Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

TANDA-TANDA SIHIR, SAKA, SANTAU, KERASUKAN DAN HISTERIA


TANDA-TANDA SIHIR, SAKA, SANTAU, KERASUKAN DAN HISTERIA
Tanda-tanda ini berlaku ketika anda tidur / jaga :-
  1.  Sakit belakang tanpa sebab 
  2. Sakit kepala @ migrin yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal 
  3. Loya & sebu perut tanpa sebab( muntah2 \ muntah darah \ batuk darah ) 
  4. Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati 
  5. Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab 
  6. Sakit di bahagian perut tanpa sebab ( angin ) 
  7. Istihadah ( darah keluar melebihi 15 hari ) 
  8. Terasa sesuatu yang mengekori diri 
  9. Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH 
  10. Takut menziarahi jenazah \ melihat orang mati 
  11. Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam ( dada berdebar \ resah gelisah ) 
  12. Timbul rasa takut tanpa sebab ( lemah semangat ) 
  13. Nampak bayangan yang menakutkan \ menyeramkan 
  14. Sering pengsan tanpa sebab 
  15. Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH spt ( aktiviti syirik dsb ) 
  16. Ragu-ragu tentang keimanan
  17. Sering mimpi yang menakutkan ( mimipi bayi kecil, ular hitam, anjing hitam , binatang2 berbisa ) 
  18. Mimipi terjatuh dari tempat yang tinggi 
  19. Mimipi ke tempat kotor, sunyi spt tandas 
  20. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur 
  21. Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur 
  22. Tanda lebam di tubuh tanpa sebab 
  23. Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab
  
Kesan-kesan jangka panjang
  1. Boleh membawa maut jika sampai ajal
  2. Gila, bingung, berkelakuan seperti orang bodoh
  3. Keluarga berpecah belah, rumah tangga tidak aman
  4. Sakit berpanjangan, pakar perubatan @ doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit berkenaan
  5. Hilang pangkat, kerjaya dan harta benda
  6. Perniagaan merosot dan tidak maju
 ***********
Lain macam je tajuk entri nie ye. Mesti korang yang baca nie buat muka kedut seribu kan? Jangan kedut2kan dahi atau segala otot yang ade kat muka korang tu ok.. hehehe.. Aku tau korang sume ade yang kurang percaya pada bende2 mcm nie kan? Aku pun dulu mcm korang jugak.. aku xnak percaya yang dalam dunia serba maju nie, ada lagi manusia yang masih mengamalkan ilmu salah atas tujuan peribadi masing2. Tapi kuasa Allah tu maha besar, atas sebab aku kurang percaya dengan hal2 mcm nie. Allah duga aku dengan dugaan disihir. Korang mesti macam pelik kan? macam mana aku boleh tau yang aku telah terkena sihir? tanda-tanda memang dah lama jelas ada berlaku pada aku, tapi biasalah kita kebanyakkan memilih jalan untuk tak nak percaya pada benda2 batin yang kita sendiri tak nampak. Aku lebih prefer untuk pergi ke klinik kalau aku rasa badan tak kena. As usual, dr akan kata aku tak cukup rehat & aku dpt MC untuk rehat kat umah. Okey lah, aku dapat rehat sehari dua. Tapi makin lama aku rasa diri aku mcm ade yang xkena. Aku jadi makin bingung. Aku sendiri tak tau ape yang aku buat2 hari2. Memang susah, selama nie aku cuba untuk bertahan & aku mampu bertahan. Tapi sebagai hamba Allah yang lemah, aku akhirnya akur..

Sebenarnya aku memang xnak share ngan sape2 pasal hal mistik aku nie. Tapi lastly aku decide nak post jugak entri nie. Aku nak citer sket je, just nak share pengalaman aku. Bak kata salah seorang ustaz yang aku jumpa, dia pesan.. klu lah 1 hari aku dah sembuh dengan izin Allah, dia nak aku bantu insan2 lain yang sakit sama mcm aku.

Kali nie, aku cuma nak share info nie dulu... untuk entri akan datang, aku akan share pengalaman sebenar aku & anak aku dalam sakit gangguan mistik nie.. so, korang kene tunggu entri seterusnya kalau nak tau cerita penuh..


Selamat Menunggu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...