Semalam aku baru kene paksa buat ujian 'Mantoux'. Untuk apa? diorang nak kesan awal sama ada kitorg petugas kaunter yang selalu berkomunikasi dengan pesakit2 nie sama ada dijangkiti penyakit tibi. memula aku tak nak buat test nie, tapi bila EO aku cakap ini arahan puan pengarah. kalau sape2 xnak buat test tu, kene lah buat surat tunjuk sebab.. so? paham2 je lah...
Masa nak buat test tu, aku sampai nangis sebab takut siut.. aku kan fobia & xsuka ngan jarum2 nie sume.. nasib baik nurse sangat sporting dan best.. maka aku pun redha lah kene cucuk.. walaupun pas tu 1 badan aku menggigil.. takut xabis lagi wei.. hahaha.. kalakar kan? nama je keje sepital, tapi bab2 jarum nie xjugak ilang takutnye..
Lagi haru, baru smlm nurse pesan jangan garu2 tempat inject tu kalau gatal.. hari nie bleh plak aku duk menggaru sakan sambil tengok tv.. uuwaaa... jangan jadi bengkak sama teruk sudah.. jenuh la kalau nak kene buat test bagai.. cepat lah hari isnin nak kuar result sama da +ve @ -ve..
info :
Apakah Ujian 'Mantoux'?
- Ujian 'Mantoux' ialah ujian yang dilakukan untuk mesnyiasat jangkitan penyakit Tibi pada seseorang
- Ujian ini dilakukan kepada individu yang ada hubungan rapat dengan pesakit Tibi seperti keluarga, kawan dan lain-lain
- sedikit cecair 'Tuberculin' disuntik di bahagian kulit lengan. Individu yang terdedah kepada jangkitan Tibi akan menunjukkan reaksi positif selepas 72 jam pada kawasan kulit yang disuntik, iaitu tanda kemerahan yang besarnya 10mm.
-individu yang menunjukkan reaksi positif akan menerima rawatan pencegahan untuk menghindar dari mendapat penyakit Tibi
No comments:
Post a Comment