hai korangg!!!!
sihat???
semenjak dua menjak nie rajin plak aku copy-paste entri daripa blog orang lain.. kenapa??? mood malas sudah melanda.. sorry ye.. tapi aku memanjangkan entri yang best2 daripada blog2 yang aku follow.. kira ok lah tu kan..
nampak tak alasan best aku tu.. hahahaha... padahal de je entri yang aku still peram dalam draf tinggal nak olah ayat ngan publish je.. sebab pe?? banyak gambar yang menunggu aku tulis penceritaan nya... harap korang bersabar lah ye...
Jom baca entri menarik yang aku nak share kan daripada blog http://zyraroxx.blogspot.com
*********************************
*********************************
Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif
Cukuplah nama-nama
di atas menjadi mukadimah entri kali ni, itu pun dah kira satu perenggan
apa. Memang agak semput jugak kalau nak melafazkan nama-nama diatas
dengan sekali napas. Itu belum lagi dia punya pronunciation, sebutan dan makhrajnya lagi, phew!
Gua tak salahkan
bapak, apatah lagi ibu yang mengandung, tapi gua salahkan surat beranak
JPN yang baru. Sapa suruh sedia ruang panjang-panjang? (Sila refer gambarajah 1.1)
Tengok pulak surat beranak dolu-dolu (sila refer
gambarajah 1.2 pulak), seciput je ruang untuk nama anak. Tapi tak
tahulah pulak kalau-kalau zaman tersebut jika nak letak nama anak
panjang-panjang kena guna lampiran berasingan, kuikui.
Gua sarankan kepada
bakal ibubapak sekalian supaya pertimbangkan dulu situasi-situasi
berikut sebelum letak nama anak panjang-panjang serupa beras Faeza
Herbaponni TajMahal:-
1. Anak lambat belajar tulis nama sendiri;
2. Sesi suai kenal menjadi panjang dan hambar;
3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;
4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)
3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;
4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)
4. Anak
menjadi keliru sebab di sekolah cikgu panggil Zahra, kawan baik panggil
Mia, kawan biasa panggil Farzana, jiran sebelah panggil Nasuha etc.;
5. Menjelang
peperiksaan, kawan-kawan dah menjawab soalan nombor sebelas, tapi anak
anda masih terkial-kial menulis nama sendiri (belum masuk bin/binti lagi
tu);
6. Jika
anak anda perempuan, mungkin menyukarkan proses akad nikah sebab sukar
untuk melafazkan nama anak anda dengan sekali lafaz (belum campur darah
gemuruh lagi). Kalau cinta tak kuat, mungkin pengantin lelaki lari
akibat tension; dan
7. Satu
perlakuan yang sia-sia bila orang panggil anak anda dengan nama
singkatan (yang tak membawa makna dalam Islam). Lebih malang lagi bila
anak anda diberi nickname seperti Chiko (apa guna letak nama sampai lapan perkataan?!)
Ada jugak kebaikkan nama panjang ni sebenarnya, iaitu dapat masuk dalam Malaysian Book of Records wahahaha, glemer tu. Orang kita kan suka glemer-glemer.
P.S: Entri ni
terbit hasil dari ketidakpuasan hati penulis terhadap abang beliau yang
meletakkan nama anak barunya Nur Safiyya (sahaja). Penulis ingin
menambahkan Nur Zara Safiyya supaya penulis boleh memanggilnya Zara
tetapi direjek oleh abang beliau. Namun begitu, penulis berazam untuk
memanggil anak buah barunya itu sebagai Safiyya dan bukannya Piya, Piah,
Safi Rania atau sebagainya.
P.S 2: Amboi panjangnya P.S
No comments:
Post a Comment