Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tenggelam Timbul?? (^_^) Mood Raya???

hai korang??? apa khabar? masih dalam mood raya?

baguslah.. sebab aku pun masih mencari-cari mood raya yang sama macam masa aku kecik-kecik dulu..

sempena dengan mood aku yang masih dalam mood raya.. aku nak share sikit lah dengan korang ape perbezaan raya dulu dengan raya sekarang menurut pandangan aku lah ye.. kalau pendapat korang lain ke.. korang de pendapat yang ingin korang kongsi.. comment je lah ye.. selamat membaca okey !!!

Kad Raya


dulu : 
Sebulan nak raya dah sibuk beli kad raya.. maklumlah, kena pos awal-awal.. nanti abang posmen nak cuti raya jugak.. tapi ada jugak yang bagi 'by hand' je.. jimat.. dulu macam-macam jenis kad raya ada... yang berbunyi, besar, kecik dan ada yang lagi special kad yang dibuat sendiri.. masa zaman aku sekolah.. aku mesti pilih kad kartun untuk bagi kat kawan-kawan.. lagi kelakar ayat dalam kad tu, lagi best ler kononnye.. hehehe... bila hari raya, pakat duk gantung semua kad raya tu kat dinding rumah.. nanti kawan-kawan datang boleh la baca.. hahahaha...

sekarang :
dah tak ramai dah orang yang hantar kad raya lagi.. sebab setem dah mahal kot (alasan).. lagipun apa ade hal.. sekarang zaman dah canggih.. send je kad elektronik pakai email ke.. facebook ke.. tak pun, hantar je ucapan raya guna twitter.. mudah la sangat kan.. 

p/s : aku pun buat jugak hantar kad raya versi moden.. tapi untuk mak aku tetap kad raya klasik okey..


Lagu Raya

dulu :
lagu raya semua jenis kalau happy boleh rasa nak melompat dengar lagu tu.. kalau yang sedih tu sampai rasa nak guling-guling sebab sedih yang teramat sangat.. macam lagu mamat exist tu.. lagi-lagi kalau bebudak yang nakal.. lagi berair lah mata kan?? lagu-lagu dulu memang feeling abis.. melodi.. lirik semuanya memang best.. semua menusuk jiwa.. kalau dengar lagu raya mesti membuak-buak perasaan nak raya tu kan??

sekarang :
banyak lagu raya yang dah kurang 'feel' rayanya.. kalau ade pun, banyak yang menyucuk telinga.. kurang dah yang menyucuk jiwa.. sekarang ada pulak yang buat lagu gangnam versi raya plak.. erm.. ke laut betul.. tapi ada tempat-tempat yang sangat 'exited' pasang lagu raya.. korang nak tau kat mana? shopping2 complex la.. baru 2 3 hari start puasa pun diorang dah pasang lagu raya.. nak bagi korang mood raya supaya korang seronok nak shopping.. hahahaha...

p/s : aku kalau rindu mak aku atau homesick sangat2.. aku akan pasang lagu raya.. aku pasang lagu yang happy2 je.. kenapa? aku pun tak tau.. tenang je rasa jiwa.. 


Duit Raya


dulu :
Yang ni tak payah cakap la, budak-budak dulu kalau pegi beraya mesti kena makan kuih dan minum air dulu, kalau tak jangan harap la tuan rumah nak bagi duit raya ye.. kalau dapat duit raya 30sen atau 50 sen memang dah bersyukur sangat dah.. seringgit dua? bonus tu.. lagi-lagi zaman rm2 dikeluarkan.. mewah jugak lah sebab orang-orang tua nak tayang diorang ada stok rm2 tu.. hahaha... sampul duit dulu mak cik2 ngan pak cik2 tak kisah sangat.. kalau ada sampul duit yang hebat tu, kira hebatlah.. ade jugak mak cik bagi balut ngan tisu, ngan envelope kecik warna pink.. kalau tak pun..  mak cik bagi duit raya macam salam keruk umah pengantin..

sekarang :
sampul raya dah tempah khas.. nak letak muka korang pun boleh.. tahun nie en suami aku semangat jdt terlebih.. maka semua sampul adalah sampul jdt.. ikut kan je lah.. tapi budak-budak dah tak ramai yang suka keluar rumah beraya dah.. segan katanya.. yang diorang suka duk depan tv je.. mak cik- mak cik sekarang terutamanya yang duk kuarters pastu kerja shift plak macam aku.. kadang-kadang time balik kerja diorang nak datang beraya.. masa tu mak cik nie dah tukar baju selekeh.. maka sesi bagi duit raya je lah kat pintu.. tak payah makan kuih raya dah.. tapi korang rasa lah.. kalau bagi budak-budak sekarang duit raya 50sen, pe diorang akan cakap ye..

p/s : pernah terjadi insiden yang haru raya 2 3 tahun lepas.. aku bagi bebudak masuk raya.. aku bancuh air kat dapur, diorang kebas hp aku atas meja.. terus diorang lari.. fobia wei aku nak bagi diorang masuk kalau en suami aku tak ada.. 


Kuih Raya


dulu :
masuk je bulan puasa, mak-mak dah sibuk belek majalah nak cari resipi kuih raya.. 2 3 minggu nak raya.. sibuk bertukus lumus buat biskut.. malam-malam lepas berbuka, juadah sampingan yang wajib ialah biskut raya reject.. tak pun masa mak-mak bakar biskut, anak-anak berkumpul dekat oven nak tunggu mak bagi biskut reject.. tapi bab yang best sekali.. lepas dah siap.. mak-mak mesti sorok balang kuih, simpan untuk raya katanya.. hahahaha... kuih-kuih dulu yang best antaranya kuih makmur, kuih semprit, dodol, batang buruk, kuih bangkit ngan kuih bahulu.. kalau beraya pun, kuih-kuih nie lah yang paling glamour..

sekarang :
dah nak masuk bulan puasa.. mak-mak semua sibuk duk belek katalog biskut.. kalau ade sample, sibuk merasa sample biskut.. tak kira lah apa jenis nama biskut pun.. semua masuk dalam kategori kuih tunjuk.. alasannya, beli ngan buat sama lebih kurang je kos.. lagi pun mana ada masa nak buat kan.. (macam alasan aku je nie).. hahaha... tapi betullah kan.. sekarang dah ramai yang buat bisnes jual kuih kalau nak raya.. murah-murah plak tu kan.. jimat masa.. betul tak??

p/s : sebab tu lah mood raya dah kurang kot kan?? tahun depan aku nak buat kuih lah.. (^_^)


Buah Tangan


dulu :
kalau nak beraya rumah sedara mara mesti ada bawak buah tangan.. biskut raya ke.. kek ke.. tak pun lauk pauk raya ngan ketupat.. kalau yang lagi best.. siap bawak mangkuk tingkat.. seronok bila yang sikit dapat makan sama-sama.. nikmat woo..

sekarang :
jangan risau dah kalau bab nak bawak buah tangan.. macam-macam hamper dah ada.. kat supermarket.. tempah sendiri.. semua ada.. bergantung pada budget je.. yang paling best bila bos-bos bagi pekerja hamper raya.. bos aku?? dalam mimpi je lah.. kene request dalam budget kerajaan akan datang nie.. kalau tak ada bonus sebulan.. kena bagi bantuan kewangan rm500 + hamper.. boleh?? hahaha.. gurau je.. aku bersyukur dengan apa yang ada.. alhamdulillah...

p/s : kalau lah ada orang hantar hamper besar kat umah aku kan best?? de sape-sape yang sudi.. nanti aku bagi alamat ye.. hahahaha...


Baju Raya

dulu :
baju satu family mesti sama warna sama design.. kebanyakkannya beli satu kayu.. daripada mak sampai anak kecik, sume nak baju sama.. bapak ngan anak lelaki pun mesti sama lah.. lepas shopping kain, pulunlah pergi kedai ke rumah tukang jahit.. duk belek majalah nak design macam mana.. baju kebaya labuh, kebaya nyonya.. kurung pesak johor, pesak gantung.. kurung moden lah.. siap baju nak bubuh kun bahasa kampung aku.. alah lace halus tu.. kalau de 3 4 pasang baju raya tahun tu, dah kira hebat dah.. bangga habis.. termasuklah baju untuk jalan-jalan.. kan??

sekarang :
baju dah macam-macam.. pe plum lah.. jubah moden lah.. abaya lah.. blous lah.. kurang dah orang pakai baju kurung di hari raya.. betul tak?? masing-masing nak melaram sakan.. yang paling best bila baju raya macam nak pergi acara red carpet.. opsss.. jangan terasa pulak ye.. almaklumlah.. selera masing-masing kan.. ada duit boleh la melaram sakan.. kalau tak ada tu redha dan bersyukur lah dengan apa yang ada.. dah tak ramai yang suka beli kain sekayu.. ramai yang beli baju ready made je.. macam aku jugak.. warna tak sama sebijik pun takpe.. janji dalam kategori warna yang sama... hujung-hujung warna pun jadilah ye.. warna ikut tema memang tengah 'in' sangat lah sekarang nie.. kan??


tapi walau macam mana pun berbeza sambutan raya dulu dengan sekarang.. tetap ada jugak adat & tradisi yang tak berubah ditelan zaman.. lauk pauk pagi raya, ketupat dengan lemang tetap ada.. sembahyang raya yang wajib tu tetap ditunaikan.. yang penting.. anak-anak perantau tetap pulang beraya walaupun sibuk.. melawat ibu bapa yang masih ada.. atau menziarahi pusara yang tersayang.. adat ziarah menziarahi, maaf bermaafan tetap diamalkan hingga kini.. alhamdulillah...

zaman berubah.. manusia berubah sambutan juga akan berubah... tapi alangkah indahnya kalau kemeriahan raya itu terus dikekalkan sampai bila-bila.. jangan kerana kita gagal meneruskan adat dan budaya kita.. tak mustahil kalau nanti anak cucu kita tak berminat nak sambut raya.. biarpun sederhana.. kemeriahan raya bersama keluarga itu yang penting..

dalam seronok beraya.. jangan lupa pada yang memerlukan..

'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI'


p/s : kredit gambar untuk pak cik google..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...