Assalamualaikum korang...
Sorry banyak - banyak lah sebab aku biarkan blog nie bersawang.. hehehe... maklumlah.. bz buat bunga telur.. bukan yang oren tu.. tu kan dah settle.. kali nie tema purple plak..
selagi khidmat aku diperlukan.. selagi itulah aku akan tetap memberi perkhidmatan berbayar.. hahaha... sila jangan meluat ok...
berbalik kepada tajuk entri di atas (skema ke??) sekarang kan tengah musim adaptasi novel ke drama lah.. filem lah.. maka korang kene tunggu giliran novel kegemaran korang di dramakan plak ye..
Hari tu Adam & Hawa.. sampai aku sanggup tukar decoder BYond lagi semata-mata nak tengok Ain & Adam.. tapi sampai separuh citer je.. sebab aku kan jenis tak sabar nak ikut perkembangan drama yang hari2 kene tunggu kat depan tv.. maka, adam & hawa aku record je.. bila ada masa terluang baru aku tengok.. biasanya aku kumpul 2 3 episod baru aku tengok skali.. hahahaha...
Tapi cerita Setia Hujung Nyawa nie lain 'twist' jalan cerita dia.. sebab tu aku gagahkan jugak nak 'follow' cerita nie daripada episod 1.. maka, youtube lah.. tonton.com lah jadi sumber rujukan aku.. ternyata.. tidak mengecewakan...
berminat??? sila cari sendiri video kat youtube yer.. hehehe..
nak tengok rupa novel tu???
Nie lah poster yang de pic para pelakon drama tu..
SELAMAT MENONTON !!!!
oppsss.... sebagai selingan.. aku bagi lah sinopsis novel nie.. kepada sesiapa yang nak elemen 'suprise'.. xpayah la nak baca ye.. sesiapa yang tak sabar nak tau jalan cerita.. macam aku nie... sila lah baca ye.. hahahaha....
Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain
Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej
walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar
Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu
mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain
hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat
Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang
Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu
mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang
menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya
atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah
keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati
seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya
kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta
merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin
Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa
hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain
di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah
bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit
hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu
baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut
cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila
Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina
disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini
barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain,
Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Hubungan zain
dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik
dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik
dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan
yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan
ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas
perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum
biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia
bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih
sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan
dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan
yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir
bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain dapat
terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma.
Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan.
Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak
Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain,
hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak
dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan
Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin
adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak
menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa
berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah
berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina
kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya
tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan
sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina
hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan
keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa
syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya”
rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini
diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini
membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina
dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy
ending!
No comments:
Post a Comment