Hari nie aku tetiba rajin plak nak klik sana sini singgah blog duk blog walking... walaupun hakikatnya aku tetap duk setempat depan lappy.. hahaha...
Aku terbaca entri yang sempoi kat blog nie.. isu simple, tapi yang menarik sebab ada pic yang memang akan buat pembaca senyum2.. cool giler kan?
so.. aku paste kat sini supaya korang boleh baca jugak..
1. Yang cun itu heroin, yang kacak itu hero

o.b.v.i.o.u.s krohhhh kroohh
Kamon lah, asal heroin je mesti cun, kacak ke? Awat orang yang tadak rupa
taleh bawak watak tu? Ini racis! racis! Eh teremosi pulak, muehehe. Kalau nengok
citer mat saleh, ada je yang tak lawa, tak emsem jadik peneraju utama drama
dorang, pun laku jugak. Mentaliti masyarakat malaysia masih di takuk lama
*pergh, persis ucapan YB kampung pening lalat.
2. Keja ala kadar tapi tinggal kat rumah mewah

*gua bukan nak hina kerja kilang, kalau tokey kilang umah cemni gua tak heran
sangat
Hahah ada satu drama tu gua nengok, keja kilang je tapi duk kat umah homak
aih, macam orang bergaji 10K sebulan. Please lah be realistik, dalam dunia nyata
ada ke cemtu? Bukan kerja kilang je, keja cleaner, jual kuih pun boleh duk umah
teres 2 tingkat. Orang lain sedih nengok drama, gua terbahak2 gelak sebab
pengarah ngan produser drama ni memang pandai buat lawak.
3. Asal anak orang kaya je mesti jahat

maap penggunaan imej mustapha kamal, dah dia je salu wa tengok jadi dato
Yang ni trend drama melayu sejak dahulu kala lagi, sejak zaman antara dua
darjat kot. Mungkin mereka ni 'spoil brat' sebab tu jadik jahat. Lepas tu anak2
orang kaya ni mesti nama lebih kurang sama je, Zack, Jeff contohnya. Lepas tu
mesti panggil "papa mama" "mummy daddy" kat makbapak, takpenah gua nengok yang
panggil "abi ummi". Bukti satu lagi stereotaip: orang kaya takdak yang Islamik.
4. Babak di kampung yang tak berubah-ubah

timah lejen
Kahkah! kadang2 gua terpesona akan kretibiti pengarah drama. Dorang tak sedar
ke ni zaman millenium, zaman pak jabir lepak kat kedai kopi ditemani iPad, dah
tadak dah anak dara nak bertocang rambut belah tengah pakai baju kurung lusuh.
Cuba pi masuk kampung2 sekarang, yang pakai legging tu ramai lah. Pastu kalau
orang kampung yang bertudung, mesti pakai comot2, selekeh, seledang ikat bawah
dagu, hapa? ingat orang kampung tak reti bergaya macam najwa latip ke? gua orang
kampung, ada masalah? Pastu asal orang kampung je mesti nama2 macam: leha,
jenab, dollah, mael tak penah gua jumpa yang pakai nama2 macam: farhana,
syafiqah, jeffri, daniel.
5. Mekap tanpa batas waktu dan suasana

bangun pagi muka cam jembalang, pastu cerai, ehhh
Yang ni khas untuk dramatis pompuan. Kalau pi clubbing, pi shoping gua tak
heran lah nak mekap nam inci pun. Tapi time solat, time tidoq pun lipstick merah
menyala? itu geli. Gua teka depa ni tak boleh ngadap kemera tanpa mekap, banyak
sangat cela di muka kot. Ada satu drama dramatis ni jadik orang susah sangat2
sampai baju pun kira macam kain buruklah, makan pun kadang2 tapi bulu mata pelsu
mampu pulak beli, heran. Pesen tak menjiwai watak dan peranan.
6. Pi restoran order makan tapi...

koh koh koh
Tapi tak makan la tapi apa lagi, koh koh koh. Dulu gua berharap benar jadik
kru drama, leh makan sedap2 sebab pelakon eksyen je dgn makanan tapi tak makan
pun so bolehlah kru yang melahap kan, hoho. Eh mana boleh dramatis nak makan,
nanti comot lipstick cemana? Pestu order fresh oren sedut sikittttt, gua kira
dia buat cemtu saja2 sebab pelakon tu tanak bagi kru amik air dia sebab lepas
abes shoot dia nak pelahap semua.
Toddiaa kemain lg kritikan gua. Apa2 hal pun bukan semua drama melayu gua
rejek, ada je yang boleh diterimapakai oleh akal cerewet gua ni. Mostly drama2
yang tak terlalu stereotaip dan yang penting dapat diterima logik akal.
Gua tengah tertunggu produser buat drama/filem yang pasal misteri dan
penyiasatan. Setakat misteri siasat rumah buruk cari hantu jembalang tak payah
lah. Dulu ada RTM siarkan satu kisah penyiasatan ala2 CSI, tapi sayang, kisah
dia lebih kurang Gerak Khas je so gua rasa baik gua layan ditektip conan, at
least mencabar sikit =.=
Gua mintak maap salah silap, ni bukan entri nak mengondem tapi satu kritikan
yang membina, mana tahu pasni drama melayu lebih berdaya saing dari drama kpop,
ehh *pun gua tak layan :p
thanks to tuan tanah http://zyraroxx.blogspot.com/
p/s : aku layan jugak drama2 melayu nie.. tapi sekarang sebab jadual kerja yang tak menentu.. kurang dah aktiviti tu.. aktiviti terbaru.. balik keje release tension depan lappy.. main game.. hahaha...
No comments:
Post a Comment