Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Entri Sinopsis Novel Telah Bermula...

Macam yang pernah aku bgtau sebelum nie, aku nak publish sinopsis novel-novel yang aku dah beli @ baca.. dah lama rasa aku nak buat entri tu.. tapi sayangnya masa xmengizinkan.. memandangkan tahun 2012 nie banyak tempahan hantaran, plus adik aku nak tunang & kawin.. so update blog jatuh no last skali dalam to do list aku.. hehehe.. banyak jugak entri yang aku peram xpublish2.. duk la dalam folder draf tu.. huhu.. mak sibuk nokk.. hahahaha...

Oklah.. kita start dulu dengan novelist kesayangan aku sekarang.. sape lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.. Jom baca ye...


************************************

TRILOGI : BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU & HIJAB SANG PENCINTA

 Novel 1 : BAGAIKAN PUTERI




Judul : Bagaikan Puteri 
Halaman : 578 muka surat

Haryani koma selepas kemalangan akibat diragut. Semasa koma merentas masa kembali pada penghujung kurun ke 15 dan bertemu serta jatuh cinta dengan Saifudin (Laksamana Sunan). Mereka saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.


Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


Kesungguhan & keikhlasan cinta Dani kepada Haryani telah membawa Haryani kembali ke abad 21. Namun sayangnya Haryani masih mencintai Laksamana Sunan, tetapi Dani tidak mudah mengalah kerana dia sudah terlalu mencintai Haryani. Dani membawa diri ke Banda Aceh dan di sana dia hotel di mana dia menginap telah dilanda Tsunami. Haryani tekad ingin ke Banda Acheh mencari Dani. 

Apakah Dani masih hidup?

Dapatkah Haryani mencari Dani dan membawanya pulang ke Malaysia?

Nantikan sambungannya... 


||||||||||||||

Novel 2 : BAGAIKAN PUTERI





Judul : Cinta Sang Ratu 
Halaman : 554 muka surat



Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di kurun 15, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak angkat Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting Saifudin untuk menjadi isterinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui poskad yang dihantar Dani. Menurut kedutaan Malaysia, Dani telah hilang dalam Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup. Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur (ketua manusia serigala), Haryani berjaya melarikan diri dan manakala Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa, 1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala juga. Ada beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian, bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Mereka cuba berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia nyata. Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.


||||||||||||||



Novel 3 : HIJAB SANG PENCINTA



Judul : Hijab Sang Pencinta
Halaman : 510 muka surat

Novel terakhir pelengkap pada triologi, sambungan kepada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Hampir serparuh buku berkisar tentang Saifuddin bertarung dengan musuh-musuhnya ketika dalam perjalanan menuju ke Tanah Melayu. Rindu pada keluarga menggamit jiwa Saifuddin, rupa-rupanya ibu Saifuddin pulang ke rahmatullah akibat sihir yang diguna-gunakan oleh Melor. Melor juga akhirnya tersihir dengan sihirnya sendiri menyebabkan dia tidak sedarkan diri, anaknya pula dilarikan oleh nenek pemberi sihir tersebut. Nenek berasal dari keturunan Majapahit yang ingin menuntut bela atas kematian Taming Sari menggunakan Melor untuk membunuh Sultan Melaka dan seluruh kesultanannya


Datuk Bendahara Melaka mengarahkan panglima Awang untuk mencari Laksamana Sunan di Acheh untuk mengubati Melor dan menyelamatkan kesultanan Melaka. Dia akhirnya bertemu dengan Laksamana Sunan di pelabuhan Lampung dan membawanya ke Tanah Melayu. Tiba di Tanah Melayu, Laksamana Sunan kembali ke kampung Punggor dan terlalu bersedih atas kematian ibunya. Walaupun begitu, dia kembali ke Melaka untuk bertemu dengan nenek tua dan melepaskan Melor dari cengkaman sihir serta melepaskan anak Melor dari hijab. Sudah tentu Laksamana Sunan berjaya dan dia kembali ke kampung Punggor. Namun begitu dia telah dikejar oleh panglima Awang atas titah Sultan Melaka. Panglima Awang amat berdukacita dengan arahan Sultan Melaka tersebut dan bermuslihat bagi melepaskan diri Laksamana Sunan.



Di sinilah Laksamana Sunan lari ke gua dan telah tertidur lalu menerobos ke zaman sekarang. Ketika ini Haryani diculik oleh orang suruhan Taghut bagi memuja jenglot Manggala. Haryani berjaya membawa membawa Laksamana Sunan kembali ke Tanah Melayu (Malaysia) dan bunga-bunga cinta kian mekar dihati mereka. Tetapi di saat Haryati dan Laksamana Sunan ingin dinikahkan, Laksamana Sunan telah ditembak dan kembali ke kurun 15. Sekembalinya Laksamana Sunan ke kurun 15, ia menghembuskan nafas terakhir dan tinggallah Haryani hidup bersama cinta Laksamana sunan. Dani pula kembali ke Acheh mencari Saliha dan memulakan hidup baru di sana.

Sesungguhnya cinta tak semestinya bersatu. Cinta manusia hanya bersifat sementara..

Cinta yang kekal hanya cinta kepada Allah...



- Tamat -





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...