Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 Pusat Perlancongan Air Terbaik Dunia

 70 peratus permukaan Bumi di dominasi oleh air. Tidak hairanlah,tempat-tempat pelancongan terindah di dunia sebahagian besar di kawasan air. Banyak tempat pelancongan terindah di dunia meliputi kawasan laut yang rata-ratanya menyimpan keindahan luar biasa.

Jom layan 10 pelancongan air terbaik di dunia..


1. GREAT BARRIER REFF

 10 Wisata Air Terbaik Dunia


Great Barrier Reef adalah sistem terumbu karang terbesar di dunia. Terdiri daripada lebih 2900 jenis terumbu karang individu dan 900 buah pulau regangan serta lebih daripada 2,600 km di atas keluasan kira-kira 344.400 kilometer persegi. Terumbu ini terletak di Laut Coral, di luar pantai Queensland timur utara Australia.

Great Barrier Reef boleh boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar tunggal di dunia yang dihasilkan oleh organisma hidup. Struktur terumbu karang ini terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil yang dikenali sebagai polip karang. Ia boleh menyokong kepelbagaian hidupan dan telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981. CNN melabelnya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia. Sebahagian besar daripada terumbu yang dilindungi oleh Taman Laut Great Barrier Reef. 




2. AIR TERJUN VICTORIA

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Air Terjun Victoria merupakan salah satu air terjun yang mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1 batu (1.6 km), dengan ketinggian 128 m (420 kaki).

David Livingstone, penjelajah Scotland, mengunjungi tasik ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, "asap menggelegak." Air terjun ini merupakan sebahagian dari dua taman negara, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe, dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama di Afrika Selatan.


3. CANAL VENEZIA, ITALI

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Sangat sesuai dilawati ketika musim panas, Canal Venezia dan gondolanya merupakan salah satu tempat paling romantik di dunia. Kota Venezia terdiri daripada  700 buah pulau kecil yang dihubungkan dengan kira - kira 150 buah sungai yang menjadikannya seolah - olah sebuah bandar yang terapung. Sungai utamanya, Grand Canal yang panjangnya tiga kilometer dihiasi dengan gaya Renaissance yang mewah.


4. SUNGAI LI. CHINA

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Sungai sepanjang 83 kilometer yang terbentang diantara Bandar Guilin dan Yangshuo ini telah memberi inspirasi kepada seniman dan sasterawan selama ribuan tahun. Sungai ini meliputi gunung2 kapur, membuat pemandangan di situ menjadi sangat indah, tambahan pula dengan kehadiran kabus - kabus yang membuat ia menjadi lebih mistik. Setiap penghujung sungai mempunyai berbagai kejutan.


5. TERUSAN SUEZ, MESIR

  10 Wisata Air Terbaik Dunia

Terusan Suez di sebelah barat Semenanjung Sinai, merupakan terusan kapal sepanjang 163 km yang terletak di Mesir, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Tengah dengan Suez di Laut Merah. Terusan Suez dibuka 1870 dan dibina atas inisiatif jurutera Perancis yang bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps.


6. TASIK COMO, ITALI

  10 Wisata Air Terbaik Dunia

Tasik Como merupakan danau yang terletak di Utara Itali. Tasik ini merupakan danau ketiga terbesar di Itali setelah Tasik Garda dan Tasik  Maggiore. Tasik Como memiliki keluasan 146 kilometer persegi. Dengan pemandangan airnya yang kebiruan, tasik ini digelar “Cermin Dewi Venus”. Kawasan sekeliling tasik dihiasi pemandangan alam semula jadi yang sangat indah.


7. TASIK BAIKAL, RUSIA

  10 Wisata Air Terbaik Dunia

Tasik Baikal adalah tasik terdalam, tertua di dunia, dan terbanyak kandungan air tawarnya di Bumi. Tasik ini mempunyai lebih dari 20 peratus air tawar dunia dan lebih daripada 90 peratus air tawar Russia. Tasik ini merupakan warisan dunia yang terletak di selatan Siberia di Russia, di antara Oblast Irkutsk di barat laut dan Buryatia di tenggara, Kota Irkutsk. Nama tasik ini berasal dari kata Tatar “Bai-Kul”, yang bermaksud “danau kaya”. Ia  juga dikenali dengan nama “Mata Biru Siberia”.

Dikelilingi hutan dan gunung-gunung bersalji, tasik ini memberikan pemandangan yang sangat luar biasa. Ketika musim sejuk, air tasik menjadi beku dan menjadi sangat tebal sehingga kereta perlancongan Trans-Siberia boleh melalui permukaan tasik yang mempunyai kedalaman 40 meter ini.


8. SUNGAI NIL, MESIR

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Sungai Nil adalah satu daripada dua sungai terpanjang di Bumi. Sungai Nil mengalir sepanjang 6.650 km atau 4.132 batu dan membahagikan tidak kurang daripada sembilan negara, iaitu Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi,Sudan dan  Mesir.

Mesir adalah negara yangtamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.


9. BORA - BORA, SELATAN PASIFIC

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Pulau yang termasuk di dalam jajaran kepulauan Polynesia ini disebut sebagai pulau yang paling cantik di dunia. Lagun biru yang dilingkari terumbu karang mengelilingi pulau ini,dimahkotakan gunung berapi setinggi 727 meter. Bora-bora terkenal sebagai destinasi bulan madu yang paling popular di dunia.



10. LAUT MATI, ISRAEL

 10 Wisata Air Terbaik Dunia

Laut Mati adalah tasik yang terletak di antara Israel, Daerah Otoritas Palestina dan Yordania. Mempunyai kedalaman 417.5 m di bawah paras laut, merupakan titik terendah di permukaan bumi. Laut Mati terletak pada sempadan antara Yordania dan bahagian barat Palestin.

Tasik ini dinamakan Laut Mati kerana tidak ada sebarang kehidupan yang dapat bertahan dalam air garam ini. Laut Mati mempunyai kandungan garam tertinggi di seluruh laut di dunia. Kadar garamnya sekitar 32 peratus, berbanding kadar garam 3 peratus pada Laut Tengah atau Mediteranian.

Sejak dulu, material Laut Mati diketahui mempunyai kesan memercantik kulit. Dengan melumurkan lumpur ini ke tubuh, mineral yang terkandung di dalamnya terbukti dapat memerbaiki kulit, melancarkan peredaran darah, dan boleh membantu kesihatan

p/s : bila lah agaknya aku nak sampai kat tempat2 nie ye... erm...

sumber : google


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...