Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid



Kisah bermula 8 tahun lalu dimana cinta Arif dan Karmila mekar mewangi. Arif, ahli biologi yang berkongsi minat dengan isterinya Karmila iaitu meminati bunga, membina sebuah villa indah yang dinamakan Villa Sunyi, villa bercat unggu berbumbung biru tua, di sebuah kawsan terpencil di Cameron Highland buat isteri tercinta. walaupun mendapat nasihat daripada penduduk setempat mengenai kewujudan puaka di tapak vila berkenaan.

Arif meneruskan minat mendalam terhadap bungaan dan berjaya menghasilkan satu jenis kacukan bunga ros baru dengan satu spesis bunga liar yang ditemui di dalam hutan. bunga ungu yang indah itu dinamakan Ungu Karmila.

Bermula daripada saat itu kehidupan mereka mula berubah.... sehingga pada suatu hari... Arif dan Karmila ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di villa sunyi. sejak itu penduduk orang asli di situ menganggap villa itu umpama satu puaka yang sedang tidur dan tidak boleh diganggu....

Namun 6 tahun kemudian, Jikun, seorang pemuda orang asli yang penuh sifat ingin tahu menceroboh vila misteri itu. dan pengakhiran yang dasyat berlaku apabila dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan. Ia mendorong ema, adik perempuannya yang juga seorang doktor dalam bidang bioteknologi untuk merungkai misteri kematian abangnya.

Di satu sudut lain, seorang lelaki bernama Dino dibebaskan dari hukuman penjara dan berazam untuk mengubah cara penghidupannya. Namun masa silamnya memaksa dia untuk berlari semula daripada bayang-bayang kejahatannya.

Arafat, abang kepada Arif, seorang ahli perniagaan hartanah tersohor begitu bertekat untuk membersihkan nama adiknya yang dianggap membunuh isterinya dan kemudiannya membunuh diri di vila ungu misteri itu. hasil usahanya dia telah mengupah Dino, bekas banduan yang tidak gentar kepada cabaran serta  sekumpulan pengkaji paranomal yang dianggotai oleh Bado, Winda dan Rosli yang gah mencipta nama merungkai misteri2 paranomal.

Ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Di penghujung cerita barulah misteri tersebut terbongkar.. 

Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya digabungkan dengan menarik oleh Ramlee. Penulis cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.

Nak tau kesudahan penuh novel nie??? kenalah baca sendiri.. kalau sume aku tulis, nanti tak suprise lah bila korang baca.. aku akui, penulis berjaya mebuat pembaca tertanya2 apa sebenarnya yang menjadi punca kejadian misteri tersebut.. apa kaitan bunga Ungu Karmila dengan misteri tersebut..

Syabas untuk Ramlee Awang Murshid.. Double thumbs up..



tu diaaa... pak cik pun suka jugak.. hehehehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...