Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hari Ibu...

Enti basi? memang dah basi pun.. nasib baik xtumbuh kulat.. hahaha

aku sebenarnya berkira2 nak post atau pun tak entri nie.. memandangkan aku memang tak menyambut mothers day a.k.a hari ibu sebab aku de dapat info yang mengatakan menyambut hari ibu nie hukumnya haram.. tapi de jugak lah en suami bawak aku ngan anak pi makan2 kat TCRS kat tesco nun.. almaklumlah.. aku kan sekarang dah bertukar kepada fast food yang menyihatkan.. diet? lebih kuranglah kan..

nie lah 2nd mothers day card yang aku terima daripada anak aku.. tapi untuk handmade nie kira 1st lah.. tu pun cikgu suh warna je kot.. 

korang jangan gelak atau senyum2  ye dengan campuran & skill mewarna anak aku.. biasalah anak lelaki aku nie..time die rajin cantik la hasil tangan die.. cuba kalau malas.. erm.. nak marah pun buang air liur je.. hehehe.. tapi dalam kes kad mothersday nie memang aku terharu lah.. sekurang-kurangnya usaha dia nak angkat pensil & warnakan kertas yang cikgu bagi tu sangat2 aku hargai.. pastu de lah cikgu lekatkan coklat sebiji kat gambar rose dalam tu.. tapi dah kene kidnap awal2 ngan mamat kecik tu.. sibuk duk tanya aku nak makan tak coklat tu.. padahal aku dah tau sangat dah yang die tu sebenarnya yang nak makan.. hehehe..


 

sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun aku bergelar ibu kepada Zaquan.. walaupun aku hanya ada seorang anak buat masa sekarang, tapi aku sangat2 bersyukur kerana sekurang2nya aku telah diberikan peluang oleh Allah untuk merasa nikmat sebagai seorang wanita yang bergelar ibu.. 

Insyaallah, aku akan bersungguh2 untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak aku..

Tak lupa juga aku bersyukur kerana dikurniakan 2 orang ibu yang sangat hebat.. 

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...