Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PERKARA INI MUNGKIN AKAN TERJADI KEPADA KITA. BERWASPADALAH.


Terkini,negara digemparkan dengan kes bunuh Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah,atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, Dirang.. Menambah sebak,allahyarhamah dibakar sehingga rentung, sehinggakan pihak polis menyangka mayat itu adalah milik seorang dewasa ketika pertama kali ditemui..

Sekali lagi persoalannya, dimanakah nilai perikemanusiaan sehingga sanggup membakar seorang anak kecil berusia 5 tahun sehingga rentung ???.. ibarat arwah telah melakukan dosa yang amat berat untuk diberikan belas kasihan... Kini,allahyarhamah Nurul Nadirah menjadi salah seorang dari beberapa kanak-kanak yang telah dahulu mengemparkan negara suatu ketika dahulu..



Nurul Nadirah mangsa terbaru kekejaman manusia tidak bermoral

Kronologi kes bunuh Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang :

1 MAC : Keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam ketika membeli mi segera dan telur pada jam 10.30 pagi.Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

6 MAC : Roselyn Alan,25,ibu Dirang mengaku melayari facebook tanpa menyedari          anaknya yang ke kedai belum pulang sehinggalah suaminya,Lima Medeng,25,bertanyakan di mana kanak-kanak berkenaan

7 MAC : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan dialami keluarga Roselyn.

8 MAC : Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa.Polis turut mengambil sampel deoxyribonucleic asid(DNA) daripada Roselyn.

9 MAC : Tahanan reman 3 suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.

10 MAC : Bapa kandung Dirang yang berasal dari Selangor ditahan bagi membantu siasatan.

11 MAC : Isteri Sultan Johor,Raja Zarith Sofia melawat keluarga Roselyn.

12 MAC : Polis mengesahkan rangka ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai pada 8 Mac lalu adalah milik Nurul Nadirah @ Dirang.DNA sepadan dengan Roselyn

13 MAC : Keluarga Roselyn menuggu pengesahan Pakar Gigi sebelum menguruskan pengebumian jenazah Nurul Nadirah.Roselyn mengaku pernah diugut melalui SMS oleh seorang wanita misteri.


********************************************

DIRINGKASKAN DARI LAPORAN AKHBAR


Atas usaha pencarian Nur Nadhirah Abdullah, Dirang, 5 tahun yang hilang sejak 1 Mac lalu, kami akan cuba update anda kisah kehilangan kanak-kanak ini berdasarkan maklumat daripada laporan akhbar-akbar tempatan. Sama-sama berdoa supaya kanak-kanak ini cepat dijumpai.


PERTAMA
PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi Khamis lepas.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, anak keduanya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dira meminta mi segera sebaik bangun daripada tidur kira-kira jam 11 pagi 1 Mac lepas. Menurutnya, dengan wang sebanyak RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar dari rumah flet tingkat empat ke kedai runcit di blok bersebelahan.
“Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur. Kami bingung kerana sehingga kini Dira tidak pulang walaupun sudah merata tempat kami mencarinya,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari kejadian.
Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas. Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.
“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal. Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan. Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai suspek orang hilang.
“Kita masih menjalankan siasatan dan mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya kepada IPD Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya.

KEDUA

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, ahli keluarganya sedang giat menampal poster gambar Dirang di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai dan Bandar Seri Alam.
“Saya hargai pelbagai usaha yang telah dilakukan banyak pihak bagi mengesan anak kesayangan saya. Pelbagai usaha telah kami lakukan termasuk mencarinya ke merata-rata tempat, tetapi masih belum membuahkan hasil.”




KETIGA
Pihak polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan kanak-kanak perempuan, Nur Nadhirah Abdullah, 5, berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan semalam jam kira-kira 4 petang di Bandar Seri Alam dan akan ditahan reman selama seminggu.
Bagaimanapun katanya, kes kehilangan kanak-kanak berkenaan masih dalam siasatan dan tiada petunjuk baru diperolehi manakala tiga suspek iaitu seorang lelaki dan sepasang suami isteri yang ditahan sebelum ini masih direman sehingga 16 Mac depan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di Seri Alam pukul 4 petang semalam.
“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan kanak-kanak ini dan kami turut sama membantu dalam operasi mencari di setiap lokasi terbaru yang dimaklumkan ahli keluarga mangsa,” katanya.
Sementara itu, dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun iaitu anak kepada suspek sepasang suami isteri yang ditahan diletakkan dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan masih tertumpu kepada tiga orang suspek termasuk sepasang suami isteri itu yang ditahan pada hari kehilangan Nur Nadirah dan kita hanya menyerahkan hak jagaan anak mereka kepada JKM, sementara menunggu siasatan selesai. Tempoh tahanan reman terhadap tiga suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan dan pada masa sama, kami masih meneruskan usaha mencari kanak-kanak terbabit. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan mangsa termasuk beberapa lokasi dimaklumkan keluarga,” katanya
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilapor berkata berdasarkan bukti kukuh, polis percaya kanak-kanak itu masih hidup.


KEEMPAT
Penemuan serpihan rangka manusia di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai dekat sini, pagi semalam, menggemparkan penduduk yang menyangka ia milik kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu, Nurul Nadirah Abdullah.


Penduduk menyangka ia kanak-kanak berkenaan kerana kehilangannya belum mendapat sebarang petunjuk malah dikaitkan dengan penemuan kasut berwarna kuning milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mangsa di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, dekat sini.

Bagaimanapun, keluarga dan penduduk setempat lega selepas pasukan forensik polis mengesahkan serpihan rangka manusia itu yang ditemui kira-kira 20 kilometer dari rumah mangsa bukan milik kanak-kanak berkenaan sebaliknya rangka orang dewasa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, rangka manusia yang hangus terbakar dan diletak di dalam sebuah lubang di ladang berkenaan ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.20 pagi dan anggotanya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.


KELIMA
Guna facebook biar berpada.
“Tidak dinafikan penggunaan laman sosial seperti facebook atau Internet sudah termasuk sebagai keperluan pada zaman ini, tapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu hadkan penggunaannya mengikut keperluan masing-masing.
“Jika penggunaannya bermatlamatkan keseronokan atau hiburan, ia memberi kesan mengikut matlamat yang diingini. Akibatnya, jika sudah berumahtangga banyak perkara yang akan diabaikan,” kata Kaunselor Keluarga dan Kerjaya, Rahim Haron.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.


Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.


Rahim berkata, facebook mempunyai banyak kegunaan kepada masyarakat sekiranya digunakan untuk matlamat yang betul.


KEENAM
Seorang penduduk mendakwa kali terakhir melihat Dirang ketika kanak-kanak berkenaan menuju tangga Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, kira-kira jam 11 pagi, 1 Mac membawa satu bungkusan sebelum dilaporkan hilang tanpa dikesan. Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 20-an, berkata dia melihat Dirang membawa satu bungkusan menuju ke tangga flat pada waktu itu ketika pulang dari klinik berhampiran.
“Memang saya akui ada melihat dia (Dirang) menaiki tangga flat ini manakala saya terus menuju ke rumah. Namun, tidak lama kemudian saya pelik apabila ibunya, Roselyn Alan, 25, bertanya kepada saya di manakah Dirang kerana dia belum pulang,” katanya ketika ditemui, semalam.


KETUJUH
“Kami sudah mendapatkan khidmat lima pengamal perubatan tradisional bagi membantu menjejaki Dirang dan semua mengatakan dia masih hidup dan dijaga sepasang lelaki dan wanita di sebuah rumah kosong.”
Demikian kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada Nur Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang, berusia lima tahun yang hilang sejak tujuh hari lalu.


Menurutnya, selain keluarga, jiran serta penduduk setempat juga berusaha membantu mengesan Dirang dengan memperkenalkan beberapa bomoh di kawasan sekitar selain membantu mengedarkan poster.
“Saya terharu dengan bantuan semua pihak termasuk bomoh dan ustaz yang sanggup membantu secara ikhlas tanpa sebarang bayaran. Sehingga kini, lima bomoh dan ustaz yang ditemui masing-masing dari Pasir Gudang, Seri Alam, Kampung Sepakat, Kampung Pasir Putih dan Masai memaklumkan Dirang masih hidup dan selamat di bawah jagaan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita.
“Sebahagian mereka juga menasihatkan kami supaya mencari Dirang di kawasan perumahan kosong berhampiran kediaman kami kerana percaya dia disembunyikan di sebuah rumah kosong,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha itu setakat ini belum berhasil mengesan anak keduanya itu.
“Namun, kami tidak akan berputus asa dan selagi terdaya akan tetap berusaha mencarinya. Malam ini dan seterusnya, kami akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah dan menjemput penduduk setempat. Selain itu, kami akan meneruskan usaha menampal poster Dirang di merata tempat bagi memudahkan proses mengesannya dengan bantuan orang ramai dan berharap dia ditemui secepat mungkin. “Saya merayu mereka yang melihat Dirang atau mengurungnya supaya segera memulangkannya kembali ke pangkuan kami,” katanya.
“Kehilangan Dirang meninggalkan kesan mendalam kepada kami sekeluarga, apatah lagi dia anak yang manja dan tidak banyak kerenah,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada Nur Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu.
Roselyn berkata, mereka sekeluarga kini hanya mampu berdoa selain tidak berhenti melakukan solat hajat dalam usaha mempermudahkan urusan mengesan anak keduanya itu.


KELAPAN
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit. Polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek.
“Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.

Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu.




Setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang. Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.



KESEMBILAN

Polis tidak melepaskan peluang atau apa sahaja motif penculikan Nur Nadhirah Abdullah. Meskipun bapa kandungnya sendiri!


Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang adalah bapa kandung Dirang sendiri yang berpisah dengan Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada hari yang sama.


“Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.

“Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang.”



PERKARA INI MUNGKIN AKAN TERJADI KEPADA KITA. BERWASPADALAH.


p/s : semua ibu2 please la bagi perhatian kat anak lebih sket sekarang memandangkan keadaan dah tak selamat lagi macam dulu.. semoga keadaan macam nie xkan jadi pada kita, sedara mara kita & kengkawan kita.. amin.. kepada ibu Dirang, tabahkan hati & bersabar ye..


sumber : internet & www.ohmedia.fm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...