Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HUTANG ????


Rilex, korang jangan gabra dengan tajuk entri kali nie.. just nak share padangan aku terhadap ulasan akhbar yang aku baca masa g menuntut ilmu ngan Kak Sham kat hospital. Aku secara tak sengaja terbaca artikel tu masa duk mencari pekeliling dalam fail die.. Puas aku cari balik artikel tu dalam internet, tapi xjumpa.. nak g hospital semata2 ambik artikel tu? mungkin tidak.. hehehe..

Aku ulas jelah pe yg aku baca dalam rencana tu je lah.. okey? Rencana tu ada tulis pasal ramai penjawat awam yang mengalami masalah hutang.. Yelah sekarang kan penjawat awam senang nak buat loan.. rata2 bank yg menawarkan loan sume menjadikan penjawat awam sebagai sasaran utama.. sebab? diorg kerja dah terjamin sampai tua.. meaning sampai pencenlah, tu pun kalau xde ape2 hal yg jadilah kan..
Aku pun de rasa lojiknya benda nie, sbb rata2 org kat pejabat aku yang bila time gaji tak sampai 3 hari de lah 2 3 orang yang datang jumpa aku tanya bila claim diorg nak masuk.. meaning? gaji diorg xcukuplah.. hairan kan? pe nak buat.. padahal duit claim tu bukan totally hak diorg sebab tu cuma sebagai duit tambahan kerana kerja lebih masa.. takkan tiap2 bulan dah plan bape jam nak buat ot kan? tapi sayang bila pikir duit gaji yang diorg susah payah usahakan sebulan senang2 ditolak sana sini kerana hutang..

Kalau loan untuk beli rumah ngan kereta, tu dah semestinya la kan.. xkan lah duit kita banyak sangat nak beli cash kan? lain lah kalau kite nie kategori jutawan2, betul x? hehehe... tapi pokok pangkalnya kene jugak ukur baju di badan sendiri. Kene jugak bergantung kepada kemampuan kita. Jangan lah income tak seberapa tapi angan2 nak beli banglo plak kan? susah lah kalau mcm tu.. angan2 tu perlu, tapi biarlah yang releven.. biar kita hidup secara sederhana.. Islam kan mengajar kita untuk menjadi manusia yang sederhana dalam menjalani kehidupan..

Tapi aku kadang2 hairan dengan orang2 yang sakan buat loan peribadi untuk berkahwin. Senang nak decide nak berumah tangga sekarang. Ada duit sume ok.. Memanglah klu nak berkahwin nak kene pakai duit. Mana nak spend hantaran, sewa baju pengantin, pelamin, kenduri. Aku pun pernah lalui saat tu, tapi masa zaman aku xde sangat lah perlumbaan utk mengejar gelaran 'Wedding Of The Year'. Masing2 nak berlumba buat wedding yang grand2. Sakan serba serbi. Kalau dah wedding grand, duit yang dibelanjakan mestilah grand jugakkan.. hehehe.. Jalan mudah? buat loan.. Esok2 bila rasa xserasi senang je nak cerai berai.. masa tu hutang pun belum abis lagi.. ini kenyataan, terjadi pada kawan aku.. bukan rekaan tau.. hubby aku pernah ckp lah pasal kawin loan nie.. anak dah 2 3 tapi wife still under loan.. hehe.. klakar kan? tapi renung2kanlah.. 

Bukan pe, aku saje nak share topic yang aku rasa bleh menjadi peringatan untuk renungan bersama. Pada yang dah membuat loan yang menyesakkan diri, xdapek lah nak nolongnye.. tapi pada mereka2 yang baru nak plan2 buat loan tu, masih ada masa untuk berfikir semasak2nya. Memang sekarang prosedur nak buat loan sangat2 senang. Slip gaji 2 3 surat ngan sign bos, tup2 2 3 hari loan dah approve.. senang giler kan? bila timbal balik bayaran balik yang terpaksa ditanggung bertahun2, berbelas tahun dan malahan ada yang sampai berpuluh tahun.. mampu ke kita nak memikul beban selama tu.. Makin bertambah tahun, makin bertambah komitmen kita.. Kos sara hidup makin meningkat.. kenaikan gaji pun bukannya banyak naik tiap2 tahun.. dapat ke gaji kita yang xseberapa tu nak menanggung hutang..

Kesimpulannya, apa2 yang kita nak buat. Pokok pangkalnya kena jugak fikir pro & cons nye.. biarlah kita hidup secara sederhana mengikut kemampuan kita. Takkan mati kita kalau xdapat pakai kereta mahal, x dapat duduk rumah banglow.. janji kita ada simpanan tetap yang boleh membantu kita menangani saat2 sukar dalam menjalani hidup seharian. Xkan kita hidup asyik nak fikir mana nak budget duit. kena ikat perut semata2 nak cukupkan duit sampai gaji next month.. sedih je bunyinya kan.. 

Kadang2 aku tertanya2 kenapa anak2 sekarang makin nakal.. adakah kerana sumber wang yang kita berikan pada mereka sudah tercemar kehalalannya.. same2 lah kita fikirkan jawapan pada persoalan ini..

Kalau boleh "Biarlah kita mati dalam Iman, bukan mati dalam hutang". 

Renungan untuk kita bersama sebagai peringatan kita di masa hadapan..

- Amin -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...