Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Utusan Malaysia

ARKIB : 19/06/2009 

 KLANG 18 Jun - Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana 2009 (EPSP) dengan menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Perantau yang bermula hari ini menarik 54 penyertaan terdiri daripada penyelidik dan penuntut institusi pengajian tinggi awam . Para peserta ekspedisi yang julung kali diadakan dalam sejarah maritim negara itu akan melakukan kajian dan penyelidikan marin selama 52 hari di Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Mereka mewakili tujuh agensi kerajaan dan lapan IPTA. EPSP bertujuan mengkaji serta mengumpul data dan maklumat saintifik dalam empat bidang utama oseanografi iaitu fizikal, kimia, biologi dan geologikal di kawasan yang dikaji. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, data yang diperoleh daripada hasil ekspedisi itu akan diguna untuk mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang oseanografi dan sains marin pada masa depan. Katanya, maklumat itu akan diteliti bagi menentu serta mengenal pasti sumber marin, taburan flora dan fauna marin, arus, cuaca, batuan serta pelbagai sedimen lain. ''Hasil kajian daripada penyelidikan ini akan digunakan untuk meningkatkan produktiviti negara dan memberi maklumat kepada kerajaan untuk perancangan K-ekonomi," katanya ketika berucap melancarkan EPSP di Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah di sini.

Detik Perpisahan Sementara...

Pagi nie aku bangun awal sangat.. lagipun xboleh tido.. maklumlah hubby nak pergi belayar, kali nie lame sikit 2 bulan lebih, tu yang sedih lebih2 sikit.. Xpelah, ape nak buat, separuh jiwa husband aku hak negara (syahdu tak ayat)... hehehe.. 6.30pagi aku dah start enjin kereta, mujur barang2 sume dah hantar petang semalam klu xjenuh jugak nak mengangkut barang pagi2.. Macam biasa, sepanjang jalan sume diam je.. termasuk mak aku.. Pas masuk gate Armada hati aku rasa sebak sangat, terus airmata jatuh.. memule rasa malu gak ngan mak, tapi xboleh nak control sangat..

Aku hantar Hubby kat hujung jeti je, gayat siut nak drive atas jeti..
 jalan dah la kecik, nak elak tangga kapal dalam gelap memang aku tak pro.. hehehe.. pas sesi kiss & huge, husband aku suruh aku balik.. tapi aku suruh dia jalan dulu, tak sanggup aku nak tengok die tunggu kitorang gerak... Bermula lah detik perpisahan sementara kitorang... Tapi mujur mak ade teman aku, so xdelah boring sangat..

Miss my hubby very much...


Are You Agree With Him ???

Semalam my boss bagi satu petua baru.. Kenapa member2 tempat keje aku ramai dapat anak lelaki.. Die cakap jantina anak dipengaruhi dengan sape yang berkuasa dalam rumahtangga.. Kalau Husband yang banyak incharge dalam rumahtangga, anak 1st mesti lelaki... Kalau Wife yang banyak incharge pulak, anak 1st mesti pompuan.. Hehehe.. Aku pun gelakk besar dengar die cakap.. Boleh jugak diterima akal.. Tapi ape2 pun sebagai orang islam kite kena percaya pada Ketentuan Allah. Kan? Boss aku tu non-muslim, so xheranlah dia boleh fikir macam tu, dia base on logic.. 

Wallahualam...

Air Terjun Ulu Kenas, Kuala Kangsar..

Pagi ahad memang kitorang plan nak pergi picnic kat air terjun.. Memula aku plan nak pergi air terjun kat Taiping, tapi hubby buat suprise pulak cakap nak pergi Ulu Kenas.. Dah la aku pakai baju sempoi, bawak baju salin pun sempoi jugak.. Maklumlah kat Taiping xramai orang datang, kalau aku tau nak pergi Kuala Kangsar xde lah aku bawak baju tu.. Pastu nak gi shopping kat Kuala plak.. Huhuhu.. Hubby cakap xpe, aku pakai ape pun nampak ok.. (walaupun aku tau ayat tu mmg ayat standart die nak sedapkan ati aku) tapi dah separuh jalan takkan nak patah balik semata2 sebab sehelai baju kan.. tak pelah.. Sebelum pergi ingat nak tapau KFC tapi sebab masing2 tak nak turun pergi beli, terus gi drive-thru McD.. Zaquanlah yang paling happy bila nampak signboard McD.. 

Perjalanan Sejam Setengah ke Kuala Kangsar tu cukup menguji, sebab jalan raya macam ular kena palu, naik pening kepala aku nie.. mujur tak muntah.. maklumlah, dah lama jugak kitorang tak ikut jalan tu sbb biasa hubby ikut highway je.. Anyway, pukul 12 lebih baru sampai.. mujur dapat port best.. Zaquan memula tak nak mandi.. tapi pas tengok ayah dia masuk air, terus lompat2 nak mandi.. hehehe.. Happy sangat, hubby pun cakap pasnie lame baru die bleh bawak g jalan2 lagi.. sebab dia outstation lama.. Takpe, walaupun jarang jumpe, the quality time that we spend together is enough for us.. Thanks to Allah because giving me the best husband in the world!! (-_-)


 

HAIIII...

Peace !!! Finally, tercipta jugak blog aku nie.. Transfer dari friendster blog ke sini... Anyway, nie lah new image aku.. nie pun sbb husband nak balik.. dah sebulan lebih xjumpa.. so, kiranya preparationlah nie.. hehehe.. Comel tak?? (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...