Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan
negara Syam.
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh
lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad
dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika
negara itu ditawan Israel.
Kekejaman itu membuka mata banyak pihak
sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk
negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang
Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.
Walaupun AS masih
berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat
dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang
berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan
petanda akhir zaman.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH
dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz
Nazmi Karim.
Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda
akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian
itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad
SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar
yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai
adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang
mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah
bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika
itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini,
kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai
juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain,
Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di
kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).
Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang
berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka
berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan
orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami
perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu
memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para
pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah
bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika
waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari
Sayidina Abu Hurairah RA).
Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar
Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran
laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik
Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi
kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak
menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan
akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan
Syam.
Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah
Syria?
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik
dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan
Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan
hadis Rasulullah SAW.
Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara
Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara
masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang
Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi
Isa AS.
Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman
Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan
kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang
pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih
itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku
sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad
SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka
berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu,
tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar
antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
Imam Mahdi adalah
keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin
Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah
antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan
mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal
sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa
AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
Pada masa itu,
Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan
orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama
Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok
Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami
air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut
skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut
akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang
tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya
sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.
Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid
isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis
perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu
kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu,
semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam”
ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Polis datang ke
sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap,
dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku
mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka
dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain.
Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau
mengandung lagi sekali”.
Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang
Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar
berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi
aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan
kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
Entah bagaimana, mereka
yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai
yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di
negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir
untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu
dibebaskan. Itu saja.
Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan,
maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria
ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang
hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan
keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar
al-Assad.
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan
sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal.
Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang
Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?
Nabi bersabda,
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai
al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang
yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan
sembahyang.
Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di
Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi
jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat
di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur
tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000
tentera dengan penembak hendap.
Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care
hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria
di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka
Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah
ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam
yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam
yang dibunuh di Syria”.
Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran
dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak
kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang
terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik
kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan,
Iran.
p/s : subhanallah... sudah bersediakah kita...
p/s : subhanallah... sudah bersediakah kita...
sumber : akakdisebalikpintu
No comments:
Post a Comment