Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ramlee Awang Murshid - Penulis Thriller No 1 Malaysia..

Saje entri kali nie aku nak share ngan korang novelis favourite aku sekarang.. Ramlee Awang Murshid.. Pasnie, aku akan upload novel die dulu lah dalam koleksi novel2 aku.. sebab? senang je.. he's my fav writer.. pasal itu karya beliau diutamakan..

************************************************

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.
Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”

Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.
Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.
 
Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan 23 buah novel. Kini beliau sedang menyiapkan novel pycho thriller terbarunya beliau berjudul Fiksyen 302. Ia dijangka terbit dalam penhujung tahun 2011. Sambungan siri novel epik thriller Laksamana Sunan pula dijangka akan dimulakan penulisannya selepas Fiksyen 302 diterbitkan. Berikut adalah senarai novel karangan beliau:


1. Igauan Maut - 1995 (DBP)

2. Tombiruo - 1998 (Alaf21)
3. Ranggau - 1999 (Alaf21)

4. Anugerah Pertama - 2000 (CESB)

5. Mandatori - 2000 (Alaf21)
6. Semangat Hutan - 2001 (Alaf21)

7. Pei Pan - 2002 (UPDSB)
8. ADAM - 2002 ( Alaf21)

9. Satu Janji - 2003 (Alaf21)
10. Tombiruo Terakhir - 2004 (Alaf21)
11. Rahsia Perindu - 2005 (Alaf21)
12. Bagaikan Puteri - 2005 (Alaf21)
13. Hatiku Diharajuku - 2006 (Alaf21)

14. Cinta Sang Ratu - 2007 (Alaf21)
15. Ungu Karmila - 2008 (Alaf21) - dipasaran Dis 07
16. Hijab Sang Pencinta - 2008 (Alaf21) - dipasaran Okt 08
17. Personal Justice - 2008 (Alaf21)

18. Mikhail - 2009 (Alaf21)
19. 9 Nyawa - 2010 (Alaf21) - dipasaran Nov 09

20. Cinta Sufi - 2010 (Alaf21) - dipasaran Mac 10
21. Rayyan Fantasi - 2011 (Alaf21) - dipasaran Dis 10

22. Sutera Bidadari - 2011 (Grup Buku Karangkraf ) - dipasaran Mei 11
23. Fiksyen 302 (Akan Datang Disember 2011) 
 
kredit sumber : http://www.kelabram.com/


**************************************

Antara koleksi beliau yang aku berjaya snap.. yang ada dalam simpanan aku masa nie lah.. yg lain telah dipinjam tapi belum dipulangkan.. hehehe.. dulu xterlintas pun nak buat entri pasal novel2 nie..


Saya sangat meminati tulisan beliau (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...