Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Indahnya Cinta Begini...


Entri nie dah lama tersimpan as draf je.. biaslah aku nie banyak bende nak post, tapi bila angin malas datang.. draf tu akan kekal sebagai draf sampai lah angin rajin aku dtg. Kalau datang angin rajin aku, 3 4 entri aku post dalam sehari.. tapi kebanyakkannya back dated lah.. hehehe... 

Aku suka sangat baca & tengok pic Dr. Diana ngan Ashraf Muslim nie. Sejuk mata memandang.. Diorang memang xsama ngan cara artis lain bercinta. masa tunang pun xduk dekat2.. betul2 menjaga maruah & adab sebagai anak Melayu yang beragama Islam. Aku suka sangat tgk.. Kebanyakkan orang lain, belum tunang.. masih bercinta dah sakan pegang2 tangan.. duk dekat2.. macam xsalah plak kan perbuatan diorang tu. Aku bukan lah nak berlagak alim atau nak tunjuk baik, just nak bagi pandangan je. Alangkah bagusnya kalau adik2 atau anak2 melayu skrg bleh menjadikan mereka nie pasangan contoh. Cinta berlandaskan syariat Islam. Takde mengundang dosa & fitnah. Nie skrg ramai plak yg sibuk ambik pic pre wedding.. aku bukan menghalang, tapi korang cuba fikir.. kenapa kita sibuk nak ikut budaya luar? maybe sebab nak nampak moden kan.. yelah... cuma orang yang kuno macam aku nie je yang pikir macam nie.

Oklah, kalau cakap banyak2 nanti ramai plak yang meluat ngan aku. Biasalah, kalau cakap mengajak orang buat baik nie memang susah sket. maklumlah, nak buat baik nie xsemudah nak buat jahat. Yang penting tepuk dada tanya iman. aku bukannya baik sangat pu, tapi makin hari aku ingin berubah menjadi insan yang lebih baik untuk bekalan di akhirat nanti.. manalah tau, sket sebanyak dapatlah tulisan aku nie mencuit sket2 ati korang yang membaca nie..

korang layanlah pic wedding yang sangat lovely nie.. alangkah baiknya kalau kita dapat jadi mcm diorang. bercinta kerana Allah dan tak melakukan perkara yang dilarang.. wedding yang nice & simple.. xgrand tapi de keistimewaan tersendiri.. moga2 ramai yg akan mengikut jejak langkah pasangan ini yang sangat menjaga nama baik agama & maruah bangsa..

Jom cuci mata dengan pic2 yg so sweet & nice nie..





Semoga pasangan ini akan berbahagia hingga ke akhirnya.. amin..

credit photo to www.jangguttouch.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...