Hidup Bersama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KOSMOS 22 June 2009

Penyelidik marin mulakan ekspedisi kajian

PESERTA ekspedisi bergambar bersama Ongkili (duduk, lima dari kanan) dan Abdul Aziz (enam dari kanan) di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah, Pelabuhan Klang baru-baru ini. BERLEPAS. Seramai 54 penyelidik yang menyertai Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana (EPSP) 2009 bagi mengumpul maklumat dan data kajian mengenai sumber-sumber marin di perairan negara berlepas dari Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah di Klang baru-baru ini. Pelayaran selama 52 dua hari menggunakan Kapal Diraja (KD) Perantau milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melibatkan penyelidik tempatan termasuk pelajar dari lapan buah institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelbagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Majlis pelancaran ekspedisi itu disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili. Turut hadir ialah Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Menurut Ongkili, sebanyak empat bidang utama oseanografi dan sains marin yang akan diselidik sepanjang ekspedisi tersebut iaitu fizik, kimia, biologi dan geologikal melibatkan kawasan Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

-KOSMOS 22 June 2009-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...