Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tolong Awek Aku Pontianak... @ Astro 1st



Penerbit : Gayatri Su-Lin Pillai

Pengarah : James Lee

Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Bahasa : Melayu

Genre : Komedi Seram

Skrip : James Lee

Pelakon : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri.


SINOPSIS :
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak.Dan akhirnya rahsia terbongkar juga selepas Maya memberitahu perkara yang sebenar kepada Bob. Dan akhirnya cinta senjati Bob kepada Maya telah membebaskan Maya daripada sumpahan itu.

They live happily ever after..

Komen?

Aku bagi 10++ bintang sebab cerita nie buat aku ketawa terbahak2 sampai rasa nak putus segala urat saraf yang ada dlm badan aku nie.. hehehe... dengan lakonan selamba poyo Zahiril Adzim sebagai Bob, cerita nie menjadi sgt superb.. i admire him as an actor.. hehehe..

Keep up the good work guys...

I LOVE THIS FILM VERY MUCH !!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...