hai korang....
tetiba aku baca entri nie macam best je kalau aku share kat korang kan..
mengimbau kenangan lalu..
untuk tatapan anak cucu mengenal buah-buahan yang bakal tinggal gambar dan nama je.. sedih kan...
jom lah baca entri yang aku copy-paste nie..
enjoyyyyy....
*******************
Kali ini kami di Siakapkeli ingin berkongsi buah-buahan yang sudah sukar untuk didapati sekarang yang dahulunya banyak di sekeliling rumah. Mungkin ada generasi sekarang tidak pernah melihat buah-buah tersebut.
tetiba aku baca entri nie macam best je kalau aku share kat korang kan..
mengimbau kenangan lalu..
untuk tatapan anak cucu mengenal buah-buahan yang bakal tinggal gambar dan nama je.. sedih kan...
jom lah baca entri yang aku copy-paste nie..
enjoyyyyy....
*******************
Kali ini kami di Siakapkeli ingin berkongsi buah-buahan yang sudah sukar untuk didapati sekarang yang dahulunya banyak di sekeliling rumah. Mungkin ada generasi sekarang tidak pernah melihat buah-buah tersebut.
Pengalaman admin sendiri pokok buah ini seolah-olah sudah pupus dari
kampung sendiri di mana hampir semua senarai buah tersebut pernah ada di
kampung halaman admin dulu. Mungkin di tempat pembaca masih ada
buah-buahan tersebut tetapi admin berani cakap tidak semua buah tersebut
ada di kawasan pembaca.
Sebenarnya buah-buahan tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan
yang tinggi dan diamalkan orang-orang terdahulu. Mungkin sekarang kita
lebih di dedahkan dengan buah-buah import yang kononnya lebih sedap dan
berkhasiat menyebabkan pokok-pokok buah tersebut hilang dan tiada yang
tanam. Kalau ada-ada buah lain yang anda rasa sukar untuk di jumpai
boleh kongsi-kongsi di ruangan komen di bawah.
Buah Keranda @ ghanda (Gardenia carinata)
Buah ini ada banyak di Subang Bistari sebagai pokok hiasan tepi jalan
tapi orang disitu ramai tidak tahu buah tersebut boleh dimakan. Pokok
ini memang sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini
mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.
Buah Rambai (Baccaurea motleyana)
Rasa buah ini ada masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat.
Pokok rambai yang mempunyai kulit boleh di ambil kemudian ditumbuk lumat
dan cecairnya akan diperolehi dengan memerahnya. Katanya cecair
tersebut sangat baik untuk dijadikan ubat mata atau mata yang merah.
Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa sangat
mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau,
kurap, ulat air dan sebagainya.
Seperkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan
sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh
ibu-ibu yang bersalin. Kesanya dapat menyihatkan ibu tersebut. Rambai
memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari
mengandungi serabut, gula, protin dan air.
Buah Namnam @ Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)
Buah namnam ni rasanya masam manis tidak seperti buah mangga juga dan
tidak pula macam buah nona tetapi sangat sesuai sangat untuk orang
mengidam. Khasiat buah ini adalah untuk merawat kencing manis, darah
tinggi dan batu karang.
Buah yang agak di kenali dan boleh di dapatai dengan mudah di
sempadan Malaysia-Thailand kerana masih ada di jual di sana dalam bentuk
buah segar atau asam gula. Khasiatnya bagus untuk mengurangkan
kolestrol di dalam darah dengan mengamalkannya 3 bijik sehari.
Buah cermai adalah sejenis buah yang berbuah di batang yang selalu di kutip dan dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang sedap. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.
Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan
tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian
dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit
Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar
pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat
mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat
menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga
dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid
tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun
yang berkesan
Buah Kote Mamak (Samanea Saman)
Mungkin namanya agak lucah tapi buah ini sebenarnya isinya boleh dimakan dan sangat sedap apa lagi jika dimakan bersama kelapa parut. Terdapat kandungan cecair pekat seperti madu yang rasanya manis maung menyaluti bijinya yang bagi sesetengah orang mengambilnya untuk dicampur dengan susu untuk minuman.
Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Buah ini
kahsiat utamanya boleh mengubat kencing manis dan darah tinggi dengan
merebus bijinya dan di minum. Ada yang percaya minyak buah ini boleh di
jadikan minyak urut untuk menguatkan batin lelaki.
Selain itu buah ini dikatakan boleh membantu melegakan penyakit
anemia serta menambah zat besi dalam darah. Cecair antiseptik boleh
diperolehi daripada akar dan daunnya manakala bunganya banyak digunakan
dalam perubatan tradisional
Buah yang manis dan sedap, isinya seolah-olah seperti isi durian
belanda. Buah ini boleh di dapati sepanjang tahun tidak mngikut musim.
Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini
setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat
seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang
dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona
mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah
(erytrocyte) dimana ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta
membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya pokok buah nona juga berguna
dimana ianya boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah,
merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit dan
masaalah radang usus (najis berdarah).
Buah Bachang @ Machang (Mangifera foetida Lour)
Bacang adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam
sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus
mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut
musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar
setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan
akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan
utama dalam sambal dan kerabu.
Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh
menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau
dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada
kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga
mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.
Buah kerkuk@ kerukup(Flacourtia jangomas )
Buah ini seakan-akan sama dengan buah rokam. Tapi bukan bukan rokam.
Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kekuk ni. Masa kecik-kecik dulu, selalu panjat pokok kekuk walaupun pokoknya berduri
Sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Kalau tidak,
rasa nya kelat. Kalau dah lembik baru lah manis.Khasiat buah ini air
rebusannya boleh mengubati masalah hempedu dan hati. Juga menjadi ubat
untuk sakit kepala, mual dan makanan tak hadam
Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa)
Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan
mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini
memang sedap dimakan. Buah yang masih mentah lazimnya rasanya Kelat dan
pengalaman penulis mendapati pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah
manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. Pokok kemunting juga
mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan
komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi
Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu
dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan
merawat cirit birit dan juga disenteri. Di percayai juga buah kemunting
yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula
boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan
pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka. Air rebusan daun yang
diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga
membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.
Buah Jambu Bol (Eugenia malaccensis)
Buahnya kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah
campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta ‘spongy’.
Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya
agak besar yang berbentuk bulat terdapat ditengah-tengah buah berwarna
coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai. Pokok yang ditanam dari
biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam
dari benih tampang berbuah lebih cepat iaitu selepas 3 tahun ditanam
Jambu Bol mengandungi vitamin A serta tanin yang bertindak
mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir. Buah jambu bol
dimakan segar mentah atau di cecah dengan garam atu asam boi untuk
menambahkan kelazatannya.
Ada yang buat rojak petis dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem
buah jambu bol. Khasiat buah jambu bol yang direbus dan diminum airnya
baik untuk rawatan demam panas. Akar poko jambu bol yang dicampur
dengan bahan lain dipupuk pada kulit untuk kulit yang gatal-gatal. Daun
yang di hancurkan dan dijadikan bahan mandian baik untuk demam panas.
Air rebusan daun dan akar diminum mempu melawaskan buang air kecil.
Kalau suka ambil daun jambu bol dan keringkan, dihancurkan menjadi
serbau dan baik untuk ditabur atau disapu pada lidah yang retak.
Kegunaan kulit jambu bol yang paling unik adalah dengan merebus
kulitnya digunakan sebagai pencuci mulit bagi rawatan penyakit seriawan.
kacang tanduk
Sejenis pokok yang tumbuh di dalam air seperti pokok telipuk dengan
terpung dan akar berjurai kebawah. Buah kacang tanduk ini berbentuk
seperti kepala kerbau dan tumbuh di dalam air. Hampir sama konsep buah
kacang tersebut keluar cuma di dalam tempat yang berbeza. Kacang tanah
mengeluarkan buah kacang dalam tanah di akar-akarnya tetapi buah kacang
tanduk mengeluarkan buah di dalam air di akar-akarnya. Rasa buah kacang
ini amat sedap dan berlemak. Boleh di makan segar atau di rebus.
Khasiat tidak di ketahui
Buah Jentik (Baccaurea polyneura)
Buah yang unik untuk di makan kerana apabila hendak makan ada perlu menjetik buah tersebut dan kulitnya akan terkeluar.
Buah Remia@ghemia(Bouea macrophylla)
Buah ini adalah satu spesis dengan buah kundang cuma bezanya adalah
dar segi bentuk di mana buah remia adalah bulat manakala buah kundang
berbentuk bujur.
Khasiatnya daun remia untuk mengurangkan sakit kepala. Daunnya
ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Cecair yang diperah daripada
daun remia yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci
mulut dan kerongkong
Buah Keriang Dot
Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam
setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi
warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna
hitam pada lidah apabila dimakan.
Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula
dalam darah bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang
dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk
diminum.
Buah Terajang @ Rambutan Pacat
Buah ini hampir sama dengan buah keriang tetpi rasanya manis kelat sangat dan susah untuk di dapati sekarang
Khasiat tidak di kenal pasti
Buah Tampoi (Baccaurea microcarpa)
Isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang sedikit masam.
Bagi masyarakat Orang Asli pula ia boleh dijadikan minuman keras.
Khasiat tidak di kenal pasti
Buah Mata Itik
Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap di buat ulam. Bila
pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah. Saya pernah cuba
makan dan rasanya manis-manis kelat
khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada
dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.
Buah Melaka (Phyllanthus emblica)
Buah melaka berukuran 2 – 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai.
Bentuknya seperti buah ‘cherry’ iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk
kedalam) di hujung dan pangkalnya
Ia mengandungi pelbagai anti-oksidan yang sangat bertenaga (powerful
antioxidants), pelbagai mineral, polyphenol, tannin, bioflavonoid, asid
amino dan phytonutrient. Kombinasi bahan-bahan ini penuh bertenaga untuk
memusnahkan ‘radikal bebas’ yang merosakkan daya tahan badan. ia juga
dapat mengurangkan ‘cellular oxidative stress’ yang menjadi punca dan
penggalak kepada pelbagai masalah kesihatan lanjutan. Bioflavonoid mampu
mengurangkan keradangan (inflammation) dan merangsang peremajaan sel
(cell rejuvenation).
Buah ini juga merupakan sumber vitamin C yang paling kaya mengatasi
semua sumber semulajadi yang lain serta mempunyai nilai yang jauh lebih
tinggi daripada semua jenis vitamin C sintetik. Gabungan khasiat ini
merupakan spektrum unik bagi kualiti anti-oksidan buah ini dengan
tambahan ciri-ciri istimewa awet muda (rejuvenasi) dan anti penuaan.-
No comments:
Post a Comment