Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Astro 1st : Sekali Lagi



 Pengarah

Hashim Rejab

Lakonan:

Shaheizy Sam : Arman (Pelakon Utama)

Lisa Surihani : Sheila (Pelakon Utama)

Mia Sara Nasuha : Amy (Pelakon Utama)

Bront Palarae : Haris (Pelakon Pembantu)

Kartina Aziz : Puan Suria (Pelakon Pembantu)

Shasha : Farina (Pelakon Pembantu)

Zul Handyblack : Bapa Saudara Sheila (Artis Jemputan)

Ana Dahlia : Ikin (Artis Jemputan)

Bob Lokman : Bapa Sheila (Artis Jemputan)

Amylia Nastasha Aziz : Zarina (Artis Jemputan)

Krew:

Mohd Noor bin Kassim : (Pengarah Fotografi)

John Kajang : (Pengarah Seni)

Arinah binti Emran : (Pembantu Pengarah)

Penerbit:

David Teo : (Penerbit)


Sinopsis Filem Sekali Lagi:

Arman yang percaya selama ini bahawa dia merupakan seorang pengidap autisme. Untuk sebab yang tidak diketahui, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.


Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Sheila, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

*****************

Pada aku filem nie memang menarik untuk ditonton. Memang menyentuh jiwa, dengan lakonan mantap Shaheizy Sam dan Lisa Surihani serta beberapa pelakon yang lain. Plot cerita ringkas dan mudah difahami. Secara keseluruhannya cerita nie memang anti klimaks sebab hero tak happily ever after dengan heroin seperti kebanyakan cerita cinta yang lain. Tapi kesudahannya sangat menarik dan sangat realistik. Walaupun hero & heroin tidak dapat bersatu sebagai husband & wife memandangkan hero tu autisme, tapi dia boleh menjadi teman & ayah kepada Amy. Memula aku pun sangka sakit Arman akan pulih & Sheila akan memilih Arman daripada Haris. Tapi pengarah / penulis skrip bijak untuk mencari ending yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh semua penonton.

Markah yang aku nak bagi drpd 10 : 8.5 markah

Sebabnya aku tak taulah, pada aku filem nie macam ada yg xkena dan aku xtau ape yang xkena tu.. pada aku lah. Kalau korang rasa filem nie ok, ok lah.. nie pendapat aku lah.. kenapa aku berani tulis? sebab macam biasalah, jawapan aku ialah " ini blog aku, suke ati aku lah nak komen ape pun kan??"

Hehehe.. Jangan marah aaa...

Teruskan menyokong industri filem tempatan...

(^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...