Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bersiaran Kembali..


Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya menulis kembali...

apa dah jadi dengan hidup aku?

trauma kot..

saja nak kongsi cerita yang aku rasa korang semua dah tau.. dah basi pun..
cerita pasal apa???

pasal lif blok aku yang terhempas & mengorbankan nyawa kawan aku..

ambik masa jugak untuk aku cuba untuk lupakan tragedi tu.. lagipun bende tu jadi time aku memang ada kat rumah.. duk terngiang-ngiang bunyi lif tu jatuh.. terbayang-bayang keadaan kelam kabut masa kejadian tu..
mungkin sebab aku lemah semangat kot.. mula-mula memang aku berharap yang lif tu jatuh kosong.. tapi tak sangka yang kawan aku ada kat dalam tu..

kuasa Allah kan.. sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya...

ada yang tak tau pasal story tu?? meh aku kongsi laporan blog ye... kalau tak salah aku blog berita sensasi kot.. lupe lah.. sebab story nie dah lama terperap dalam draf..



Kronologi Tragedi Lif di Kediaman TLDM

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam malam setelah koma selama dua hari. Suaminya Rafie Johar berumur 37 tahun.

Arwah koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut untuk mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

1. Arwah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dilaporkan kritikal disebabkan kabel lif putus dari tingkat 5 di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)

2. Arwah mengalami pendarahan dalaman yang teruk. Koma

3. Ada yang mengatakan yang Arwah sedang sarat mengandung ketika itu. Sebenarnya ia tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku yang sebenarnya pada masa itu, mangsa nampak seperti mengandung kerana semua tulang belakang sudah berkumpul di depan akibat kesan terhempas

4. Tulang rusuk dan tangan patah kerana arwah jatuh terduduk.

5. Otak mangsa pula tidak berfungsi.

6. Allahyarhamah dimasukkan ke hospital angkatan tentera & dipindah pada pagi Jumaat ke wad ICU hospital Seri Manjung. Keadaan Allahyarhamah yang tidak stabil pada masa itu dan cukup kritikal. 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan & ubat untuk menggerakkan jantungnya.

7. Walaubagaimanapun, Tuhan lebih sayangkan Allayarhamah apabila meninggal dunia 12.15 tengah hari Sabtu

Harapan kami cuma satu ia bukan berkisar persoalan tragedi lif ini semata, tetapi lebih daripada itu. Kami berharap kemudahan kem tentera di pinggiran termasuklah di Port Dickson, Kem Terendak dan lain-lain ditambah baik kerana anggota tentera kita berhak menerimanya kemudahan yang sebaiknya dia ats pengorbanan dan jasa yang mereka lakukan.

Apalah sangat daripada lebih RM70 bilion yang telah dibelanjakan selama ini untuk pertahanan negara, diperuntukkan sebahagian dana untuk penyelenggaran dan penambaikan kem-kem yang menempatkan anggota tentera di Malaysia.

P/S : Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada keluarga arwah.

sumber : internet

huruf yang bertanda biru tu fakta salah.. aku nak buat pembetulan.. firstly aku nak bagitau nama mangsa @ allayarhamah Zamzila bukan zamelia macam yang tersiar dalam akhbar.. dan waktu kejadian tu bukan 3.15pm tapi pukul 4.00 lebih.. sebab masa bunyi lif jatuh tu.. aku memang tengok jam.. dan fakta terakhir yang aku nak betulkan ialah tarikh kematian mangsa.. bukan tengah hari.. tapi tengah malam...

memang dah terlambat kalau baru sekarang aku nak betulkan fakta tu.. sebab cerita nie pun dah basi.. tapi kenangan buruk yang berlaku sentiasa ada je dalam kepala otak aku nie.. sampaikan bunyi lif tu jatuh.. pastu bunyi ambulan ngan bomba terngiang-ngiang kat telinga aku nie... sampai sekarang??? sekarang dah okey sikit..

alhamdulillah...

kenapa aku lambat post pasal benda nie?? sebab aku akur dengan peraturan sebarang kes yang berlaku dalam pangkalan navy tak boleh disebarkan kepada pengetahuan umum.. kenapa? atas dasar rahsia ketenteraan.. aku pun tak tau lah siapa punya kerja yang bagi info dan gambar pada pihak akhbar.. biar je lah kan.. sebab sekarang isu nie dah cool, maka aku berani nak tulis cerita pasal nie..

aku rasa bersyukur sangat sebab masa hari kejadian aku memang nak turun pergi jogging.. tapi bila hati aku rasa macam ada yang tak kena, maka aku bersiap lambat2.. mujur kan?? memang mujur sangat.. sebab aku dan mangsa selalu terserempak masa nak naik lif pastu dia lah yang selalu tengok-tengokkan zaquan masa aku keje.. ke mana anak aku pergi.. tunggu van ke tidak.. yang paling aku ralat, bekas tupperware dia aku tak sempat nak pulangkan.. sedih kan?? masa aku buat bunga telur untuk majlis maulidur rasul, arwah beriya2 nak bunga telur yang aku buat tu..

ya Allah..

kalau dikenangkan.. memang mengalir laju je air mata aku nie.. ye lah, adat duduk kuarters kerajaan nie.. jiran2 lah yang akan jadi sedara mara kita.. memandangkan kami semua orang merantau.. mau tak sedih sebab teman bersembang tiba2 je hilang dalam sekelip mata.. terbayang keadaan mangsa yang terlantar di katil ICU.. saat anak dia yang sulung peluk aku sambil nangis.. saat anak ke 2 nya bercerita mama mereka belum makan kerana sakit.. dan saat suami beliau mengajar beliau mengucap syahadah.. di saat jenazah beliau dikapankan.. dikebumikan.. subhanallah... besar kan kuasa Allah...

sebab tu aku ambik masa yang lama untuk kembali aktif berblog.. nak pulihkan hati aku yang trauma nie..
aku tak nak ulas pasal siapa salah siapa yang betul dalam hal lif tu.. biarlah masa yang akan menentukan semuanya...

untuk hari esok dan seterusnya???

menapaklah aku memanjat tangga ke tingkat 8..

huhuhuhu...

kuruslah...

pe yang kurus????

jari kaki kot...

hahahahaha....

(^_^)

buat allayarham kak su @ kak zamzilah.. semoga roh akak aman di sana.. kami akan tetap bertahan tinggal kat blok tu demi untuk menunggu keadilan agar kematian akak tidak sia-sia... buat abang rafi dan keluarga.. tabahlah.. kerana ujian yang hebat hanya untuk insan yang hebat


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...