Assalam...
Hai korang..
entri kali nie aku nak kongsi pasal percutian kitorang...
sementara mood nak berblog ni muncul.. maka kena lah buat pantas - pantas sikit kan..
nanti dah bulan puasa.. nak kena slowdown kan sikit aktiviti online nie.. maklumlah kan.. bulan Ramadhan lah ada peluang nak kumpul pahala... boleh top upkan mana yang patut..
Jom kita cerita pasal percutian ke Pulau Pinang
disebabkan percutian kali ni dibuat secara tiba - tiba, maka hotel semua fully book.. mula-mula memang nak cancel je plan.. kesian kat anak punya pasal sebab dah janji nak jalan penang.. maka mak cik meng"google" je lah segala mak nenek nombor phone semua hotel kat penang tu.. alhamdulillah.. ada jugak budget hotel yang kosong walaupun jauh nun kat batu feringgi.. nama budget hotel tu Feringgi Inn.. Nama pun budget hotel kan.. al maklum saja lah macam mana keadaannya.. tapi selesa jugak lah kalau setakat nak buat mandi, tido dan berehat.. kan.. trip 2 hari 1 malam je pun, jadual sangat pack ok.. tak adalah masa yang boleh dibazirkan dengan memerap dalam bilik hotel.. dan encik suami aku nie bukan boleh kalau booking bilik hotel yang selesa.. dia tak kan nak keluar bilik hotel nak jalan-jalan dalam panas... dia nak memerap je duduk atas katil, rugi bayar mahal-mahal kalau setakat duduk sekejap je.. katanya.. sangat sesuai lah kalau aku selalu check in kat budget hotel kalau ada banyak tempat menarik.. kan???
hahahahaha... (ketawa jahat)
Nie lah Feringgi Inn Cafe yang kitorang check in.. oppsss, tapi pic nie bukan aku yang snap ye.. tak memasal aku nak beriya duk tepi jalan sambil snap pic nie.. almaklumlah, mak cik nie kan pemalu orangnya.. hihihi.. sila akui ye, jangan segan2..
Okey.. tempat menarik pertama yang kitorang pergi..
Hari Pertama : Bukit Bendera
Petang lepas check in, encik suami ajak kitorang gi Bukit Bendera nie.. mana betah die nak duk dalam hotel sebab biasalah, budget hotel kan.. bagus tak idea aku.. hahahaha...
Okey, berbalik pada cerita asal.. Nak datang Bukit Bendera nie satu je yang aku tak suka, parking.. memang susah nak parking.. aku parking kat kawasan taman perumahan.. bahaya kan? buat nya digesel dek kereta lain.. baik-baik dah bersuka ria kat atas bukit nun, bila turun bawah makan hati lah jawabnya.. kan... tapi tak tau lah kalau masa aku pergi nie pack dengan manusia sebab cuti panjang sebab tu lah parking tak cukup.. no idea..
pose sebaik saja turun daripada keretapi.. dalam gayat-gayat bleh lagi aku pose.. hahahaha... semua ketakutan berjaya dicontrol ok..
kat sini disediakan teropong berbayar untuk korang menikmati pemandangan sekitar Pulau Pinang. Masa aku datang nie keadaan sikit berkabus, maka tak dapat lah nak tengok sepenuhnya dengan jelas, mana yang dan je lah jawabnya.
Bayaran, RM1 je berapa minit tu aku tak pasti.. almaklumlah, entri peram.. sorry kengkawan..
Tempat yang paling menarik kat atas Bukit Bendera nie... Tapi untuk bebudak sahaja ye.. mak bapak budak bleh tengok daripada tepi je ye.. jangan kome berangan nak join sekali.. aje runtuh semua tali-tali tu nanti..
bab paling best ayat dia
" CURE FOR COMPUTER ADDICTS"
sangat sesuai untuk anak mak cik nie yang sangat addict ngan segala mak nenek gadjet nie... daripada handphone, android, tab, laptop dan gameboy semua dalam kepala otak dia. Kalau orang lain makan bola, minum bola.. anak aku plak makan, minum, jaga, tidur dan setiap masa duk teringat nak main game je.. sakit hati kan? nie suma salah satu penyumbang ialah encik suami aku jugak... dia tak nak anak dia kacau dia time aku kerja, dia pasang lappy aku bagi anak aku main.. menghadap lah lappy je anak aku tu.. kalau dibiarkan boleh tahan sampai 24 jam.. terkejut??? itulah anak aku..
aku rasa aktiviti macam nie lah dapat membantu anak aku kurangkan ketagihan gadget dia yang dah semakin merisaukan aku ngan encik suami.. walaupun hakikatnya, dia yang train anak die macam tu.. hahahaha...
mula-mula Zaquan cuba nak panjat dinding konkit nie.. 1st time tau dia buat aktiviti nie.. risau jugak.. kot tergolek ke anak aku nie, patah riuk ke.. jatuh ke.. tapi rasa risau tu kurang dah bila setiap stesen aktiviti nie ada adik-adik yang menjaga..
muka gembira bila dia dah berjaya nak sampai ke puncak..
cuak jugak masa nie.. siap suruh aku tolong dia.. memang takda lah aku nak tolong dia kan... risau jatuh? jangan risau, sebab ada tali keselamatan duk tercangkuk atas tu..
salah satu tempat menarik kat Bukit Bendera nie.. caj masuk dia RM10.00 seorang.
layan pic je lah ye korang... all about owl..
caj untuk keretapi di Bukit Bendera..
malam di Pulau Pinang
Hari kedua : Street Art Pulau Pinang
Rumah P. Ramlee..
akhirnya, sampai juga aku kat rumah P. Ramlee nie.. udah bertahun - tahun lamanya aku mengidam nak datang sini, walaupun mengidam bukan sebab preggy.. hanya nafsu semata-mata.. hahaha...
sejuk rasa hati bila sampai kat kawasan rumah P. Ramlee nie, rasa damai sangat.. sebab bukan duduk kat jalan utama lah agaknya kan.. tapi susana memang nyaman.. dengan pokok hijau banyak, dengan ada rumah lama.. memang terbaik lah.. aku kan memang suka sangat ngan rumah lama nie.. rasa sayu sangat hati.. lagi - lagi bila terkenang yang rumah nie adalah rumah idola aku Tan Sri P. Ramlee yang aku ikuti kisah hidupnya, yang aku suka karya nya, lagunya.. lagipun sebab utama aku datang Pulau Pinang nie adalah sebab nak ke rumah P. Ramlee nie lah...
Pose sebelum nak balik...
ngan anak teruna plak...
sampai sini je lah coretan aku untuk kali nie
sambung untuk entri akan datang pulak ye..
Salam Ramadhan kawan-kawan..