Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu seperti yang kita
ketahui hari isnin merupakan awal dari semua aktiviti setelah cuti
hujung minggu. Berikut ini ada beberapa fakta menarik mengenai hari
isnin.
1. Kebanyakan kita tidak tersenyum pada pagi hari sampai jam 11:16 am
Satu kajian, oleh Marmite di England menunjukan bahwa ramai orang pada
hari isnin akan tersenyum setidaknya setelah jam 11.16 pagi. Kajian ini
dilakukan di wilayah tenggara England yang merupakan tempat paling
bahagia di wilayah itu dan rata rata orang di sana senyum pertama kali
di jam 11.16 am.
2. Lima cara untuk menghilangkan bosan pada hari isnin
Hari isnin biasa dianggap sebagai hari yang membosankan. Untuk
menghilangkan rasa bosan biasanya ramai orang melakukan kegiatan
seperti: 1. Menonton TV, 2. Seks, 3. Belanja on-line, 4. Membeli coklat
atau make-up dan 5. Merancang percutian.
3. Lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja
Hari yang menjadi awal minggu ini menjadi hari yang paling malas untuk
bekerja dan lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari isnin.
4. Hari isnin menjadi hari yang paling jarang turun hujan
Alam memang tidak boleh diramal bila akan hujan. Namun dalam 7 hari
semingu, hari isnin merupakan hari yang paling jarang turun hujan.
5. Ramai orang bunuh diri di hari isnin
Pejabar Statistik Nasional di England menemui 16% kes bunuh diri
dilakukan oleh lelaki dan 17% kes bunuh diri dilakukan oleh perempuan
terjadi pada hari isnin. Jika dibandingakan dengan hari lainnya kes
bunuh diri pada hari isnin cukup besar kerana rata rata orang melakukan
bunuh diri di luar hari isnin hanya 13%. Hal ini disebabkan hari isnin
merupakan hari dimana memulakan aktiviti dan mungkin menjadi hari yang
cukup membosankan.
6. Ramai orang mengalami serangan jantung di hari isnin
British Medical Journal melaporkan peningkatan 20% dalam serangan
jantung pada hari isnin dibandingkan dengan hari-hari lain dalam
seminggu. Serangan boleh disebabkan oleh stress dan tekanan darah tinggi
yang disebabkan oleh kembali bekerja.
7. Isnin adalah hari terbaik untuk membeli kenderaan
Ternyata, tahukah kamu ramai orang melakukan pembelian kenderaan pada
hari isnin. Tenaga penjualan kereta yang di sebut sales biasa akan
mempromosikan dan mencari pelangan satu minggu penuh dan biasanya
transaksi atau kesepakatan pembelian kenderaan akan terjadi pada hari
isnin. Inilah yang menyebabkan ramai orang membeli kenderaan pada hari
isnin.
p/s : pe reaksi korang??
credit info to : lulu pages
No comments:
Post a Comment