Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aku belum nak marah.. tapi klu sampai aku marah...

Seram tak baca tajuk tu... erm, hari nie nak meluah perasaan sket. Bukan apa, kadang2 aku rasa bengang jugak ngan sorang hamba Allah nie. Sikap dia yang bossy, serba tau buat aku sangat meluat. Hellooo.. sedarlah sikit yang kita nie cuma manusia kerdil yang menumpang di muka bumi Allah. Jangan nak berlagak sangat dengan ilmu yang seberapa banyak nie. Kita sebagai manusia memang tidak akan sempurna, kerana yang sempurna tu hanya Allah.. So, apa hak kita nak mendabik dada kononnya kita serba tau.. kita je yang betul.. pernah kah kite terfikir yang perbuatan kita itu akan melukakan hati sahabat2 lain..

Aku bukan nak meletakkan kesalahan pada dia, tapi semakin aku cuba untuk bersabar.. semakin aku rasa perangai die keterlaluan. Tolonglah sedar kat mana kedudukan anda. Janganlah nak rasa diri perfect sangat sampaikan berani buat keputusan tanpa merujuk kepada orang lain. Kalau bende kecik2 xpelah, tapi kalau sampai menyebabkan orang lain susah.. boleh menyebabkan ada orang yg rasa teraniaya.. xkan xde hati perut kot...

Aku hormatkan dia kerana faktor umur.. kalau dia sebaya atau muda dari aku, memang aku dah basuh siap bubuh varnish lagi.. hehehe.. aku memang xkan banyak cakap bab kerja as long as bende tu betul dan mengikut prosedur.. yang penting buat keje sendiri sampai settle bleh x? baru lah sibuk2 nak kepo hal keje orang lain.. bukan aku dengki, tapi profesionallah sket.. masing2 dah tua.. Kalau dah rasa kita ada timbulkan masalah, pelase la be matured & be responsible.. baru lah orang respek ko.. jangan nak main lepas tangan & tuding jari pada orang lain.. kitorg bukannye selembap tu okey...

erm.. kalau hamba Allah tu baca blog aku, aku cuma nak pesan sesuatu je.. tolonglah belajar dari kesilapan.. bukan terus buat kesilapan gara2 xnak mengaku yang kita memang pernah buat silap.. aku pun mcm tu jugak..

Please be matured ok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...