Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Minatku. Show all posts
Showing posts with label Minatku. Show all posts

That Winter, The Wind Blows... demam drama korea sudah bermula...

Masa aku buka tv semalam.. tertengok plak cerita nie secara tak sengaja.. mujur dalam 3 min bersiaran.. lepas tu aku kagum dengan latar belakang set pengambaran.. lepas tu tengok2 baju ala vintage gitu.. lepas tu tengok heroin cun sangat.. hero?? ya ampun.. ensem giler.. 

maka...

aku buat keputusan untuk rekod siri nie.. rekod guna apa???

next entri ye kawan2...

pastu aku tengokjalan cerita sangat menarik...

tak sabar nak tunggu minggu depan...

jom sama2 follow nak?? nanti boleh share pendapat korang.. episod demi episod.. hikhikhik..

Jom baca maklumat pasal drama nie yang aku sempat google..


Drama ini mengisahkan seorang anak yatim, bernama Oh Soo (dibawakan oleh Jo In-Sung), yang hidup dalam dunia perjudian selepas kehilangan cinta pertamanya, yang seterusnya membawa karekternya menjadi seorang yang jahat. Kerana takdir, dia terjebak dengan seorang pewaris perniagaan bernama Oh Young (lakonan Song Hye-kyo) yang kehilangan keluarga dan penglihatannya akibat kemalangan ngeri. Apakah Oh Soo yang prejudis akan berubah setelah bertemu dengan Oh Young? Mungkinkah kemalangan keluarganya ada perancangan dari musuh perniagaan keluarganya?

Tema Drama Korea That Winter The Wind Blows

1) Watak lelaki utama dan watak wanita dalam drama ini tidak boleh menjalani kehidupan yang indah kerana masing-masing ada sejarah silam cinta yang kecundang, mengalami perceraian ibu bapanya dan perpisahan dengan abangnya.

2) Kehidupan adalah hanya satu tempat untuk Oh Soo melepaskan rasa sepi dan letih mengharungi kekecewaan selama ini.

3) Walau bagaimanapun, pertemuan Oh Soo dan Oh Young membuatkan kehidupan mereka berubah dengan penuh harapan.

4) Dalam dunia mereka di mana cinta hanya gurauan, mereka cuba mencari erti sebenar cinta yang tidak pudar meskipun masa berlalu dan penuh inspirasi serta kegembiraan.

Antara pelakon yang membintangi Drama Korea That Winter The Wind Blows adalah Jo In Sung sebagai Oh Soo, Lee Tae Woo sebagai Oh Soo kecil, Song Hye Kyo sebagai Oh Young, Kim Bum sebagai Park Jin Sung, Jung Eun Ji sebagai Moon Hee Sun.


“That Winter, The Wind Blows” diapdatasi daripada Drama Jepun ‘I Don’t Need Love, Summer’ (2002), dan filem Korea ‘Love Me Not’ (2006).


oppssss... de tambahan jugak.. nak dengar OST drama nie??




Novel Setia Hujung Nyawa..


Baru nak beli??

aah.. aku memang macam nie.. dah keluar tv baru aku sibuk duk mencari kat kedai buku..

memang tak dapat lah kan.. hahahaha...

kenapa aku lambat beli??

korang jangan salah faham.. garapan penulis novel tak sama dengan penerbit drama..

idea yang dicetak.. adalah idea asli penulis..

bila dah tengok drama.. nak tau jugak novel tu macam mana..

apa-apa pun.. aku puji novel nie memang best...

yang paling aku suka??

ayat nie...
tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau.. dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan...
 kesimpulannya.. jangan suka menilai dan menghukum orang lain sesuka hati.. lebih kurang macam tu lah kot kan.. hehehe...

sinopsis?? klik sini..

kenapa 2 buah? untuk adik kesayangan aku satu..

thanks to karangkraf.. walaupun berjanggut aku tunggu.. tapi puas hati.. 

Mari Membaca Novel kawan2..

oppsss... baca je ye.. jangan feeling lebih-lebih ye.. hahahahha...

suka lah tu... 

malu-malu kucing lah tu..

en kucing.. sila bagi contoh malu-malu kucing macam mana...

-
-
-
-
-
-
-



hahahahahahha !!!!! oppssss... terlebih sudah...

Bunga Telur...

 taraaaa !!!!!!!!!!

ini plak versi purple.. design yang sama dengan bunga telur oren sebelum nie...

Alhamdulillah.. sempat jugak aku siapkan tempahan nie dalam masa 10 hari.. tonggang terbalik jugak lah idup aku nak menyudahkannya..

tetapi bila hasilnya cantik & costumer puas hati..

maka... kita pun jadi gembira...

kan.. kan.. kan...

selamat cuci mata ye... (oppsss... gambar 2 keping je lah.. )

jangan maraa aaaa...


sorry.. gelap sket.. maklumlah.. snap guna handphone murah.. hehehe...


okey.. yang nie terang sket.. sebab guna camera... hehehe

Purple pulak !!!!


dalam masa 13 hari nak kena siap.. nasib baik 50 pcs...

boleh ke??

nie baru sesungut yang siap... 

arghh !!!!

wish me can !!!!

(^_^)

Hasil Akhir Bunga Telur

Korang nak tau macam mana rupa bunga telur yang aku duk story mory sebelum nie?

meh la tatap gambar yang tak seberapa nie..

bila dah siap.. rasa puas ati sangat.. walaupun badan penat.. mata tak larat nak bukak sebab tak cukup tidur..

terima kasih jugak kat mak sebab sudi menghulurkan tangan membantu aku siapkan tempahan nie..

upah?? mestilah ada.. dah bagi sebelum beliau tolong aku lagi.. sebab tu dia semangat nak tolong.. 

hahahaha...

jangan marah ye mak...



bunga telur the making... part 2


aritu simpul dawai.. sekarang dah jadi bunga.. 

bila lah nak siap nie... nie baru suku je daripada jumlah sebenar..

uwaaaaa !!!!!!!!!!!!

nak tengok pic dah siap??? 

tunggu....

hehehe....

Di Bawah Lindungan Kaabah...


Teresak2 aku tengok cerita nie.. sedih yang menginsafkan...

korang tengok ye.. dalam entri lain.. aku huraikan pasal novelnya pulak..

selamat menonton...


sumber : youtube

Bunga telur the making..

mari memintal dawai untuk buat bunga stokin..

abis melecet2 tangan aku...

400 pcs bulatan dawai to go...

chaiyoookk !!!!!!!

erk.. en suami xde rasa nak tolong i ke??

hehehehe....


nanti dah siap aku upload pic ye.. de satu sampel yang dah siap.. tapi aku tukar colour stokin sebab warna da macam kunng2 plak.. huhuhu....

tunggu !!!!!

Mari menambah ilmu bersama Ustaz Kazim





Terima kasih buat sahabat yang sudi berkongsi ilmu dengan aku...

Kandungan CD akan aku huraikan nanti ye..

Insyaallah....

Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid



Kisah bermula 8 tahun lalu dimana cinta Arif dan Karmila mekar mewangi. Arif, ahli biologi yang berkongsi minat dengan isterinya Karmila iaitu meminati bunga, membina sebuah villa indah yang dinamakan Villa Sunyi, villa bercat unggu berbumbung biru tua, di sebuah kawsan terpencil di Cameron Highland buat isteri tercinta. walaupun mendapat nasihat daripada penduduk setempat mengenai kewujudan puaka di tapak vila berkenaan.

Arif meneruskan minat mendalam terhadap bungaan dan berjaya menghasilkan satu jenis kacukan bunga ros baru dengan satu spesis bunga liar yang ditemui di dalam hutan. bunga ungu yang indah itu dinamakan Ungu Karmila.

Bermula daripada saat itu kehidupan mereka mula berubah.... sehingga pada suatu hari... Arif dan Karmila ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di villa sunyi. sejak itu penduduk orang asli di situ menganggap villa itu umpama satu puaka yang sedang tidur dan tidak boleh diganggu....

Namun 6 tahun kemudian, Jikun, seorang pemuda orang asli yang penuh sifat ingin tahu menceroboh vila misteri itu. dan pengakhiran yang dasyat berlaku apabila dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan. Ia mendorong ema, adik perempuannya yang juga seorang doktor dalam bidang bioteknologi untuk merungkai misteri kematian abangnya.

Di satu sudut lain, seorang lelaki bernama Dino dibebaskan dari hukuman penjara dan berazam untuk mengubah cara penghidupannya. Namun masa silamnya memaksa dia untuk berlari semula daripada bayang-bayang kejahatannya.

Arafat, abang kepada Arif, seorang ahli perniagaan hartanah tersohor begitu bertekat untuk membersihkan nama adiknya yang dianggap membunuh isterinya dan kemudiannya membunuh diri di vila ungu misteri itu. hasil usahanya dia telah mengupah Dino, bekas banduan yang tidak gentar kepada cabaran serta  sekumpulan pengkaji paranomal yang dianggotai oleh Bado, Winda dan Rosli yang gah mencipta nama merungkai misteri2 paranomal.

Ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Di penghujung cerita barulah misteri tersebut terbongkar.. 

Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya digabungkan dengan menarik oleh Ramlee. Penulis cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.

Nak tau kesudahan penuh novel nie??? kenalah baca sendiri.. kalau sume aku tulis, nanti tak suprise lah bila korang baca.. aku akui, penulis berjaya mebuat pembaca tertanya2 apa sebenarnya yang menjadi punca kejadian misteri tersebut.. apa kaitan bunga Ungu Karmila dengan misteri tersebut..

Syabas untuk Ramlee Awang Murshid.. Double thumbs up..



tu diaaa... pak cik pun suka jugak.. hehehehe...


Entri Sinopsis Novel Telah Bermula...

Macam yang pernah aku bgtau sebelum nie, aku nak publish sinopsis novel-novel yang aku dah beli @ baca.. dah lama rasa aku nak buat entri tu.. tapi sayangnya masa xmengizinkan.. memandangkan tahun 2012 nie banyak tempahan hantaran, plus adik aku nak tunang & kawin.. so update blog jatuh no last skali dalam to do list aku.. hehehe.. banyak jugak entri yang aku peram xpublish2.. duk la dalam folder draf tu.. huhu.. mak sibuk nokk.. hahahaha...

Oklah.. kita start dulu dengan novelist kesayangan aku sekarang.. sape lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.. Jom baca ye...


************************************

TRILOGI : BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU & HIJAB SANG PENCINTA

 Novel 1 : BAGAIKAN PUTERI




Judul : Bagaikan Puteri 
Halaman : 578 muka surat

Haryani koma selepas kemalangan akibat diragut. Semasa koma merentas masa kembali pada penghujung kurun ke 15 dan bertemu serta jatuh cinta dengan Saifudin (Laksamana Sunan). Mereka saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.


Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


Kesungguhan & keikhlasan cinta Dani kepada Haryani telah membawa Haryani kembali ke abad 21. Namun sayangnya Haryani masih mencintai Laksamana Sunan, tetapi Dani tidak mudah mengalah kerana dia sudah terlalu mencintai Haryani. Dani membawa diri ke Banda Aceh dan di sana dia hotel di mana dia menginap telah dilanda Tsunami. Haryani tekad ingin ke Banda Acheh mencari Dani. 

Apakah Dani masih hidup?

Dapatkah Haryani mencari Dani dan membawanya pulang ke Malaysia?

Nantikan sambungannya... 

Dunia Akhir Zaman...




Aku dapat video nie kat you tube.. saje nak share ngan korang.. semoga pe yang ada dalam video nie dapat memberikan korang ilmu dan pengetahuan.. sama ada korang nak terima video nie sebagai kebenaran atau tidak.. terpulang kepala pendapat individu.. tapi masa 1st time aku tgk video nie.. aku terdiam dan rasa takut seandainya apa yang ditunjukkan adalah kebenaran..

Subhanallah...



Ramlee Awang Murshid - Penulis Thriller No 1 Malaysia..

Saje entri kali nie aku nak share ngan korang novelis favourite aku sekarang.. Ramlee Awang Murshid.. Pasnie, aku akan upload novel die dulu lah dalam koleksi novel2 aku.. sebab? senang je.. he's my fav writer.. pasal itu karya beliau diutamakan..

************************************************

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu

Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.
Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”

Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.

Tolong Awek Aku Pontianak... @ Astro 1st



Penerbit : Gayatri Su-Lin Pillai

Pengarah : James Lee

Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Bahasa : Melayu

Genre : Komedi Seram

Skrip : James Lee

Pelakon : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri.


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak.Dan akhirnya rahsia terbongkar juga selepas Maya memberitahu perkara yang sebenar kepada Bob. Dan akhirnya cinta senjati Bob kepada Maya telah membebaskan Maya daripada sumpahan itu.

They live happily ever after..

Komen?

Aku bagi 10++ bintang sebab cerita nie buat aku ketawa terbahak2 sampai rasa nak putus segala urat saraf yang ada dlm badan aku nie.. hehehe... dengan lakonan selamba poyo Zahiril Adzim sebagai Bob, cerita nie menjadi sgt superb.. i admire him as an actor.. hehehe..

Keep up the good work guys...

I LOVE THIS FILM VERY MUCH !!!!

Astro 1st : Sekali Lagi



 Pengarah

Hashim Rejab

Lakonan:

Shaheizy Sam : Arman (Pelakon Utama)

Lisa Surihani : Sheila (Pelakon Utama)

Mia Sara Nasuha : Amy (Pelakon Utama)

Bront Palarae : Haris (Pelakon Pembantu)

Kartina Aziz : Puan Suria (Pelakon Pembantu)

Shasha : Farina (Pelakon Pembantu)

Zul Handyblack : Bapa Saudara Sheila (Artis Jemputan)

Ana Dahlia : Ikin (Artis Jemputan)

Bob Lokman : Bapa Sheila (Artis Jemputan)

Amylia Nastasha Aziz : Zarina (Artis Jemputan)

Krew:

Mohd Noor bin Kassim : (Pengarah Fotografi)

John Kajang : (Pengarah Seni)

Arinah binti Emran : (Pembantu Pengarah)

Penerbit:

David Teo : (Penerbit)


Sinopsis Filem Sekali Lagi:

Arman yang percaya selama ini bahawa dia merupakan seorang pengidap autisme. Untuk sebab yang tidak diketahui, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.


Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Sheila, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

*****************

Pada aku filem nie memang menarik untuk ditonton. Memang menyentuh jiwa, dengan lakonan mantap Shaheizy Sam dan Lisa Surihani serta beberapa pelakon yang lain. Plot cerita ringkas dan mudah difahami. Secara keseluruhannya cerita nie memang anti klimaks sebab hero tak happily ever after dengan heroin seperti kebanyakan cerita cinta yang lain. Tapi kesudahannya sangat menarik dan sangat realistik. Walaupun hero & heroin tidak dapat bersatu sebagai husband & wife memandangkan hero tu autisme, tapi dia boleh menjadi teman & ayah kepada Amy. Memula aku pun sangka sakit Arman akan pulih & Sheila akan memilih Arman daripada Haris. Tapi pengarah / penulis skrip bijak untuk mencari ending yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh semua penonton.

Markah yang aku nak bagi drpd 10 : 8.5 markah

Sebabnya aku tak taulah, pada aku filem nie macam ada yg xkena dan aku xtau ape yang xkena tu.. pada aku lah. Kalau korang rasa filem nie ok, ok lah.. nie pendapat aku lah.. kenapa aku berani tulis? sebab macam biasalah, jawapan aku ialah " ini blog aku, suke ati aku lah nak komen ape pun kan??"

Hehehe.. Jangan marah aaa...

Teruskan menyokong industri filem tempatan...

(^_^)


Flat 3A @ astro 1st

Sebelum tu, aku nak puji sket la Astro 1st nie. Mungkin ade pihak yang tak suka dengan astro 1st nie, tapi pada aku lah as consumer.. aku lebih prefer tengok tv @ movie kat rumah. Sebab ade anak kecil. Walaupun anak aku bukannye baby lagi, tapi bukan mudah nak suruh dia duduk diam dalam panggung wayang sampai cerita tu habis. Jenuh jugaklah kalau nak pujuk dia stay sampai akhir cite.. lama2 mood aku nak tengok movie pun dah makin kurang.. lastly, keluar panggung dengan sikit perasaan hampa. Xsyok kan??

Sebab tu lah aku suka sangat dengan astro 1st nie. Sekurang2nya aku pun xde lah ketinggalan sangat nak tengok movie2 yang kuar kat panggung dalam masa terdekat dari tarikh korang tgk kat panggung. Dan yang paling penting, dengan adanya astro 1st, kurang sikitlah aku nak pi beli vcd cetak rompak kat pasar malam. hahaha... pengakuan berani mati nie.. yelah, biasa nak tunggu original VCD belum tentu die kuar, kalau ade pun citer tu dah abis basi pun.. lagipun astro 1st nie kualiti die mmg tip top.. tapi de jugak manusia yang ambik kesempatan dengan merakam semula then jual.. itu lantak koranglah ye.. tepuk kepala, tanya otak.. boleh???

Layanlah ulasan filem terbaru yg aku tengok kat astro 1st nie ye... yang lama2 malas aku nak review balik..


************************************


Senarai Pelakon :
Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adei Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean
Pengarah :
Azhari Mohd Zain

Sinopsis :

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.


Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Rupa-rupanya kekasih Fiqah, Anas terbabit dalam ilmu salah yang diamalkan oleh Kang Seman. Anas telah membunuh Kang Seman kerana Kang Seman telah mengetahui bahawa Anas telah membunuh bapanya menggunakan ilmu sihir. Maka roh Kang Seman dengan bantuan anaknya, Ratna ingin membalas dendam terhadap Anas. Biaslah, ending cerita.. yang jahat mati, yang baik hidup..

Cuma yang aku kurang puas ati adalah tempat mayat fatin ditanam.. mungkin aku je kot yang rasa tempat tepi sinki tu kurang sesuai kot.. plak tu diletak tanah pastu dicucuk dengan bunga matahari palsu. nampak mcm klakar sket la. pastu anak Kang Seman si Ratna tu, pasal pe masa nak memuja bleh plak pakai seksi2.. aku rasa nak jadi bomoh yang amalkan ilmu hitam nie tak payah la nak seksi2.. bukan de kaitan pun seksi ngan ilmu hitam.. hehehe...

Kesimpulan, okeylah citer nie.. cuma de lah kurang kat sana sini.. mungkin masa akan dtg, pengarah nie bileh hasilkan filem yang meletop bertitik tolak dari filem yang kureng nie..

Daripada 10 bintang : 5 je ye..


Sekian...

Mr. Goodbye

Title: Mr. Goodbye
Alternate Titles: Wild Beast and the Witch / The Beast and the Witch
Genre: Romance/Comedy
Synopsis:
Yoon Hyun Suh (played by Ahn Jae Wook) is an adoptee who grows up in the United States. He becomes successful as a top manager of a hotel chain. He is assigned to do business in Korea. He falls in love with Choi Young In (played by Lee Bo Young), a sassy concierge from the hotel he is assigned to. There is trouble still looming because Kang Soo Jin (played by Oh Yoon Ah) who is Hyun Suh’s best friend’s ex-wife comes back with vengeance in mind. The three become entagled in this love triangle. “Mr. Good-Bye” is a story about the last love of a dying man, Hyeon-seo, who had to live in loneliness after losing his both foster parents but eventually succeeded as a hotelier. He finally finds happiness when he returns to Korea, where he learns that he has a son from a woman who loves him and finally meets his biological mother. The series also sarcastically portrays good and evil of the human world with a hotel as the background. The series also depicts how hotel concierges help hotel customers heal their spiritual wounds. The upbeat and outgoing Young-in, one of the concierges, teaches Hyeon-seo the meaning of love and fights for his love with Su-jin, a doctor.
Cast:Ahn Jae Wook as Yoon Hyun SuhLee Bo Young as Choi Young InOh Yoon Ah as Kang Soo JinJo Dong Hyuk as Kyle
********************************************************
Best sangat cite nie.. Sampai tersedu sedan aku dibuatnya.. Huhuhu.. Rugi kalau tak tengok..

Korean Drama : Boys Over Flower...

Sekarang nie aku ade hobi baru, iaitu tengok DRAMA KOREA.. Tak kisah la drama kat Channel 303, VCD atau DVD.. Kecuali drama kat 8tv sebab dah dialih suara... nampak weird, then tak boleh nak feel jalan cerita tu.. Bacalah sinopsis dari drama yang aku tengok.. Have a good time reading !!!!

*******************************************************

BOYS OVER FLOWER

Drama nie dipetik dari Komik Jepun - Hana Yori Dango. Versi lain termasuklah Meteor Garden (Versi Taiwan) dan Versi Jepun. Tapi aku pun belum tengok lagi Meteor Garden versi Jepun.. hehehe... Kisah ini berkisar di Kgotboda Namja, Geum Jan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang miskin yang mengusahakan Kedai Dobi secara kecil-kecilan. Satu hari semasa dia menghantar baju kepada pelanggannya di ShinHwa College, dia telah menyelamatkan seorang pelajar sekolah tersebut yang ingin terjun dari tingkat atas bangunan sekolah. Pelajar tersebut tertekan setelah menerima kad merah dari kumpulan samseng kolej tersebut yang menandakan pelajar tersebut akan menjadi mangsa buli kumpulan berkenaan. Oleh kerana ingin menjaga reputasi ShinHwa Group telah membuat keputusan untuk memberi biasiawa dan mengambil Geum Jan sebagai pelajar di kolej berkenaan untuk mengelakkan nama mereka tercemar dan menjaga hati media dan orang ramai.

Sejak Guem Jan memulakan persekolahan di kolej tersebut dia sering dipandang rendah kerana dia adalah anak kepada seorang pengusaha kedai dobi sedangkan sekolah tersebut adalah sekolah untuk anak orang ternama dan koperat. Namun masih ada insan yang sudi menjadi sahabatnya iaitu Ho Min Ji. Guem Jan menjadi anti kumpulan F4 yang gemar membuli pelajar lain di sekolah itu sejak sahabat barunya Ho Min Ji secara tidak sengaja terlanggar ketua kumpulan tersebut iaitu Goo Jun Pyo dan ais krim Ho Min Ji terkena kasut Goo Jun Pyo. Sejak pertemuan itu mereka berdua rasmi sebagai musuh dan masing-masing merancang untuk mengenakan musuh masing-masing dengan pelbagai cara. Tetapi tanpa mereka sedari bibit-bibit cinta telah mekar dalam dalam diri masing-masing. Akhirnya mereka jatuh cinta. So Sweet..

Banyak rintangan yang harus mereka harungi kerana mereka mendapat tentangan dari ibu Goo Jun Pyo. Namun mereka harungi dugaan itu bersama. Goo Jun Pyo ada menghadiahkan seutas rantai kepada Geum Jan Di yang melambangkan Jan Di sebagai bulan dan Jun Pyo sebagai bintang. Romantik kan? Salah satu ayat yang paling romantik bila Goo Jun Pyo diminta melepaskan Geum Jan Di, dia berkata `Saya tidak akan melepaskan dia. Saya tidak boleh melepaskan dia. Saya akan sentiasa dekat dengannya.. dan saya akan pastikan saya akan membahagiakan dia.’ Huhuhu…

Nak tahu kesudahannya, mestilah romeo & juliet hidup bahagia selama-lamanya.. P/S : Kepada sesiapa yang belum tengok drama nie, cepat2lah pergi tengok.. best !!!!

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK!!!

Malam semalam aku boring sangat.. Aku ajak Kak Wira g tengok wayang.. Pastu die pun ckp ok.. aku ajak mak aku tapi die xnak & die bagi aku greenlight suh aku pegi, die tolong jaga anak aku.. huhu.. mak aku mmg sporting giler.. Luv U Mom.. I'm really enjoy it!!
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.
Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.
Punai telah bertukar menjadi Orang Minyak, Johan menjadi Hantu Raya dan Asmat pula bertukar menjadi Toyol. Banyak kisah menarik berlaku apabila mereka cuba menahan diri daripada bertukar menjadi hantu.. tapi mereka tetap menjadi hantu kerana sumpahan itu...
Nak tahu kesudahannya??? Belilah VCD / DVD...
Hahahahaha......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...