Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bola.. Bola.. dan Bola...

Tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki sejak pertama kali piala ini dianjurkan. Walaupun Indonesia menang dengan mata 2-1 di tempat sendiri, namun Malaysia tetap menang dengan keputusan agregatn 4-2.. Pada hakikatnya aku memang tak minat langsung ngan bola sepak nie, tapi kemenangan pasukan negara tetap aku hargai.. kemarau piala dah terubat.. siapa kata Malaysia tak boleh.. boleh la... selama hari nie banyak komen negatif yang kita dengar pasal team bola sepak negara..

Kalau menang, dapat pujian.. kalau kalah, berbakul2 makian dan sumpah seranah dihamburkan buat pasukan negara.. Semoga kemenangan ini akan menjadi titik tolak kepada zaman kebangkitan bola sepak Malaysia.Kepada penyokong team Indonesia, jangan bersedih hati ye.. kalah menang adat pertandingan... walaupun kita berlainan negara tapi kita serumpun kan?

Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Skuad harimau kerana pada hari Jumaat ini, aku dapat berehat sehari dari kesibukan kerja.. sambil meraikan kepulangan suami tercinta.. hehehehe..

SELAMAT BERCUTI & TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU !!!

MALAYSIA BOLEH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...