AFamosa Resort.. tak rugi...


LOVE TO COME AGAIN !!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...