Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Istana Kellie dan Rahsianya..

SejarahBangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

[sunting] Perancangan dan pembinaan awalOleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.

sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

************************************

 Balik dari kursus kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, hubby ajak aku singgah kat istana Kellie.. maklumlah semalam baru tengok citer tu kat Nasional Geografi Channel.. sebelum nie mmg aku nak sangat pergi, tapi sebab Zaquan kecik lagi, orang2 tua sume tak berapa galakkan aku bawak dia pergi kat tempat2 keras mcm tu.. bangunan lama yang dah ditinggalkan, macam2 lah makhluk yg ada kat sana..

Aku memang sukakan seni bina rumah zaman pemerintahan British dulu.. bukan suka kena jajah ye, cuma suka reka bentuk dan seni bina nya. sangat mengkagumkan.. dulu aku pernah berangan nak bina sebuah rumah yang bercirikan seni bina klasik british.. tapi biasalah aku, selagi rumah tu xsiap.. mcm2 idea yang slalu bertukar2.. sabar je lah.. hahaha...

Aku kagum sangat dengan sejarah & reka bentuk bangunan bersejarah nie.. mungkin kerana tujuan asal rumah ini dibina menjadikan ia sebuah lagenda yang masyhur.. betul tak..

Semoga sejarah istana nie xkan lapuk ditelan masa & zaman.. sama2 lah kita pelihara sejarah yang ada di negara kita.. kerana ia adalah harta warisan negara..

Sudi2kanlah cuci mata dengan gambar yang kitorg snap sepanjang lawatan kitorg kat istana tu..

 Scroll to begin..
 -
-
-
-
-

renungan ke zaman silam..

hubby jugak..

Zaquan..
Berehat sebentar di atas loteng..














 Amazing...

Love to come again...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...