Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami
11 April 2012 – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Banda Aceh, Indonesia dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi. Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.
Gegaran kira-kira pukul 4.50 petang turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Medan, Indonesia akan membuka bilik gerakan kecemasan dan telah mengeluarkan arahan prosedur standard operasi (SOP) Bencana kepada setiap pelajar di sana, kata Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun.
Arahan SOP dipraktikkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam menghadapi gempa bumi dan ancaman tsunami. Air di kawasan berdekatan sudah mula memenuhi longkang sekitar jam 5.15 petang (waktu Medan). Namun, keadaan masih terkawal tetapi pihak Kedutaan Malaysia mengarahkan pelajar ke kawasan tinggi. Terdapat seramai 206 pelajar Malaysia di Acheh, 139 pelajar di Medan dan 1,535 pelajar di Medan.
Sementera itu, arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini. Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang. Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (5.53 petang waktu Malaysia).
No comments:
Post a Comment