Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Utusan Malaysia

ARKIB : 19/06/2009 

 KLANG 18 Jun - Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana 2009 (EPSP) dengan menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Perantau yang bermula hari ini menarik 54 penyertaan terdiri daripada penyelidik dan penuntut institusi pengajian tinggi awam . Para peserta ekspedisi yang julung kali diadakan dalam sejarah maritim negara itu akan melakukan kajian dan penyelidikan marin selama 52 hari di Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Mereka mewakili tujuh agensi kerajaan dan lapan IPTA. EPSP bertujuan mengkaji serta mengumpul data dan maklumat saintifik dalam empat bidang utama oseanografi iaitu fizikal, kimia, biologi dan geologikal di kawasan yang dikaji. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, data yang diperoleh daripada hasil ekspedisi itu akan diguna untuk mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang oseanografi dan sains marin pada masa depan. Katanya, maklumat itu akan diteliti bagi menentu serta mengenal pasti sumber marin, taburan flora dan fauna marin, arus, cuaca, batuan serta pelbagai sedimen lain. ''Hasil kajian daripada penyelidikan ini akan digunakan untuk meningkatkan produktiviti negara dan memberi maklumat kepada kerajaan untuk perancangan K-ekonomi," katanya ketika berucap melancarkan EPSP di Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...