Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hafiz Indonesia 2014 - Musa 5,5 Tahun Dari Bangka Hafal 29 Juzuk

hai korang....
saje nak share info nie walaupun dah berzaman berita pasal adik Musa nie keluar...
almaklumlah... dah berzaman story nie duk tersadai sebagai draft je...
maafkan saya ke kawan2...

tapi story nie sangat-sangat menyentuh hati aku..

subhanallah...

sesungguhnya kuasa Allah itu sangat hebat...



Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia
begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu
menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya
datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa
mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak
itu.
Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan
Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi
soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.

Program itu disiarkan di
stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod
melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak
itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun
umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.

“Saya tidak
punyai bahasa.. Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa
anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi
mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,”
katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun
ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang
kertas.
Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana
dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.
Seorang lagi juri

program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang
diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman
bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...