Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Korean Drama : Boys Over Flower...

Sekarang nie aku ade hobi baru, iaitu tengok DRAMA KOREA.. Tak kisah la drama kat Channel 303, VCD atau DVD.. Kecuali drama kat 8tv sebab dah dialih suara... nampak weird, then tak boleh nak feel jalan cerita tu.. Bacalah sinopsis dari drama yang aku tengok.. Have a good time reading !!!!

*******************************************************

BOYS OVER FLOWER

Drama nie dipetik dari Komik Jepun - Hana Yori Dango. Versi lain termasuklah Meteor Garden (Versi Taiwan) dan Versi Jepun. Tapi aku pun belum tengok lagi Meteor Garden versi Jepun.. hehehe... Kisah ini berkisar di Kgotboda Namja, Geum Jan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang miskin yang mengusahakan Kedai Dobi secara kecil-kecilan. Satu hari semasa dia menghantar baju kepada pelanggannya di ShinHwa College, dia telah menyelamatkan seorang pelajar sekolah tersebut yang ingin terjun dari tingkat atas bangunan sekolah. Pelajar tersebut tertekan setelah menerima kad merah dari kumpulan samseng kolej tersebut yang menandakan pelajar tersebut akan menjadi mangsa buli kumpulan berkenaan. Oleh kerana ingin menjaga reputasi ShinHwa Group telah membuat keputusan untuk memberi biasiawa dan mengambil Geum Jan sebagai pelajar di kolej berkenaan untuk mengelakkan nama mereka tercemar dan menjaga hati media dan orang ramai.

Sejak Guem Jan memulakan persekolahan di kolej tersebut dia sering dipandang rendah kerana dia adalah anak kepada seorang pengusaha kedai dobi sedangkan sekolah tersebut adalah sekolah untuk anak orang ternama dan koperat. Namun masih ada insan yang sudi menjadi sahabatnya iaitu Ho Min Ji. Guem Jan menjadi anti kumpulan F4 yang gemar membuli pelajar lain di sekolah itu sejak sahabat barunya Ho Min Ji secara tidak sengaja terlanggar ketua kumpulan tersebut iaitu Goo Jun Pyo dan ais krim Ho Min Ji terkena kasut Goo Jun Pyo. Sejak pertemuan itu mereka berdua rasmi sebagai musuh dan masing-masing merancang untuk mengenakan musuh masing-masing dengan pelbagai cara. Tetapi tanpa mereka sedari bibit-bibit cinta telah mekar dalam dalam diri masing-masing. Akhirnya mereka jatuh cinta. So Sweet..

Banyak rintangan yang harus mereka harungi kerana mereka mendapat tentangan dari ibu Goo Jun Pyo. Namun mereka harungi dugaan itu bersama. Goo Jun Pyo ada menghadiahkan seutas rantai kepada Geum Jan Di yang melambangkan Jan Di sebagai bulan dan Jun Pyo sebagai bintang. Romantik kan? Salah satu ayat yang paling romantik bila Goo Jun Pyo diminta melepaskan Geum Jan Di, dia berkata `Saya tidak akan melepaskan dia. Saya tidak boleh melepaskan dia. Saya akan sentiasa dekat dengannya.. dan saya akan pastikan saya akan membahagiakan dia.’ Huhuhu…

Nak tahu kesudahannya, mestilah romeo & juliet hidup bahagia selama-lamanya.. P/S : Kepada sesiapa yang belum tengok drama nie, cepat2lah pergi tengok.. best !!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...