Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SENTAP NYE..

Petang2 hari masa aku tengah dok sibuk shopping2 barang2 kawin tunang & kawin adik aku, tetiba aku dapat call daripada mak aku. Mak aku sibuk duk tanya tengok tak rancangan tanyalah ustaz. Aku dengan jujurnye cakap xde.. mana mau nye kalau anak aku ngan encik suami dah pegang remote. Dah tentu2 aku kalah.. huhuu.. Mak pun bgtau aku, ustaz Sharhan Shafie de bagitau de 6 nama2 anak jin yang sering digunakan manusia. salah satunya nama anak aku. Jujurnya memang aku sangat sentap. Nama Zaquan tu bukannya aku main taruk je ok.. aku cari dalam buku yang berlambak2 kat pasaran sana yang dalam buku tu nama Zaquan @ Zakwan tu nama yang ada erti yang baik. Xde plak dalam buku tu mention nama anak aku tu nama anak jin. kalau ade, xkan lah aku ngan en suami aku tu tergamak nak bagi nama anak jin kat anak kitorang. 

Korang yang nama anak xde dalam list tu memanglah xkan rasa ape2. Tapi aku terasa sebab nama anak aku termasuk dalam list yang ustaz bagi. Bukak FB sume org duk post2 pasal nama tu. Kalau orang duk bercakap yang xbaik pasal nama anak korang.. xkan korang xsentap kot... kan? aku bagi sample lah 1 post antara yang banyak komen pasal nama2 tu..

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri.. 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita. PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. "

Aku bukan tak percaya pada ustaz tu. cuma aku rasa kurang yakin. sedangkan aku rasa bahan rujukan yang aku guna untuk cari nama anak aku tu bukan baru sekarang diterbitkan, masa aku sekolah lagipun bende tu dah ada. cuma sekarang kulit buku dah de macam2 jenis. isi kandungan tetap lebih kurang sama. Ustaz pun de mention kalau nama tu ok dengan individu tak de ape.. yang jadi masalah kalau nama tu xsesuai barulah perlu tukar.

Tapi aku geram ngan manusia2 yang dah la xtengok rancangan tu, pastu duk share link sana sini kat fb pasal pe yang ustaz tu cakap. seolah2 nama2 tu sume dah kena black list. Macam aku, mungkin xde ape sangat sebab yang kene anak aku. cuba bayangkan perasaan individu yang de nama tu bukan budak2. orang duk sibuk bercakap pasal nama die yang macam jin tu setiap masa. Kalau kene kat korang.. mesti rasa sakit ati kan? 

Mujur adik ipar aku de tag aku kat komen ustaz nie pasal kontreversi nie.. alhamdulillah, jawapan yang diterima melegakan hati dan otak aku. Mau xrisau wei, nanti orang duk kata nama ank aku tu nama jin. huhuhu... sedey woo...

Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.
Alhamdulillah... syukur & lega..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...